Followers

Sunday, May 13

MRC CFSIIUM 2011/2012 : THE END

bismillahirrahmanirrahim..

OK. Aku nak ber-touching2 la pulak kan sekarang.

Teringat time dolu2 first time aku join Mahallah Representative Committee (MRC) kat UIA Kampus PJ atas pelawaan senior aku dari ASiS. Dia juga merupakan MRC time tu, President lagi. So, nak dijadikan cerita member bilik aku ni memang dah awal2 join MRC ni. Beliau ialah Azfar Rahimi.

Aku di-offer sebagai vice secretary menggantikan seorang MRC lain yang telah berpindah universiti. Pikir punya pikir, aku pun terimalah offer tu. Sebab aku bosan takde benda yang best aku boleh buat kat UIA selain study. Maka, bermulalah aku dengan program2 yang MRC anjurkan.



"Nazrin, tolong buat surat untuk cari sponsor. Nak bagi kat Madam Rose. Nanti Nasrul akan call enta..". Itu task aku yang pertama untuk program Y-GENC kat Puchong, iaitu selepas 2 hari aku jadi MRC. Maka, dengan penuh blur, tanpa ada sebarang tunjuk ajar tentang cara nak buat surat, maka aku pun mintaklah contoh surat kat senior aku tu. Berpandukan itu, aku cuba la buat surat sendiri. In English.

Lalu, aku diberitahu kena bagi pada Madam Rose untuk approval. Dalam hatiku berkata, "Madam Rose sapa??" Setelah diberitahu secara detail, maka bertemulah aku dengan Madam tu. Sampai di sana, aku bagi surat tu, tak sampai 3 minit, beliau keluar balik. "Ni nama mana, contact number, bla bla bla..... Ok. Buat balik!" PERRRGGHHH!! Kene reject gitu je. Maka, aku melangkah keluar dengan hati gundah sebab seniorku itu perlukan surat tu pada petang itu jugak. Lantas, aku balik bilik, buat surat ikut cara sendiri, then terus bagi je kat seniorku tu. Dia DIAM je dan berlalu pergi... Lega!

Kat sini aku nak ceritakan bahawa kita akan jana pengalaman dalam hidup dengan cara lebih kurang gini la. Kalau kita tak cuba, kalau kita tak redah, kita tak tahu apa akan berlaku. So, GASAK je la. haha..

Lalu, karier aku sebagai MRC berterusan sehinggalah aku jadi second year student (senior la pulak kan..). Untuk second year, aku dah upgrade jadi Secretary pulak. Kali ni prosesnya lain sikit, sebab aku telah lalui interview. Nak tahu pasal interview tu, aku dah coretkan di SINI.

Menjadi senior, aku cuba menjadi senior yang berlainan dengan MRC sebelumnya. Aku tak mahu MRC batch aku terkontang kanting tanpa tahu apa nak buat dengan jawatan diorang. Lalu, aku cuba dekati sorang2 MRC bawah aku. Bagus, pelik, pendiam, banyak cakap, suka buat kerja, suka bercerita. Macam2 kerenah ada. Tapi itulah yang best.



Program pun berlalu pantas. Satu2 program berlalu. Ada yang affect sampai jatuh pointer CGPA aku. Sedih. Tapi tanggungjawab kene buat jugak. Di situ, aku mengenali orang dengan lebih mendalam. Kenal dengan staff mahallah ofis. Dapat buka fail peribadi student. haha. Dalam MRC, dapat jugak makan free. Tapi kene buat kerja dulu la..

Dan bila dah nak ke penghujung ni, tiba2 rasa lain pulak. Lepas ni, aku dah tak ber-MRC dah. Fokus study kat Kuantan pulak. Pharmacy kat UIA amat padat jadualnya. Maka, sebelum aku tinggalkan MRC, aku dah tinggalkan beberapa wasiat untuk MRC sesi akan datang. Duit program. Aku taknak diorng jadi macam MRC batch aku. Kitorang mula tanpa ada duit permulaan. Segalanya bermula dengan duit sendiri. Payah. Dan juga fail2 MRC serta contoh working paper. At least, diorg boleh mula dengan contoh. Aku mula dengan tanpa contoh bila aku naik second year. Memang sakit.

And last, aku nak dedikasikan satu video yang aku buat untuk MRC secara santai. Takde efek yang gempak. Hanya gambar dan kata2 je. Mintak maaf atas segala khilaf aku sepanjang jadi MRC. Kalau ada hak2 yang tak tertunai, halalkan je la ye. Kalau aku ada hutang, sila tuntut. ABOVE ALL, ENJOY!!


notakaki : Panjang beb.. Korang kalau baca sampai habis ni, memang blogger sejati la.. haha

7 comments:

Anonymous said...

Salam bro!

Masa yang berlalu akn terus berlalu
kinip
terdengar pula mahu tinggalkan CFS
Semoga nasib selalu menyebelahi Nazrin
dan Bawah payungan Redhanya selalu.

Nazrin Syafiq said...

w'salam..

thnx husni. May Allah bless U too.. =)

izwanyusof said...

masa waktu aku dulu aku anti sket MRC ABC,tak tahu pun program pe. beside,malas nak amik port. haha. tak tau lah batch korang camane.
masuk gombak aku plak jadi mrc. hohoho. lagi tough tapi program kat PJ lagi best. tampal2 kat pintu bilik je dah ramai datang. kat gombak ni crowd ramai tapi tak ramai yang minat nak join program.. sangat beza.. jauh beza..aku suka zaman aku sebagai warga ABC yang OhSem sejak dahulunya..

Nazrin Syafiq said...

ni time batch mana ye?? just nak tau~~

setiap persatuan yg kita join ada baiknya, ada kehebatannya, ada manfaatnya.. cuma terpulang kepada kita utk menggunakannya sebaik mungkin,,,

diba adibah said...

1. anda 'mncuri' idea saya..=D
2.sedey!!!! T__T
3.Gonna miss MRC CFS IIUM 2011/2012

diba adibah said...

1. anda 'curi' idea saye.. =D
2. sedey T__T
3. gonna miss MRC CFS IIUM 2011/2012

Nazrin Syafiq said...

bolah sy tahu, idea yg mana satu saya curi tu..??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...