Followers

Wednesday, May 9

Soal Jawab bersama Ustaz Azhar Idrus

bismillahirrahmanirrahim..


SOALAN: Bolehkah tepon awek utk kejut dia solat subuh. 
UAI: Kang lebih senang mu set alarm mu, dia set alarm dia. Pilih jln terbaik, elak fitnah...:)

~
Soalan: Nape takleh solat tahyat masjid di surau, rugilah aku sbb aku kerja di surau!! 
UAI: Ehh marah aku pulak! Dah mmg takde tahyat surau. :)

~
Soalan: Nabi kata tak boleh bunuh katak, bukan tak boleh makan. Macamana tu?
UAI: Ada ke katak yg tak mati bila dimakan? Boleh bawa sini..:D

~
Soalan: Apa maksud khunsa?
UAI: Itu org yg ada 2 alat sulit berlainan jenis. Jika ada 2 'pistol', itu bukan khunsa, tapi 'power rangers'.:D

~
Soalan: Bagaimana jika HP berdering semasa solat berjemaah?
UAI: Wajib ditutup jika mengganggu, tapi jangan bodo pergi jawab HP tu pulak...:)



~
Soalan: Minta petua pengasih isteri.
UAI: Guna kertas warna-warni yg ada gambar agung beri kpd isteri. Yg bertulis RM100 paling berkesan....:)

~
SOALAN: Camne nak lupakan kekasih?
UAI: Itulah gatal sangat, kan Islam larang bercouple, haram. Antara caranya, banyakkan zikrullah & bersyukur...:)

~
SOALAN: Apa hukum bunuh tikus yg suka kacau bini saya?
UAI: (Ketawa) Ada juga tikus miang. Boleh bunuh, bukan sbb miang, tapi sbb haiwan perosak....:)

~
SOALAN: Apa hukum kenyit mata kpd anak dara?
UAI: Boleh; jika anak dara masih kecil, atau mata kamu masuk serangga. Kenyit nak mengurat, haram...:)

~
SOALAN: Bole ke org pas kawin dgn wanita umno?
UAI: Nape x bole. Bahkan Muslim boleh kawin dgn wanita Yahudi/Nasrani, walau namanya Jenifer Lopez

~
SOALAN: Apa hukum simpan gambar wanita.
UAI: Harus, jika wanita itu nenek kita. Tapi kalau bukan mahram dan simpan kerana nafsu, hukumnya haram...:)

~
Soalan: Bolehkah bergambar bersama dengan makwe?
UAI: Boleh, jika bertiga, dan bapak makwe tu duduk di tengah-tengah...:)


Sumber : Facebook

notakaki : Style la Ustaz. Jawapan ringkas dan bermakna. Mudah difahami..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...