Allah swt berfirman di dalam Surah al-Baqarah ayat 120 yg bermaksud:
"Org2 Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka (yg telah terpesong itu). Katakanlah (kpd mrk): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yg benar". Dan demi sesungguhnya jika kau menurut kehendak hawa nafsu mrk sesudah datangnya (wahyu yg memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah kau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yg dapat mengawal dan memberi pertolongan kpd mu."
Nakbah adalah kalimah Bahasa Arab yg bermaksud malapetaka atau bencana besar. Nakbah Palestin (يوم النكبة - Hari al-Nakbah) pula merujuk kpd penubuhan negara haram Israel yg telah diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948. British dan PBB sebenarnya juga turut bersubahat!
Pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis telah bertindak mengusir lebih drp 60% rakyat Palestin (lebih kurang 800 ribu org drp sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yg lain telah diusir.
Drp jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yg wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dlm lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.
Antara yang paling kejam ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 org kanak2. Petugas Palang Merah dan PBB sendiri menyaksikan bagaimana rumah2 rakyat Palestin dibakar dan org yg cuba menyelamatkan diri dari ditembak.
Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan utk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.
Mereka sengaja melupakan bhw bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mrk yg kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bhw setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin adalah jenayah yg terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.
Jenayah ini disahkan lagi apabila PBB yg tlh mengeluarkan lebih drp 110 resolusi mrk (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun semua resolusi ini ditolak oleh rejim Yahudi Zionis.
Nakbah 1948 yg melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yg mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang2 Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.
Kini 64 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan:
1. Rejim Zionis terus melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah2 mrk, membakar kebun2 mrk dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini Yahudi telahpun merampas dan menguasai kira-kira 90% dari keseluruhan bumi Palestin.
2. Peningkatan serangan ke atas Masjid Al-Aqsa oleh ekstrimis Zionis yg semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian kiblat pertama umat Islam dlm rangka mereka meng”yahudikan” Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al-Aqsa dan mendirikan kuil Yahudi di atas tapak masjid sekarang.
3. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan org Palestin yg tidak bersalah sehingga lebih drp 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang tua, kanak2 malah wanita yang hamil lagi sakit turut ditahan.
4. Sekatan ekonomi yg dirancang scr rapi oleh Zionis menyebabkan org Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kpd sumber pekerjaan yg dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yg menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.
5. Ramai di kalangan kanak2 Palestin dinafikan hak mrk untuk belajar sehinggakan jumlah mrk yg sempat ke pengajian menengah hanya peratusan yg sgt kecil.
6. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yg terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 kilometer di Tebing Barat yg menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sbg penjara yg terbesar di dunia.
7. Dijangkakan seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yg hidup dgn penuh kedaifan sejak 62 tahun lalu. Inilah jumlah pelarian yg paling lama dan paling ramai dlm sejarah peradaban dunia.
8. Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yg turut diakui pemimpin kanan mrk sebagai holocaust yang lebih hebat.
Penindasan, penodaan dan kekejaman yg dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dlm tempoh yg amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ia tidak harus dibiarkan begitu sahaja.
Fakta2 sejarah, kemanusiaan dan undang2 antarabangsa amat memihak kpd rakyat Palestin yg berhak memiliki ketuanan dan kedaulatan di bumi mereka sendiri.
Kependudukan dan negara Palestin mesti dikembalikan kpd pemilik asal yg sah.
Bumi Palestin adalah tanah yg mulia untuk seluruh umat Islam krn di sanalah letaknya Masjid Al-Aqsa yg merupakan kiblat pertama umat Islam, tempat berlakunya peristiwa Isra dan Mikraj, Tanah Suci umat Islam yg ketiga yg juga merupakan bumi para Nabi.
Isu Palestin bukanlah sekadar isu untuk org Palestin atau orang Arab shj. Bahkan isu ini adalah isu penting yg berkaitan dgn keimanan utk semua umat Islam di seluruh dunia.
Umat Islam di seluruh dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yg merupakan isu induk umat Islam di abad ini. Perselisihan dan perbezaan budaya, geografi, bahasa dan bangsa sudah semestinya diketepikan demi menjayakan misi besar dlm menyelesaikan masalah ini.
Ayuh rakan2, saudara2 ku sekalian, kita kembalikan keizzahan dan kedaulatan Islam tercinta ini!
Sumber : Facebook
notakaki : Ayuh kita cakna Palestin. Mereka bukanlah sesiapa, cuma mereka adalah darah daging kita.. Ikatan ukhuwah agama lagi kuat dari kekuatan sekadar hubungan manusiawi..
No comments:
Post a Comment