Followers

Thursday, May 24

Mitos vs Fakta : Wanita Menutup Aurat

bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum u'olz. Ada baik kah?? InsyaAllah, semuanya khair belaka.

Sebelum ni aku dah berkongsi tentang Mitos vs Fakta pasal Pantang Larang Melayu (klik SINI). Dan kali ini aku nak berkongsi pulak tentang perempuan yang menutup aurat. So, apahalnya dengan perempuan2 ni?

"Ala.. Perempuan sekarang ni bukan pakai tudung sebab apa pun. Sebab nak berfesyen je. Kalau tak sebab tu, takde mananya depa nak pakai.."

ataupun...

"Ko tengok si Joyah tu. Dia tu pakai jubah tu sebab badan dia tu dah makin gempal. Nak cover la katakan..."

mungkin juga ini...

"Ish... kolot la pakai kain labuh2 ni. Orang kalau tengok, mesti pikir ko sapu lantai kan. Tengok macam aku, trendy tau.."

Dakwaan2 pelik ini yang memelikkan kepala otak aku sebenarnya. Diorang ni kuat sangat berpegang pada MITOS atau dalam erti kata lain, benda yang tak benar pasal fesyen wanita ni. So, jom kita tengok FAKTAnya.

#MITOS
- Kalau pakai tudung, rosaklah rambut tu. Dah tak cantik dah.

#FAKTA
- Kalau korang tak pakai tudung, lagilah cepat rosak sebab rambut korang terdedah dengan cahaya matahari yang boleh buat rambut korang tu kering.


#MITOS
- Pakai high heels kan nampak elegen dan tinggi. Semua orang suka.

#FAKTA
- Pakai high heels tu nanti cepat rosak tulang belakang korang. Dah tua nanti jalan membongkok la korang. Lagipun, memekak je jalan tup tap tup tap tu...

#MITOS
- Pakai baju labuh2 ni rimas lah. Nanti tak nampak lah kulit yang mulus dan putih melepak tu

#FAKTA
- Pakaian yang mendedahkan kulit korang tu akan menyebabkan kanser kulit dengan cepat. Plus, kulit korang cepat jadi gelap nanti.

#MITOS
- Orang2 yang kaya je beli pakaian berfesyen yang mahal2 ni. Yang tak berapa nak kaya tu, beli la baju besar2, labuh2 tu.

#FAKTA
- Orang yang pakai baju besar2, labuh2 ni tak membazir. Sebab depa tak payah nak berhabis duit nak losyen kaki, ubat kurus badan, minyak wangi mahal2 segala bagai untuk tayang kat orang ramai. Depa dah tutup segala, so takyah nak risau orang perhati 24 jam. Kalau nak berfesyen pun, untuk laki depa je la.

#MITOS
- Orang pakai baju labuh2, tudung labuh2 ni untuk yang badan saiz triple2 je.

#FAKTA
- Depa taknak tunjuk kecantikan depa kat sebarang orang. Untuk laki depa sudahlah. Almaklumlah, PEREMPUAN MAHAL la katakan...

#MITOS
- Orang yang jenis 'tutup segala' ni bukannya ikut fesyen peredaran zaman pun. Tak stylish lah..

#FAKTA
- Oh! Yeke? Kalau macam tu, berkemban pergi shopping complex tu kira moden la ek? Ingatkan untuk pergi bilik air je. Cuma kain kemban depa cantik sikit dari kain batik buat mandi tu. haha. Takpun, mahal sangat kain tu sampai beli sikit2 je.


#MITOS
- Pakai tudung biasa2 sudahlah. Asalkan tutup aurat.

#FAKTA
- Bertudung biasa2 tu memang menutup aurat. Tapi, bertudung labuh tu menutup aurat dengan SEMPURNA.

Itu merupakan antara MITOS2 dan FAKTA2 yang dapat aku senaraikan. Mungkin ada lagi mitos2 yang pelik lagi. haha. Walau apapun, FAKTAnya ialah suruhan menutup aurat dengan sempurna itu datang dari Allah. Bukan buatan manusia.

notakaki : Zaman makin moden, pakaian makin mundur. Ke kita sekarang sedang menuju ke zaman batu?? hmm..

4 comments:

Neijie Kiut said...

pedas kata2 mu itu..huhuh
perlu dikongsi nih entri nih..hahaa..
nice perkongsian..hope ramai pompuan sedar..

Nazrin Syafiq said...

sekadar menambah perisa mana yg patut.. insyaAllah, bersama kita saling memperingati..

roziana rahim said...

hahaha~ berkemban pergi shopping.. modern sgt la katekan~ papepon...bagus entry kau~ teruskn berdakwah..:)

Nazrin Syafiq said...

trend kot zaman sekarang ni.. org berkemban je pegi shopping.. haha.. insyaAllah, sama2 kita berdakwah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...