Followers

Sunday, May 20

Mitos vs Fakta : Pantang Larang Melayu

bismillahirrahmanirrahim..

Kaifa halukum u'olz?? InsyaAllah, masih lagi dalam rahmat dan redha Allah. =)

Aku nak story sikit kat korang pasal satu benda yang menjadi kebiasaan dalam adat Melayu ni, iaitu pantang larang. Aku tak sure la kan kalau bangsa lain ada jugak pantang larang begini. Kalau nak diikutkan, pantang larang ni bermula dari zaman "tok nenek" kita lagi dan mereka ni memang kuat mempertahankan pantang larang ni.

Apa sebenarnya guna pantang larang ni dalam kehidupan orang zaman dolu2 ni?

Kebiasaannya, orang tua2 akan mengimplementasikan pantang larang ni kepada anak2 dan cucu2 mereka. Tujuannya adalah untuk mengajar tatasusila, cara hidup atau mungkin sekadar nak takut2kan diorang je. Tapi aku rasa lebih kepada nak takut2kan je kot. haha. Hinggakan sekarang pun ada sesetengah orang yang masih percaya kepada dengan pantang larang ni, yang kalau difikirkan balik, banyak yang tak masuk akal.

Tujuan pantang larang tu baik, tapi explanation tu yang pelik sikit. Di sini aku ada senaraikan beberapa kerat pantang larang yang diamalkan. MITOS vs FAKTA


#MITOS
- Jangan potong kuku malam2, nanti mati cepat.

#FAKTA
- Jangan potong kuku malam2 disebabkan tiada cahaya yang menerangi waktu malam. Orang zaman dolu2 takde spotlight nak suluh jari jemari waktu nak potong kuku. Khuatir luka je

#MITOS
- Jangan meniarap sambil mengangkat kaki ke belakang bagi perempuan, nanti mak mati cepat

#FAKTA
- Tak manis kalau perempuan buat macam tu. Lagipun kalau mengangkat kaki macam tu, kan terselak segala benda kat dalam kain tu. Tak elok la bagi orang perempuan.

#MITOS
- Orang perempuan jangan menyanyi kat dapur, nanti kahwin dengan laki tua

#FAKTA
- Kalau orang perempuan sibuk menyanyi kat dapur, risau apabenda yang depa masak tu tak jadi. Khusyuk sangat menyanyi kan. Nasi pun boleh hangus

#MITOS
- Jangan guna pensel kontot. Tak pun jangan guna pensel yang lagi pendek dari jari kelingking, nanti mak mati cepat

#FAKTA
- Kalau guna pensel kontot tu, payahlah nak menulis. Dah tu, suruh mak korang belikan. Lalu mak pun berkata, "Mati la mak macam ni asyik nak beli pensel kamu je... " haha.


#MITOS
- Jangan buka payung dalam rumah, nanti ular masuk rumah

#FAKTA
- Payung tempatnya di luar. Tak perlu nak buka payung dalam rumah

#MITOS
- Jangan duduk atas bantal, nanti bontot bisul

#FAKTA
- Bantal kan letaknya kat kepala, bukan di bontot.

#MITOS
- Jangan duduk depan tangga rumah, nanti tak kahwin

#FAKTA
- Padahal tangga tu kan tempat orang keluar masuk rumah. Jangan la halang perjalanan orang

#MITOS
- Kalau tangan bertemu serentak masa nak mabil barang yang sama, itu tanda orang nak datang rumah

#FAKTA
- Itu sekadar kiasan atau tanda pelik yang menandakan orang nak datang rumah.

#MITOS
- Kalau bulu mata jatuh, itu tanda ada orang rindu

#FAKTA
- Dah bulu mata tu nak jatuh, nak buat macam mana pulak kan...


#MITOS
- Kalau makan beralih2 tempat, nanti kahwin ramai

#FAKTA
- Kalau makan beralih2 tempat, nanti makan bersepah pulak.

#MITOS
- Kalau nak tidur basuh kaki dulu. Kalau tak, tidur malam mengigau

#FAKTA
- Itu kan sekadar kebersihan diri je sebelum tidur.

Ha! Tu merupakan antara pantang larang yang amat popular dalam kalangan orang Melayu. Sehinggakan orang sekarang pun terikut2 dengan amalan ni. Sebenarnya, pengajaran di sebalik pantang larang tu bagus, cuma explanation di sebalik amalan tu yang kadang2 tu tak masuk akal.

notakaki : Islam takde kepercayaan2 yang pelik2 gini. Hmm. Sebenarnya takde la pelik manapun. Benda ni lebih kepada nasihat supaya berhati2 dan beradab je kan...

3 comments:

Farhana Fakhira said...

dulu yg aku percaya lebih sikit is yg perempuan tak boleh duduk meniarap and tak boleh potong kuku malam malam tu. noob gila rasa.

jimie1402 said...

byknye pantang larang yg aku x tau. Aku bukan melayu ke? =P

Nazrin Syafiq said...

selalu sgt duk oversea ko ni jaz.. haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...