Sambil-sambil aku melayan ceramah Ustaz Kazim Elias di Youtube, aku tertarik pada satu kata-kata seorang pondan terhadap beliau yang beliau ceritakan dalam ceramah tu,
"Kita sama je ustaz.." kata pondan tersebut.
Aku pun tergelak guling2 bila dengar begitu. Bayangkan lah dengan pakaian mengalahkan perempuan, tapi suara garau mengalahkan jantan. haha. Adeyai.
"Wei Nazrin! Bukan main lagi ko berkepit dengan si lembut tu. Ada pape ke? Bila nak langsungnya?"
Ok. Ni merupakan antara suara2 sumbang yang kedengaran bila bergaul dengan golongan lembut ni. Depa jeles la tu. haha. Terdapat banyak sebab kenapa golongan lembut dijauhi kebanyakan lelaki. Antara sebab yang popular ialah
1. Pandangan masyarakat
Masyarakat sekeliling kerap memandang serong terhadap golongan ini atas sebab2 yang tertentu. Tak kisah sebab watak, gaya atau pengaruh mereka dalam masyarakat. Maka, apabila ada antara lelaki2 yang cuba nak mendekati golongan ini, ayat yang macam kat atas tadi akan terkeluar. Macam aku penah rasai dulu. Aku cuba untuk mengetahui apa 'benda' golongan lembut ni, tapi terbantut seketika atas sebab ini.
2. Penampilan
Kalau depa ber-fashion, tu dia... mengalahkan perempuan tulen. Dengan handbag nya, mekap nya, dressing nya.. pergh!! Kadang2 lawa pondan dari perempuan. haha.. Tapi ni fakta ye! Diorang lebih mengetahui fashion dari perempuan sendiri. Kadang2 kalau tengok dari belakang, FUUUYYYOOO!! Seksi habis. Tapi bila nampak halkum dah besar ibu jari kaki tu, reject der!! So, bila nak berkawan dengan dengan golongan ni, dah kene pikir dua kali pulak.
Ok. Yang ni ekstrem sikit. Kebanyakan pondan yang aku jumpa ni punyai naluri yang agak serong. Yela. Dah kata dressing macam perempuan, sembang2 pasal lelaki hot je... Mau tak naik bulu roma aku ni. Tapi tak semua golongan lembut macam tu. Ada je yang memang hormon progesterone dia terlebih sikit. Tapi normal je. Hinggakan ada yang aku jumpa ni siap berdakwah lagi. Hebat!!
Ha! Itu adalah antara sebab2 utama yang aku dapati kenapa ramai lelaki yang enggan berkelompok dengan golongan ini. Padahal, sama je. Kaum Adam juga, yedak? Bila bercakap tentang golongan ini, teringat kata2 seorang lembut terhadap aku,
"Aku tahu korang tak suka dengan golongan kitorang ni. Sampai nak hapuskan kitorang kan?? Aku tahu la.. Tak guna korang. B#BI korang!!"
Tu dia baq hang.. Kasar benor ayatnya. Ayat ni aku dapat time sekolah dulu. Apa yang aku dapat kaitkan di sini ialah golongan ini terasa disisihkan dari masyarakat. Memanglah ramai antara kita rasa tak selesa, tak kisah lah anda lelaki mahupun wanita. Sama2 rasa tak selesa. Tapi adakah ini akan menjadikan mereka itu berubah ke arah yang lebih baik?? Apa usaha kita nak ajak diorang ni ke jalan yang betul?
"Haish.. cakap senang la bang. Ce buat tengok. Mau kena maki hamun dengan si pondan2 tu.. Sekali depa hayun handbag tu kena kepala, silap2 abang pulak yang masuk hospital.."
Wah2! Dasat sangat tu. Ada experience ke? haha. Aku tak maksudkan yang korang kene tanggalkan skirt depa dan suruh depa pakai jeans lelaki. Dan aku tak juga maksudkan yang korang kene campak purse Louis Vuitton depa dan gantikan dengan wallet Alain Delon. Korang cuba dekati depa dengan cara yang elok.
"Maksud abang nak suruh kami ni pakai skirt macam depa gak ke??"
Ha!! Tu namanya BODOH. Jangan la korang follow apa yang depa buat. Maksud aku ialah korang cuba dekati depa dengan cara berhikmah. Get along with their style TEMPORARILY. Jangan hentam depa. Depa tak suka kene hentam. Kan depa "kaum yang lemah", kan?? So, cuba pendekatan yang lebih sopan la.
CONTOH, aku pernah cuba banyak cara dengan diorang ni. Ada yang tak mahu diajak kasar2, ada yang memang 'azalinya' kasar. So, aku cuba untuk dekati depa dengan mengajar subjek2 yang depa tak reti. Jangan kutuk2 depa. Ala2 caring gitu. haha. At last, depa boleh terima apa yang aku ajar dan aku cuba la selitkan nasihat2 sikit. Depa tak biasa nak tukar imej secara drastik dan sorang2. So, teman la depa. Bila depa dah berubah, jangan la sakat2 depa pulak. Sokong depa. Alhamdulillah, dia makin elok sekarang.
Kan boleh? Tapi tak semua sesenang itu. Ada yang memang susah. Tapi, jangan sisihkan depa. Kalau masalah gejala sosial makin melambak, korang salahkan depa pulak. Padahal kita sendiri tak tolong depa betulkan perangai depa, yedak?
notakaki : Islam mengajar kita untuk berdakwah secara berhikmah. Cuba dekati golongan ini dengan hikmah. InsyaAllah, tinggi ganjarannya.
2 comments:
Agree! Ramai tahu kutuk tapi tak tolong. And I highly suggest girls pun should tolong deorang. As in, yang lembut2 ni selalunya baik dgn girls but perempuan tak payah laa nak menyokong pulak. Slowly help them change :)
yup... setuju dgn your suggestion.. we should help them together..
Post a Comment