Followers

Sunday, April 29

Dihentam pasal Bersih 3.0?

bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni aku telah cipta sejarah hidup aku sendiri apabila aku telah dihentam di facebook dengan amat berhemah sekali. haha. Best kot kene hentam. First time rasa. Actually, bersangkut paut dengan Bersih 3.0 ni la.

Aku telah buat satu statement yang ala2 pro-kerajaan yang mengutuk tindakan Bersih 3.0 yang mana statement itu lebih menjurus menceritakan keburukan Bersih melalui media massa. To be frank, aku tengok juga video2 yang ada, baca juga blog2 yang amat sensasi memberitakan benda2 ni. Dan di facebook juga ramai membuat statement yang kebanyakannya menyokong pembikinan Bersih ni.

Lalu aku terpikir untuk gather information tentang, apa sebenarnya yang ada dalam pemikiran kawan2 aku ni? Even diorang sokong, ada jugak yang tak sokong. Maka, aku cuba la gali apa yg patut. Hasilnya :




Amacam, best tak aku kene hentam?? haha. Actually, komen ni dah jadi makin panjang. Tapi aku amek mana yg patut je. Bersih 3.0 menjadi amat sensitif utk dibicarakan. Apa yang aku boleh conclude dari benda2 ni ialah :

1. Ramai yang menyokong pembikinan  Bersih 3.0 kerana kali ini dibuat secara aman melalui slogan "DUDUK DAN BANTAH". Kata depa, keganasan berlaku selepas dimulakan dahulu oleh pihak polis. Mereka telah menyembur gas pemedih mata, merempuh peserta Bersih dan sebagainya. Insiden menterbalikkan kereta polis dilihat sebagai usaha menyelamatkan mangsa yang tersepit dibawah kereta akibat dirempuh kereta polis. 

Matlamat mereka adalah untuk mencapai keadilan dalam sistem pemerintahan dan pilihanraya. Tak kurang juga yang memperjuangkan pendidikan percuma. Ada juga yang mempersoalkan kewajaran pihak media massa memutarbelitkan fakta tentang sesuatu berita. Pelbagai berita yang disiarkan telah ditapis agar menjadi "TV Kerajaan" semata-mata. 


2. Terdapat juga yang membantah Bersih 3.0. Menurut depa pulak, ia menjadi satu kewajipan pihak polis untuk men'defend' negara mereka dari sebarang unsur2 provokasi. Selain itu, depa juga kata yang Bersih 3.0 mencerminkan ke-tidak-tenteram-an yang berlaku di negara di mata dunia. Mereka juga melihat hal ini sebagai satu keganasan. 

Mereka juga mempersoalkan kewajaran Bersih 3.0 untuk diadakan. Pelbagai medium lain yang boleh dijadikan wasilah untuk menyatakan hasrat mereka tanpa perlu menyusahkan pelbagai pihak dengan cara berdemo. 

APA PANDANGAN AKU?

Aku sokong mana yang benar... =)

notakaki : Terima kasih la pada yang sudi mengomen pada status kontroversi aku tu. Maaf sebab aku saja je nak buat ayat provokasi supaya ada je mata2 yang membaca serta jari2 yang menaip komen dengan ikhlas.. haha.. special credit to Roziana dan Apek. Best weyh kena hentam!! Boleh cuba cara ni ye..

6 comments:

Fathanah said...

salam nazrin,,xsalah bg komen,,tp pd akk:

1- kalau tgk dgn mata kepala sniri xpe bg komen dahsyat2 sb ada pengalaman,,tp kalau xpegi + xrase sniri pengalaman kt tpt kejadian biarlah kita sekadar jd pendgr kpd tales yg depa dok kecoh2 kt fb,,

2- nazrin sgt bagus kerana bg komen sb akk sniri pon xberani komen bnda2 kontroversi kt fb,,tp pastikan sumber yg kita dpt tu betul sb teknologi skang ni memungkinkan kita photoshop etc2,,dlm Al-Quran ade sebut "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." (Al-Hujuraat:6)

maafkan akk kalau ade perkataan akk yg menyinggung nazrin,,pe2 pon pendirian nazrin dihormati sb tiap2 manusia ade pendapat memasing kan,,may Allah bless u always wallahua'laam :)

Unknown said...

are u sure? kau x cover??... hahaha... lps ni klau kau buat status gini aku x teragak2 nak hentam kau bnyk2 kali~.. LOL...aku nasihatkan kau turun bersih klau nk tahu situasi sbenar... ye adik~ :)

Nazrin Syafiq said...

terima kasih kak ain sebab sudi memberi pandangan. sebenarnya kan kak, sy saje je buat ayat kontroversi ni. Niat sy hanya nak gather information yg amat sincere dan cepat dr kawan2 fesbuk. haha.. Sy setuju dgn pendapat akak pasal mencari kesahihan sesuatu berita.. =)

rozi, kan aku dah ckp byk kali. ini bukan nak cover2. mmg aku saje je nak buat kontroversi sikit. pastu saje je ayat2 dramatis sket kat dlm komen aku. bukan nak lagakan, tapi mencuba menjadi di pihak kerajaan.. haha.. rupanya amat sensitif ya member2 aku pasal ni.. haha.. anyway, kalau ada status mcm ni lagi, silakan hentam.. tapi berpada gak la.. kesian kat aku.. ye AKAK!!

Unknown said...

Terasa nk gelak guling2.. Haha~

Nazrin Syafiq said...

guling2 lah dikau~~

faaizz d. zul said...

seronok sebenarnya membincangkan isu-isu kritikal dgn rakan-rakan sebaya.

sama-sama matang akal.

;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...