Tengah elok2 dah lambat nak pegi lab tadi, ternampak la Ustazah Asiah Aling bersama Kak Nik Hanizah sedang bersenang lenang di tepi jalan depan AMF hall. Tapi aku ternampak la surat2 saman yang diorang tengah pegang. Cuak beb! Dah la tak pakai matric card bagai.
Ustazah : Nazrin, mana matric card?
Aku : Tertinggal la ustazah. Nak cepat tadi..
Ustazah : Baik awak pergi ambik. Dengan saya, boleh lepas. Kat depan tu lgi ramai fellow tunggu.
Aku : Ok2. Saya pergi ambik.
Maka, berlarian la aku pergi ambik matric card kat bilik. Nasib baik tingkat satu je. Tak mahu aku kene saman. Dah la tengah poket bocor sekarang ni. Bila dah ambik tadi, aku pun setel dengan ustazah. Terbaik la ustazah.
Ustazah : Ok. Awak dah lepas.
Aku : Terima kasih ustazah.
Gambar tak lawa. Sebab aku taknak lawa kan.. hihi
Maka, berlenggang la aku ke 'checkpoint' gurad seterusnya. Tiba2..
Guard : Baju putih! Sini kejap..
Aku : *Sudah.. nak apa pulak ni..* (dalam hati).
Guard : Mana matric card awak?
Aku : *Aku pun keluarkan la tanpa banyak soal..*
Guard : Kenapa tak display?
Aku : Tak boleh nak display la cik. Takde tali.
Guard : *Sambil tunjuk ke arah fellow di sebelah dia* Jumpa fellow!
Tengok2 fellow tu Ust Najmuddin. Lalu..
Aku : Terlupa la ustaz.
Ustaz : Nak buat macam mana.. Haish. Nanti mitak kurang la dengan ustaz Hasan. Awak kan orang kuat Ustaz Hasan.. (Principal Mahallah)
Aku : *haha.. kuat la sangat*
Ustaz : *Setelah selesai menyaman, dihulurnya kembali matric card aku.* Mintak maaf la Nazrin!
Aku : Takpe la ustaz. Saya redha je la..
notakaki: Ceh! MRC pun tak lepas gak dari disaman. Ni saman aku kali kedua di CFS ni. First dulu sebab balik lambat.. Adeyai~~
3 comments:
Haha, kene saman dgn Ustaz Najmuddin! =P
xpe, kat main campus x byk sgt dpt saman. =)
sedih kowt.. dah la kene rm20. diorg ni cam tahu2 je aku tgh pokai sekarang. adoi~~
lol patut lambat pi kelas
Post a Comment