Followers

Thursday, April 19

PTPTN : Apa depa kata?

bismillahirrahmanirrahim..

Bila bercakap tentang PTPTN waktu2 isu tengah hangat ni, salah cakap sikit pun boleh terbakar rumah dibuatnya. So, aku cuba lah nak ambil pendekatan dari sudut pandang aku yang tak seberapa ni. Benda ni jadi sensitif dengan tak semena2. Mungkin dah nak dekat kot tarikh Bersih 3.0 ni..


APA KES PTPTN NI?

Setakat pembacaan aku yang takde la selalu rajin sangat nak membaca ni, PTPTN ni ialah pinjaman dari segi kewangan kepada mahasiswa yang gagal nak dapatkan biasiswa untuk depa ni lanjutkan pelajaran. Dan setahu aku, PTPTN ni untuk golongan yang tak berkemampuan je. Kira nak tolong depa ni further study. Yela, kos hidup pun meningkat, duit nak beli buku pun kene 'tebal' jugak la setanding dengan ketebalan buku tu sendiri. Nak tak nak, kene la buat pinjaman. Kalau tak, mana la nak cekau duit kan~~

SO, APA YANG KECOH2 SANGAT?

Setakat yang aku tengok, depa ni nak mansuhkan la PTPTN ni. Sebab apa? PTPTN kira sedap bila dapat duit. Tapi tang nak bayar tu yang agak kelat sikit. Depa dok kecoh2 ni sebab kalau korang bayar RM 70 000, korang kene bayar dalam RM 90 000 balik (ni anggaran yg tak tepat ye..). Lebih kurang camtu la. Aku pakai kira jari je ni. Agak2 betul la kot.

Mana datang lebihan tu? Ada duit bunga (riba), ada kata duit nak proses pembayaran, ada kata duit orang atasan nak masuk poket depa yang tak penah2 koyak tu. So, yang mahasiswa ni naik hangin la kan sebab kalau korang pinjam banyak TU, banyak TU jugak la yang korang kene bayar. Yedak? Kira zalim la kan...


One more thing is depa ni duk persoalkan pendidikan percuma. Kalau negara2 lain boleh buat pendidikan percuma, kenapa tak negara 1Malaysia kita ni? Negara kita kan kaya. Duit zakat berlambak. Tapi diorang duk LAMBAKKAN dekat poket orang atas je. Tu yang depa duk canang satu negara yang depa ni tak nak pendidikan di-jualbeli-kan. Satu lagi, depa ni tak nak mahasiswa yang belum kerja lagi ni dah ada hutang keliling pinggang. Kan hutang tu satu beban kan??

APA KATA MAHASISWA LAIN?

Aku ni kira mahasiswa gak la. Tapi aku nak petik kata2 member2 aku yang duk rancak jugak debat benda ni. Ada mahasiswa yang setuju PTPTN dimansuhkan. Depa kata macam apa yang aku dah taip kat atas tadi. So, ada la mahasiswa yang setuju dengan demonstrasi yang dibuat kat Dataran Merdeka tu. Duk pacak khemah kat situ. Aku pikir ada camping apa la kat situ. Depa nak pendidikan percuma. Kira senang la, takyah pikir pasal duit dah. Masuk IPT, terus belajar. Then, graduate.


Ada jugak mahasiswa yang tak setuju dengan pemansuhan ni. Depa kata kalau kita mansuh PTPTN, mana depa nak cekau duit nak tampung makan minum, study semua? Fine la kalau depa kata pendidikan percuma kerajaan akan bagi. Tapi bukan sekelip mata boleh mansuh. Kalau terus mansuh, kesian la depa2 yang tak berkemampuan ni. Paling tidak, depa2 ni ada la duit nak makan minum, beli buku tebal2 tu. Nanti kalau dah kerja nanti, bayar la balik hutang tu

Ada jugak mahasiswa yang atas pagar je. Depa setuju kalau nak mansuh. Tapi depa tak setuju dengan cara mahasiswa yang duk berdemonstasi bagai nak rak kat Dataran Merdeka tu. Terjerit2 kat pegawai DBKL dan polis tu. Depa kata macam tak orang tak berpelajaran. Tapi MAHASISWA tu. Bila aku dengar pun, rasa malu nak gelar diri ni mahasiswa. Semoleknya, depa ni guna cara yang elok. Tak perlu nak duk pacak khemah kat sana. Then, memburukkan imej negara depan pelancong asing. Macam la negara kita ni teruk sangat.

Ada mahasiswa yang kata PTPTN tak payah mansuh, cuma molekkan sikit sistem PTPTN tu. Toksah la nak letak lebihan sampai beribu2 tu. Kalau nak letak denda lambat bayar sekalipun, toksah beribu2. Nanti takut timbulkan spekulasi macam sekarang ni. Tu la depa kata. Sebab kita tak tahu latar belakang keluarga orang lain macam mana. Depa kata patutnya PTPTN ni bagi pada yang golongan yang biasa2 je. Yang susah2 dan terer2 tu bagi biasiswa, yang kaya2 tampung sendiri.

APA KATA AKU SEBAGAI MAHASISWA JUGAK?

Aku tak boleh nak judge PTPTN ni macam mana sebab aku sendiri pun under biasiswa. Tapi aku tau macam mana rasa kene bayar hutang, aku tahu macam mana nak dapatkan pelajaran. Tapi orang kata, kalau kita tak merasa susah, kita takkan hargai hidup senang. Sama la jugak macam orang yang susah2 belajar, akhirnya depa dapat biassiwa. Sama je la analoginya.

Aku bukanlah suruh semua mahasiswa seantero negara ni rasa susah. Tapi, semolek2nya pelajari dari kesusahan supaya kita hargai kesenangan. So, aku sokong PTPTN tak dimansuhkan, tapi sistem pemberian dan pembayaran pinjaman perlu dikaji semula.

Dr. MAZA antara figura yang meminta agar PTPTN distruktur semula.
notakaki : Member aku cakap yang masyarkat Melayu kita ni dah terlalu 'dimanjakan' dengan duit. Dengan hak bumiputeranya, dengan itu dan ini. So, kalau boleh semua nak senang. Bila ada je susah depan mata, mula la nak melatah. Tengok macam cina. Depa tak dapat hak bumiputera. Ada depa buat demonstrasi tuntut hak sebagai rakyat? Depa kerja kuat, bersusah payah so that generasi depa nanti senang. So, wahai orang Melayu, jangan terus manja dan dilayukan..

4 comments:

jimie1402 said...

Sejak bila hang tulih blog hang dlm loghat utara ni? =P

Nazrin Syafiq said...

sejak aku cuba nak jadi mamat utagha.. haha

jimie1402 said...

calon isteri kau org utara ke? =P

Nazrin Syafiq said...

isteri?? anak ikan aku org utagha.. haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...