Followers

Friday, April 13

Ayam oh Ayam

bismillahirrahmanirrahim..

Minggu sebelum ni dah ber-TnC dengan semua member MRC yg tercinta. Minggu ni pulak (I mean minggu lepas la..) ber-ayam dengan MRCMAB pulak. Ala.. tapi MRC lain ada jugak. Tapi best la sebab ni kira program lain dari yg lain yg MRC penah buat.

Al-kisah, program kami ni dah dirancang lama dah. Tapi x sempat nak meeting bagai. Tapi working paper lepas dah. Officially, kitorng meeting 5 hari sebelum program. Pergh!! Huru hara aku cakap kau. Tak penah2 aku buat program dalam jangka masa kurang seminggu. Pengalaman beb..


Sehari sebelum event, adala kitorang pegi rewang2 kat Mahallah Fatimah Az-Zahrah (FZ) tu. Aku dah lama tak rewang2 gitu. Last sekali aku rasa time buat community service kat Pulau Carey dengan MRC. Tu la last kot. Tapi mmg best la rewang2 ni. Malam sebelum tu, aku datang la FZ nak check2 barang. Terjumpa pulak Zaidan. Apalagi, kalau dah jumpa dia ni, borak sakan la. Sambil2 racik serai tu, mulut jalan jugak. Maka, terkeluar la mcm2 story kan. Sharing moment la katakan. Walaupun pada hakikatnya ada la sekerat dua yg jeles tak boleh nak join kitorg berewang tgh2 malam buta tu. =)


Kitorang mula pagi sabtu tu dalam pukul 9 camtu. Actually, kitorg target dlm 50 org camtu yg dtg daftar tuk memeriahkan suasana. Yela, keje kurang 5 hari. Mana la sempat nak cari participant kan.. At last, MRC je yg penuh. Ada la berapa kerat je student mahallah aku yg ada. Aku time tu dah pening kepala duk pikir duit tak cover bajet kitorg. Adeyh..

Hmm.. Kalau ikutkan ni kali ketiga tak silap aku sembelih ayam. Best gak la. Rindu rasanya. Last sekali, aku sembelih kat ASiS, time buat sembelihan perdana. Syok woah~~ Dah sembelih2, cabut2 bulu, siang2 ayam,  then peram. Sambung pulak petang.

erk.. tengah gaul rempah sebenarnya.. 

comelkan. anak ustaz nidzam abdul kadir. Hasif nama dia kalau tak silap, kembar dia nama hatim. 



Actually, aku dah pakat2 dengan kak Emi ( staff ofis Mahallah Khadijah) nak join dia masak. Kira aku masak sekor, dia masak sekor. YA! AKU RETI MASAK EK. haha. Mula tu aku nak masak sekor AYAM MASAK LADA HITAM. Tapi bila tengok barang semua tak cukup. Bawang kecik pun ada la dalam 3 biji je. Aku balun mana yang ada je la. Ada la dalam  6 7 ketul ayam je aku amek. Yang lain, kak emi buat masak rendang.

Resepi? Mudah je. Kisar sekali bawang putih, bawang merah dengan lada hitam. Kalau agak2 nak lagi pedas, letak lada hitam byk sikit. Panaskan minyak (aku guna olive oil, sbb rasa dia akan jadi lagi sedap), tumis bahan kisar tadi. Dah naik bau, masukkan sos tiram. Gaul2, campak ayam korang tu. Dah nak masak, letak kicap manis sikit. Garam secukup rasa. Senang kan??

Tapi apakan daya, tak ramai yang boleh rasa air kaki tangan aku. Gambar pulak tak leh nak upload. Cis!!


Makan2, bakar2. Dah macam terbakar pulak gayanya aku tengok FZ tu. Berasapnya kalah hutan terbakar. Malam tu ada prize-giving session tuk best rooms of the mahallah, pemenang short film contest. Best gak la malam tu. Walaupun aku rasa letih giler kan. Tapi syok la. Pasni, mesti aku kan rindu time2 ni. Maka, aku abadikanlah dalam blog aku ni. =)

notakaki : Alhamdulillah, habis meng-ayam. Minggu ni last program of the session, MAB Futsal Tournament. Principal's Cup. Pastu, FINAL EXAM!!

2 comments:

roziana rahim said...

erk?..siap ade resepi... boleh la lps ni tukar kerja tukang kebun ke chef ... :P btw kau masak sedap...

Nazrin Syafiq said...

haha.. bila masa plak la aku jd tukang kebun ye... hmm.. alhamdulillah. thnks. kalau nak, aku post ke kc nnti. hhaha.. semangkuk penuh rm 5.00 =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...