Followers

Saturday, April 14

Kenapa air mazi itu najis?

bismillahirrahmanirrahim..

Masa aku kat sekolah rendah dulu, dalam kelas agama time belajar fiqah tentang jenis2 najis, aku tanya ustazah aku :

"Ustazah, apa beza air mazi dengan air mani??" Lalu berkatalah beliau,

"Air mazi ni air yang keluar sebelum air mani keluar. Sifatnya jernih. Air mani pulak warnanya macam putih telur. Air mazi tu najis, tapi air mani tak..."

Hmm.. Musykil di situ. Tempat keluarnya sama je. Tapi kenapa satu najis, satu lagi bukan. So, aku tanyalah kenapa berbeza pula. Jawab ustazah aku dengan hadis nabi:

Dari Ali r.a., katanya: Aku seorang lelaki yang kuat keluar air mazi, aku malu untuk bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Lalu aku menyuruh al-Miqdad bi al-Aswad menanyakannya kepada Rasulullah s.a.w. Dia bertanya dan baginda s.a.w. menjawab: "Diwajibkan berwuduk. Seorang Islam hendaklah membasuh zakarnya dan hendaklah berwuduk." (HR syaikhani)

Pastu aku diam je la sebab Nabi dah cakap camtu. Setelah aku masuk UIA ni, time belajar pasal Reproduction Anatomy of Human, tetiba aku teringat balik kisah ni. So, aku bedah la buku Biology Campbell 9th Edition tu. Aku terjumpa la jawapannya dari sudut sains.

Yg ditunjuk itu ialah Cowper's Gland. Atas dia tu ialah Prostate Gland.

Ada satu gland (kelenjar) dalam reproductive system lelaki ni, namanya Bulbourethral gland atau jugak dipanggil Cowper's gland yang akan keluarkan air mazi bila meningkatnya keinginan seks. Air mazi ni sifatnya jernih. Bila air mazi ni dikeluarkan oleh gland tadi, maka ia bertindak sebagai pelincir untuk sperm (air mani) untuk keluar melalui urethra (saluran kencing).

Selain tu, air mazi jugak akan neutralize sisa air kencing yang bersifat acid yg masih lagi berbaki kat dalam urethra. Senang cerita, bila air mazi ni keluar je, ia akan bawak sekali sisa air kencing kita. Sebab tu la ia jadi najis. Ada air kencing kat dalam air mazi tu. Kalau air mazi terkena pakaian, kene cuci pakaian tu. Wuduk pun batal.

Then, bila air mani keluar pulak dah tak dikira najis. Sebab saluran kencing kita tadi tu dah bersih dari kotoran. Lagipun, sperm dalam air mani itu sendiri sifatnya bukan najis. Ia sejenis cell dari dalam badan je. Kalau air mani keluar, kene mandi wajib. Paham???  

Kan Islam tu Indah. Islam bagitau kita ilmu sains ni 1400 tahun yg lepas. Supaya senang kita nak beribadah. Agama lain ada?? Wallahu a'alam..

notakaki : Sains dan Islam tak boleh dipisahkan. Jangan jadi sekular. Sebab tu aku suka sains. Sebab dalam sains ada Islam, dan dalam Islam pun ada sains. =)

4 comments:

Azrin Saedi said...

owh..baru tahu..thanks for the info..

Nazrin Syafiq said...

most welcome azrin.. thnx for reading =)

Nani Neiji said...

salam..waa.bagus2..info yang mnarik bro! sekarang baru jelas..setelah dijelaskan dengan lebih saintifik..:D

Nazrin Syafiq said...

w'salam.. insyaAllah, ilmu yg ada kita kongsi bersama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...