Bismillahirrahmanirrahim..
Agak trending jugak hashtag #Alhamdolillah dalam kalangan member2 aku sejak diperkenalkan oleh seseorang. haha. Bukan pada peristiwa disebaliknya, tapi pada ejaan dan sebutannya yang seperti lucu. Bagi kitorang la. =)
Anyway...
Result semester lepas dah keluar dah. Dan #Alhamdolillah lulus2 aja.
Mai kita throwback sikit apa yang berlaku semester lepas punya final exam.
1. Semester lepas menyaksikan aku kembali bertapa 80 hari 80 malam (haha) sepanjang exam week di library UIA. Bak kata orang, tak final year, bla lagi nak gi sana, yedok? Dahulu kala waktu aku dalam tahun satu, kerap aku ke sana bila datang exam week. Tapi result takat gitu je la. Tak naik2 pong.. haha
2. Semester lepas jugak banyak membuatkan aku tak senang duduk dengan kerja2 persatuan di Kulliyyah. Bukan takat kerja2 fizikal, malah kerja2 mental yang memerlukan perancangan itu ini (gitteewww statement. haha). Tapi #Alhamdolillah I survived!!
Subjek2 semester lepas.. Hmm. Boleh lah. Ada beberapa yang aku tak minat, tapi harug je la. Yedok..?
1. Research Project 1.
Yang ini sangkut dari 2 semester lepas lagi. Bukan sangkut sebab ape pon. Sebab dapat status 'In Progress'. Kiranya kerja aku tak sempat nak habeskan dalam satu semester. Project aku ini merangkumi kerja2 lapangan yang memerlukan aku interview para penagih dadah di kawasan pemulihan di Kuantan..
Scary..?!! Yupp. Memang menakutkan. Tapi relax2 je la. Harung je la..
2. Pharmaceutical Biotechnology.
Segala mak nenek berkaitan dengan fizik sepatutnya tak masuk dalam hidup aku, begitu jugalah dengan teknologi2 bagai ni. haha. Tapi tersangkut la pulak dengan benda ni di final year ni. Adeyai.. Memang aku tak minat langsung benda2 ni, sebab aku lebih minat bahagian kemanusiaan dan klinikal. (tapi tak score jugak.. hmmm).
3. Innovation in Pharmacy Practice
Terima kasih kerana subjek ni, aku telah dengan 'happy'nya menjelajah ke banyak tempat di Kuantan ni untuk lawatan sambil belajar (ini ke yang aku buat..? haha). Balik dari visit, buat pulak report bertimbun2.. hmm
Oh ye. Subjek amat menakutkan. Subjek ni ada exam clinical dipanggil OSCE. Agak payah bagi aku sebab kene interview, consult, explain, kira2, etc.. dalam masa 7 minit untuk setiap 7 station. Sebenarnya sebab di kala final exam hari tu, kami semua ditahan dalam dewan exam. Katanya ada announcement nak buat. Rupanya nak kabor ke kitorang hanya 25% daripada kitorang yang lulus OSCE hari tu. Kiranya 75% FAIL..!!!
And ofkos la aku fail. hahah..Tapi #Alhamdolillah final ok2 aje..
4. Quality Assurance
Ok. Subjek ni bosan bagi aku. Tapi harung je. Noktah. haha
5. Clinical Pharmacokinetics
Subjek ni banyak kira2. Untuk berbelas2 ubat tu, semuanya ada kiraan dan formula tersendiri. Tak botak kepala aku dibuatnya. Dah lama tak buat kira2 ni, tetibe selambak kira2 kene buat. Yang paling bestnya, ada soalan final ni. Kene buat graph and/or calculation. And/or tu kiranya boleh pilih la kan.. So aku buat la calculation SAHAJA..!!!
15 minit sebelum masa tamat...
"I want the answer in graph. Please.."
Dan di kala itu, aku sedang berhempas pulas menyiapkan soalan terakhir aku, kononnya boleh siap awal sikit dan penuhkan jawapan kat bahagian depan2 yang banayk lopong. Bila dia dah kabor gitu, gelabah la weyh.. Dah la jawapan calculation tu salah. Cari booklet tu, potong jawapan calculation tu, buat graph. Aleh2 bila check jawapan bila habes exam, salah jugak graph aku tu.. T.T
Why you do this to meeee...???!!!
6. Renal Pharmacy
Subjek ni menarik. Btw, ni subjek elektif je. Soalan final not bad, cuma ada satu soalan 5 markah yang kau kene bagi full regimen untuk ubat. Note ye untuk FULL REGIMEN may include name, strength, dose, duration, frequency, dosage form, etc.. Erk. Ni 0.1 markah ke jawapan setiap satu tu.. hmm. Apapepon, #Alhamdolillah
7. Pharmacoeconomics
Subjek ni macam menarik. Not bad la.. Time aku tengah jawab final paper ni, tetibe aku terpikir jenis2 ekonomi yang mungkin aku buat dan wujudkan kat dalam community pharmacy aku nanti. haha.. Ambitious sangat...
8. Pharmacotherapeutics 3
Hmm.. Subjek ni memang killeer dari dulu lagi. Haih. Tak tau la kenapa. Payah giler. Yelah. Dah namanya klinikal, memang la payah. Yedok?? hmm. Tapi #Alhamdolillah gred aku untuk subjek ni agak meningkat sebab kalau dulu, B- jee memanjang.. haha
PT3 kali ni aku tak berapa nak minat sangat sebab banyak kene belajar pasal penyakit psikitari. Schizophrenia, Alzhemir, Parkinson, Depression, etc.. Aku belajar ni terus dapat depression aku. haha
Anyway...
Result keseluruhannya..
#Alhamdolillah
p/s: Semester depan ada dua subjek je, tapi kredit hour untuk setiap satu tu 6 jam.. Mampus la aku.. hmm
No comments:
Post a Comment