Well. Bila pertama kali aku jumpa sahabat2 se-batch aku yang lelaki ni dalam 4 tahun lepas di UIA Kuantan, dalam fikiran aku ada satu benda je...
"Alaaaa... Diorang ni lagi...!!"
haha.
Tak dinafikan, kebanyakan member lelaki batch aku ni aku pernah jumpa malah satu kelas lagi dengan diorang. Dan ada juga yang buat pertama kalinya aku dengan diorang. Macam2 ragam. Ada yang gila2, ada yang alim2, ada yang penyenyap, ada yang kuat gosip, ada yang diam2 ubi berisi, ada yang memang berisi. Macam aku.. hahaha
Oh ye. Lelaki batch Rx11 ini kami gelarkan diri sebagai "Jejaka.."
Pernah satu ketika, di waktu masih lagi dalam Tahun 1 di Auditorium Kulliyyah of Pharmacy, seorang member yang baru beberapa hari aku kenal dengan dia ni bertanya..,
"Ko memang nak amek Farmasi dari dulu lagi ke Naz..?"
"A'ah. Tapi asalnya aku nak amek Medic. Tapi sangkut dekat Pharmacy. Harung je la..". Aku hanya mampu membalas sebegitu.
Lalu dia membalas, "Kira ok la tu. Still dalam satu aliran. Aku ni minat Engineering. Tapi sebab DQ kan nak Science. So, masuk je la.". Hebat bagi aku dia ni. Setahun saja di Matrikulasi. 'Bantai' je masuk Farmasi. And for his own record, tak pernah fail paper... *tabik*
Uik. Cover line leklok jangan kasi lecturer perasan.. Pegang pen gitu, tutup mata. Chantekk!! |
Kami Yang Tak Boleh Duduk Diam
Selalunya, Jejaka pasti akan organize event kecil-kecilan sesama kami untuk banyak sebab. Untuk ukhuwah. Jalinan kasih (gittew ayatnya..). Serving the ummah. Dan seangkatan dengannya. Boleh nak dikatakan setiap semester ada saja aktivitinya,
Rehlah.
.
Rumah anak yatim
.
Main tepi pantai (sweet x.. haha)
.
Jalan2 cari makan.
.
Sarap fil zaman
.
Macam2 lagi la...
Ayuh anak2. Mari kita nyanyi kan Nasyid bersama2.. =) |
Steady2. Licin beb.. |
"Amacam. Ada macam Korea tak..?" ujar Mosen |
"Toksah nak heboh sgt la Sen. Aku jugak yang menjadi pujaan hati gegadis" cantas Maddu |
"Woi..!!! Ni dah lebih ni. Kalau kau nak tau, aku lah paling hot dalam Jejaka". |
"Comey tak saia.." peace Mirol.. |
Sangka Apa Yang Tak Tersangka
Kami ni kalau nak diikutkan macam ada 1001 perangai. Di khalayak lain. Sesama kami lain. Bukan nak hipokrit, tapi menjaga batasan dan segan kami pada khalayak.
"Kau takde pon nak sorok2. Gila2 je tengok Naz oii..!!"
Itu aku. Ada juga segannya kalau semua nak tau. Toksah habaq la kan apa benda yang nak segan2 tu. Jejaka lain. hmm. Ada yang nak gila2 di khalayak, tapi sebenarnya dia pendiam. Ada yang senyap2 di khalayak, tapi kaki karok kat luar. Ada yang bersuara lantang di depan, tapi hakikatnya dia tak banyak bersuara. Ada yang membisu seribu bahasa dalam group, tapi kat bilik.. Nauzubillah bisingnya...!! hahahaha
"Meh Abang Sen suapkan.." sapa Mosen "Weyh.. Aku reti makan sendiri la.." tersipu Azlan |
"Dik, ko jelirkan sket kat Mamat atas ni. Orang nak baik2 dia jual mahal.." "Buwweeeeeekkk" (sambil terjelir lidahnya..) |
"Aku rasa aku lah paling hot kat Kuantan ni. Tengok bibir pun dah tau,," bangga Acap "Tak de sapa nak pandang aku ni.." monolog Azlan |
"Adek2 semua nanti masuk FaciTeam ok.. Abe Mi nak bersara dah ni" pelawa Helmi |
"Toksah runsing Mosen. Aku belanja gambor aku satu.." |
"Mi, cuba ko tengok budok kat bawoh ni.." kata Rashid |
"Ape tengok2..!! Ni la cara nak menaikkan berat badan alaf baru.." |
"Kihkihkih.. Method baru ni.. Ko nak try Lan? Aku guna method lain.." ujar Muiz "Aku ikut cara kau la. Nampak effective" balas Lan setuju. |
Apa Lagi Perangai Jejaka Yang Tak Ramai Tahu
Erkk.. Itu macam rahsia peribadi. Kalau nak tau, tanya tuan punya badan la. Tapi apa yang aku boleh habaq, Jejaka ramai yang suka bergambar. Nak sebut ke..? Toksah la. Pantang naik kamera tinggi2, ada je muka dia menyelit (aku lettew.. hahaha). Oh yes. Ada juga Jejaka yang rajin ber-gym. Sado2 abam Jejaka kita rupanya... haha
Abaikan yang belakang Adli tu. Tu Jejaka batch laain. hehe |
Macam2 perangai sebenarnya. Tak dinafikan semuanya baik belaka. Baik in their own way. Ada yang suka pada ilmu2, kitab2, syarah2. Ada yang suka berkhidmat pada masyarakat luar. Ada yang lebih gemarr mengeratkan bonding antara Jejaka. Ada yang membanting tulang meringankan beban sambil2 main LOL. haha..
"Lekat kuat2 la Ijam. Nanti tak jadi tanglung kita ni.." arah Acap "Wokeyh Boss.." akur Ijam |
"Ape benda la yang kita nak buat ni..?" tanya Abi "Katanya nak buat tanglong terbang.. Tak tau jadi ke tak.." balas Zali |
"Macam tak jadi je ni. Takmoh tengok la. Nanti kecewa..." kecewa Helmi sambil tersenyum (sebab nampak kamera. haha) |
'Kaki' Apa Yang Ada Dalam Jejaka Ni..??
Macam2 kaki yang ada dalam Jejaka ni. Semua dengan minat dan pandangan masing2. Antara 'kaki2' yang dalam Jejaka:
Kaki Game
.
Kaki Karok
.
Kaki Mancing
.
Kaki Makan
.
Kaki Usrah
.
Kaki Selfie
.
Kaki Tidur
.
Kaki Movie
.
Kaki Sukan
.
Kaki Jalan2
.
Kaki Photoshop (dan segala -shop2 yang berkaitan.. haha)
.
Kaki Emas
Imma Happy Kid.. |
"Freeze.. Jangan bergerak..!!" sergah Acap "Nampak tak..? Gitu cara main dia.." terang Aiman |
"Aku rasa aku nak bantah cara main ni. Kita main lain la..." bantah Azlan "Aku setuju je..." sokong Adli "Bagus... kita main tutup2 mata macam kat bawah ni je.." arah Azlan |
"Zzzzzzzzz" sambil berdengkor |
"Malas aku nak layang. Baik aku makang ikang dalang pinggang ning.." komen Rashid |
"Hellloooooooo gegadis..!!" |
"Omnomnomnomnom..." sedapnya durian |
"Pakcik tengok kamera pakcik. Saya da buat baby face makan durian ni.." ajak Aiman "Takmo la pakcik. Segan ke anok bini..." tolak Pakcik segan |
"Comey tak saya..?" soal Ijam |
"Taaaak..." jawab Ijam kepada soalannya sendiri. |
"Angin kencang membawa ku jauh..." (Noh Salleh; Angin Kencang) |
Apa Function Kau Dalam Jejaka?
Kalau kau tanya apa function aku dalam Jejaka, takde apa sangat pon function. Saje meramaikan 34 Jejaka yang ada. haha. Mungkin aku ni sekadar silent reader Wasssap Jejaka yang kalau sekali buka tu berpuluh atau beratus2 text yang ada.. x) Tapi seronok tengok diorang2 ni sembang2 dalam tu.
Awal2 dulu, aku suka amek gambar2 Jejaka dan batch aku. Mungkin saje nak memenuhkan galeri laptop aku. Kenangan la orang kata kan. (atau mungkin boleh buat blackmail where necessary. muahahaha). Bila belek-belek balik gambar yang ada dulu, tibe2 macam...
"Laaaaah kau ke tu... Nampak lain la..."
Azlan. Dua dari kiri. |
Saya dengan Abam SRC. Undi lah dia.. |
Dengan aku taknok bergambor. Botak. hahaha |
Muka2 first year kami.. Di IM2 |
Bapak kurus giler korang.. Sekarang da makin 'sihat' semuanya. Aku jugak yang maintain. haha |
heheh.. Yeke dok Aiman. Doh makin naik aku nengok deme... |
Makan2 Jejaka. Selepas Kuiz Physiology waktu malam. Yes. Kuiz waktu malam.. |
Cer teka sapa dua dari kanan tu.. |
Haish.. Letih duk layan peminat. Tidur sat la... |
Apa Je Aktiviti Jejaka Yang Korang Pernah Buat?
Macam2 bro.. Kami ni jenis yang susah sikit nak duduk diam, so macam2 jugak la kami join. Kami mula dengan Flashmob Syria dan Kemanusiaan di beberapa tempat kat Kuantan, antaranya Kuantan Parade, Kuantan Parade lagi (jemput dua kali. lol), IIUM Kuantan Open Day 2013 (kalau tak silap) dan jugak di UMP Gambang. Flashmob ni kami buat dengan Bellas (Sister Rx11), so tak khas sangat Jejaka.
Pastu kami luaskan empire dengan join dikir barat pula, di bawah nama "DIKIR WARRIOR JUNIOR". Gittuuu.. Bermula dengan persembahan bersahaja di Kampung Bukit Bertam, Perak sewaktu kami buat Khdimat Masyarakat Rx11. Pastu di International Conference of Industrial Pharmacy (ICIP 2014) di Swiss Garden Hotel Kuantan. Kemudian di Majlis Pembukaan Minggu Farmasi di IIUM Kuantan. Kami teruskan rentak persembahan kami di Majlis Alumni Kulliyyah Farmasi dan juga di Annual General Meeting IPhA di Kulliyyah. =)
Zam zam.. Alakazam.. |
Banyak lagi stok2 gambar Jejaka yang aku ada, yang mana memerlukan pengesahan dan keizinan ibubapa serta kelulusan had pengawalan umur daripada Google. haha. Para Jejaka jangan risau. Gambar2 private korang dengan aku. Ooopppss. hahahahaha..
Apa pun, aku akan rindukan persahabatan ini bila dah graduate nanti. So biarlah aku pos gambar2 kat sini supaya kalau korang2 rindu, boleh mai blog ni. *touchy*
Photo credit: Jejaka FB, Jejaka Whatsapp, Kamera aku. haha
p/s: kalau korang nak aku remove gambar, kabor la. Tapi takyah la deh.. Kenangan gak. Yedok?
2 comments:
Omaiiii bnyk btol memories ngn jejakas
ofkos banyak giler kenangan.. T.T
Post a Comment