Bila kau dah start main hashtag-hashtag kat semua post2 kau, tweet2 kau, blog2 kau, penulisan2 kau.. maka dengan rasminya kau dah in-trend dengan gaya netizen terkini. Gitu..
"Dah ko kenapa tulis gaya gini pulak dekat blog..? Buang tebiat..??"
Well. Bila ko dah masuk bulan Ramadhan yang mulia ni, ko dah mula rasa nak buat satu pembaharuan. Tak kisah la apa sekali yang baru kan. Dan pada aku pulak, aku dah terikut dengan gaya penulisan seorang IGian ni (budak2 zaman sekarang kan suka letak -ian2 ni kan kat belakang sesuatu perkataan. Konon nak tunjuk benda tu merujuk kepada orang. Erkk.. Aku pun tak paham kenapa..). Ok tu nanti aku story dalam post yang lain okey....
Sekarang ni mesti korang gatal2 jari kan nak tau result final exam semester lepas aku macam mana kan.. Keinginan nak menjoyah kau tu sukar untuk disental waima masuk dalam bulan puasa. haha. *joking je*
AL-KISAAAAAAH....
Al-kisahnya aku semester lepas ni sangat memang teramat paling pack la sepanjang tiga tahun aku kat UIA nuuuh. Di samping berjuang mencurah2kan dakwat pen hitam Stabillo aku tu atas nota2 yang halus mulus sepanjang study week sahaja tu, aku turut terjerumus ke kancah berpersatuan. Kemain sibuk gamaknya.
Time2 ni la aku dah start masuk kelas lambat, keluar time kelas sebab akak ofis call, kelas start pukul 2 rilek je aku kat bilik Timbalan Dekan pukul 2.15 bincang hal2 GST. haha. *kau ade..??*
Tapi disebalik kemelut yang melanda diri ini, aku tetap merasakan dan mengharapkan agar Allah berkati segala usaha aku ini demi kawan2, adik2, abang2 dan akak2 terchenta kat Kulliyyah tu. Awwww..
"Mana resultnya weeeeiiiii"
Sabar ye. Jangan nampak sangat gelojoh tu. hahaha..
PERIHAL SEMESTER NI....
Dalam semester yang superbly legend ni sebab senior2 kata Semester 2 Tahun 3 ni la yang paling berat sekali, aku turut terkena tempiasnya. Macam recik2 hujan batu gitu. haha. Hampir semua subjek dalam semester ni buat group task masing2. Tak cukup dengan tu, sesetengah subjek punya workload tu tak tercapai dek 10 jari jemariku yang montel ni.
Dengan group whatsapp nye.. Kadang2 malas nak tengok. haha.
Tapi Alhamdulillah, berjaya juga ku harunginya. So, kalau junior2 tu dah feeling2 sibuk sekarang ni, then say Hello to Sem 2 Year 3 nanti.
"Ko belajar macam mana pulak..? Kata sibuk kemain. Carry mark tinggi jugak.."
Satu je petua dia. Time malam nak kuiz tu, minum susu Anlene campur madu sket. Konfem ko boleh jawab soalan2 tu dengan jayanya. haha
Bagi aku, tak guna ko spend masa ko berjam2 mengadap nota kat library tu, tapi hati ko kat tempat lain. Minda ko melayang teringat drama Korea yang ko tak sedut lagi dari member bilik sebelah ko. Kepala ko kat lutut. haha. *gurau kasar*. So, benda2 ni lah yang akan distract ko.
Biasanya aku akan baca nota2 untuk kuiz at least 2 kali. First baca tu just untuk faham, dapatkan jist of
Tapi sem ni banyak kali jugak yang aku sempat baca sekali je. Time tu redha je la. =)
"Pastu, takkan tu je.. Ramai je orang yang hafal, tapi tak dapat jawab jugak.."
Owh senang je tu. Ko cari batu asah pisau tu, ko gores la kat kepala tu. haha.
The thing is ramai yang hafal, tp tak paham apa yang dihafal. Main telaaaaaan je. haha. Simple kan. So, pahamkan dulu, baru hafal.
"Ok2. Paham dah. Mana result ko?"
Hamboi. Tak nyempat2. Kene ulas sikit. Result kali ni jatuh sket dari semester lepas. Tapi Alhamdulillah. Masih dalam lingkungan yang tak mengecewakan. Ada satu subjek In Progress. Aku akan sambung semester depan. Berkaitan ukur hasil rawatan terhadap Penagih Dadah.
Deal dengan penagih dadah sem depan. Aku ni. Just mampu menagih simpati je. Haha..
Notakaki: Entah bila lagi boleh post kat blog ni. Minggu depan dah start attachment. Doakan aku..
No comments:
Post a Comment