Followers

Monday, March 23

Kemain lagi...

bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum. Salam 1 Malaysia (eh??!!).

Setelah sekian lama menyepi di blog ni walaupun mulut bising di dunia realiti, aku kembali untuk menulis sedikit sebanyak tentang dunia yang aku alami kini.

1. SIBUK KEMAIN...


Sejak beberapa bulan ni, hidup aku ni terpaksa dan dipaksa untuk dibahagikan kepada 2. Satu untuk aku sebagai pelajar, dan satu lagi untuk pemimpin pelajar. Oh ye. Kalau ada yang tak tau, Disember tahun lepas aku dilantik melalui voting sebagai President Persatuan Pelajar Farmasi IIUM Kuantan.

Bunyi macam, "Perrrrggghhh!!! President bai..."

Ye, bunyi memang macam tu, tapi realiti nya biasa je. Tanggungjawabnya besar dan aku kini tengah pecah kepala kat bahagian frontal lobe ni ha (sedikit hyperbola). Mulanya aku rasa agak terbeban dengan kerja yang makin bertimbun.

"Haih.. Nape la banyak sangat kerja ni. Bila masa nak study ni... hmmmm"

Tapi bila masa dah makin berlalu, aku merasa lali dengan kesibukan seharian. Bila pagi2 sebelum pergi kelas tengok jadual kerja hari ni ada satu meeting je, syukur rasa. Tapi bila masuk kelas dan start lecture, masuk wassap.

"Salam Br Nazrin. Sy 'bla bla bla' nak jumpa Br jap boleh rehat pukul 10 ni? Nak bincang something jap pasal program 'bla bla bla' dan nak mintak sign. TQ."

So, aku pon ok je lah. Sebab hidup aku sekarang dah terbelah dua kan. Maka, redha je la. Jangan banyak merungut.

2. KE OVERSEA KE KITA..??

Baru2 ni, dapat lamaran jemputan dari lecturer aku untuk buat pembentangan Project Paper yang dibuat semester lepas. Paper ni hasil usaha sebagai satu group dan lecturer aku ni sangat eager untuk publish dan offer kami untuk bentang paper kami di THAILAND, GERMAN and of course MALAYSIA.


Well. Mula2 tu memang aim GERMAN dulu. hahah (kemain kan orang tak penah gi oversea..)

Tapi masa yang tak strategik membuatkan aku berfikir dua kali. And sudah pasti duitnya pun terkekang juga.

Aku pun masih lagi berkira2 untuk pergi ke tak. Tapi insyaAllah yang Malaysia punya aku akan pergi. Kot.

3. CUTI SEMINGGU, KERJA SEBULAN

Sekarang ni kami student IIUM tengah cuti midsem break dan yang pastinya, 'kerja sekolah' kami amat bertimbun.


Cuti yang pendek ni akan dimanfaatkan untuk:

--> Assignment
--> Lab report (2 je..)
--> Pamphlet making (under assignment)
--> Assignment report (pon under assignment)
--> Study untuk final quiz

See. Nampak macam pack sket. Tapi aku punya akan ada tambahan sket...

--> Review paperworks
--> Planning untuk persatuan
--> Preparation project presentation (yang oversea tu. kui3..)

Dan katanya cuti aku ada 5 hari je termasuk hari ni. Sabtu dan ahad aku dah nak balik Kuantan da.

No pressure.

4. DL KATA KO...??!!

Ok. Sapa2 yang tak paham DL tu ape, mohon Google ye.

Lately, aku rasa macam sedikit kehilangan arah dalam study aku. Tak tau nak kata macam mana. Aku dah start study last minute (ni terpaksa ye..) dan aku mula sedikit demi sedikit ambil ringan dengan study aku. hmm


Bukan sebab aku banyak main game or aku layan movie marathon. Aku sedikit sibuk dengan kerja2 lain. Apa yang sibuk sangat ntah. Orang lain pin sibuk jugak. hmmm

So, aku agak ter-agak2 dengan keputusan aku untuk sem kali ni. Apakah mampu aku untuk maintain? Atau sebaliknya..?

Tapi yang paling penting, mampukah aku untuk memahami, mengingati dan mempraktikkan ilmu yang aku dapat?

footnote: Kemain lagi guna 'kemain' dia.. *confuse*

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...