kali ni, aku nak tujukan post ni khas untuk students UIA, tak kisah la kampus mana sekali pun.. semoga menjadi iktibar. and benda ni ditulis student Master kat UIA. berdasarkan ayat dia ni, perkara berlaku di kampus Gombak. al-kisah..
Saya merupakan seorang pelajar master jurusan IRK di UIA. Sebelum ini mengambil jurusan Usul Fiqh di sebuah universiti yang lain. Sebelum berpijak kaki ke UIA, saya dikhabarkan dengan bermacam-macam cerita menarik dan biah solehah yang menyejukkan hati saya mendengarnya. Di UIA, ada banyak kuliah agama dan kelas pengajian kitab di luar kelas. Pelajar perempuan semuanya menutup aurat dengan baik dan sempurna. Ramai yang bertudung labuh. Muamalat antara lelaki dan perempuan sangat dijaga sehingga Pak Guard akan menyaman sesiapa yang berdua-duaan di mana-mana sahaja. Setiap kali masuk waktu azan solat 5 waktu, pelajar-pelajar khususnya lelaki akan memenuhi saf-saf solat di masjid dan juga musolla mahallah. Kegiatan dakwah juga aktif dilakukan oleh kumpulan-kumpulan dakwah yang diiktiraf oleh UIA mahupun tidak. Maka hati saya terpanggil untuk meneruskan bidang pengajian saya di universiti Islam ini. Terbayangnya zaman kegemilangan pemerintahan Islam dahulu kala sepanjang perjalanan ke UIA.
Setelah beberapa bulan menjadi pelajar UIA yang sah, semuanya bagai neraka. Pelajar UIA Dan Hidup Mereka Lebih kurang separuh pelajar UIA yang berlatarbelakangkan sekolah agama dan separuh lagi dari sekolah harian biasa. Itulah maklumat yang saya dapat, namun tidak mendapat kepastian yang sahih. Namun, semuanya kelihatan sama, bahkan tidak menampakkan sedikit pun ciri-ciri seorang pelajar yang mempunyai asas agama. Pelajar UIA tidak seperti disangka. Aktiviti menghisap rokok dalam kalangan pelajar lelaki amat sedih, boleh dikatakan seluruh pelusuk UIA menjadi sarang lepak penagih rokok. Sedikit pun tidak tercampak rasa malu atau takut untuk melepaskan asap masing-masing. Kehidupan mereka bebas untuk berbuat apa sahaja. Saya sangat takut kelamaan ketagihan dadah pula menjadi aktiviti utama dalam UIA. Pemakaian seluar pendek pula sudah menjadi kelaziman dalam kawasan mahallah. Pelajar-pelajar perempuan pula seolah-olah lebih teruk berbanding minah-minah rempit. Mereka merupakan golongan terpelajar dan tahu hukum-hakam agama, namun dalam beratus-ratus berpakaian jubah dan tudung labuh masih beribu-ribu lagi yang memakai baju dan seluar ketat serta tidak bertudung. Memang benar! Pemakaian tudung di dalam kampus UIA sudah lagi tidak diutamakan. Pameran rambut boleh dilihat di mana-mana sahaja dalam UIA. Islamization? Couple masih berleluasa di dalam UIA. Tidak perlu bercakap soal couple, cukuplah dengan iktilat yang tidak terjaga antara semua pelajar. Mungkin mereka ingat universiti ini seperti kolej di Amerika Syarikat atau London. Anda mungkin boleh mengintai sebagai bukti kata-kata saya ini di kafetaria kuliyyah IRKHS, kelas-kelas, sekitar bangunan Admin atau bangunan Rektor, sekitar Centre berhampiran Masjid UIA, dab banyak lagi.
Baru-baru ini pun telah gempar di KAED sepasang kekasih ditangkap kerana sedang beromen. Sedih! Bebasnya UIA, pelajar-pelajar perempuan tidak malu lagi untuk berada di mahallah lelaki walaupun jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Tidak percaya? Bolehlah selidiknya setiap malam di kafetaria Mahallah Ali atau tanya sendiri mak cik kafe. Jika perempun begitu, apa lagi lelaki. Anda juga boleh lihat setiap malam si lelaki menghantar kekasihnya sehingga ke dalam mahallah. Bebasnya! Tiada Golongan Pendakwah Dalam UIA? Pasti. Tidak mungkin mereka tidak wujud. Anda tidak perlu bimbang, universiti yang mempunyai kelab dakwah/islamik yang paling banyak adalah UIA. Mereka sangat hebat. Program mereka boleh dikatakan antara paling banyak dan paling besar. Ibadah mereka juga terjaga. Tidak masjid, surau akan menjadi tempat mereka. Volunteer of IIUM Mosque, Ma'ruf Club, Journalism Club, Quranic Youth Club, Intellectual Youth Club, KARISMA, Nadi Watan, Pembina, JKQ, Inspire Club, Biro Dakwah & Tarbiyah setiap persatuan kuliyyah. Ada lagi? Saya hanya tahu itu sahaja. Mungkin ada lagi yang saya tidak tahu. Jika begitu, mengapa biah solehah dan konsep Islamisasi UIA masih belum berjaya dicapai?
Persoalan ini hanya mampu dijawab oleh kesemua organisasi di atas. Mereka tahu apa yang mereka telah buat. Poster-poster iklan mereka sangat meluas di UIA dengan pelbagai program menarik. Mereka ini mungkin tidak sedar bahawa mereka masih belum berdakwah! Mereka hanya syok sendiri. Program-program mereka hanyalah untuk golongan malaikat. Sasaran mereka hanya untuk kaki-kaki masjid, ustazah-ustazah bertudung labuh dan golongan intelektual. Mereka sedang berdakwah tetapi hanya pada nama. Golongan seluar pendek, tudung singkat, rokok, couple dan sekutu dengannya, anda semua tidak perlu bimbang dan risau. Mereka tidak pernah pun memikirkan apa yang anda buat. Haram atau halal, mereka tidak hirau yang penting program mereka diluluskan dan dilaksanakan dengan jayanya. Golongan ini tidak terlintas pun di hati mereka untuk mengajak anda bersama-sama menuju ke jalan Syurga. Jadi, teruskanlah aktiviti anda seperti biasa. WUFI pula hanya bergegar dengan kemenangan mereka di SRC. Buktikan anda adalah pemimpin Islam, bukan hanya hebat dalam bergerak kerja dan bercakap. Kemenangan kalian adalah sia-sia tanpa menganjurkan pengisisan yang menjemput keredhaan dan rahmat Allah. Jika legasi seperti ini diteruskan berzaman-zaman, maka serahkanlah kepada sesiapa sahaja untuk memegang SRC. Admin Dan Protokolnya Bagaimana mahu membentuk pelajar-pelajar yang soleh dan solehah, kakitangan dan pensyarah pun tidak sebegitu. Staff perempuan bergaya dengan pemakaian yang bergaya dan seksi serta wangian yang menusuk hidung. Staff lelaki pula tidak segan silu untuk bersama-sama staff perempuan seolah-olah suami isteri. Kedengarannya orang paling besar di UIA semuanya mempunyai asas agama yang hebat. Tidak memakai topi keledar lebih haram daripada couple. Parking motor di tempat yang salah lebih haram daripada mempamerkan rambut perempuan. Pak Guard dijadikan Polis UIA, bukan Polis Agama.
Jika benarlah hadis ini dipraktikkan oleh pihak admin, nescaya semua perkara maksiat tidak berlaku di dalam UIA. “Barangsiapa yang melihat kemunkaran, maka ubahlah dengan TANGANnya, jika tidak mampu maka gunakanlah LIDAHnya, dan jika tidak mampu maka gunakanlah HATInya. Maka itu adalah selemah-lemah iman.” Polisi dan undang-undang UIA semuanya seratus-peratus bergantung kepada admin UIA. Jika polisi Islam yang mahu digunakan oleh admin maka Islamlah UIA, jika polisi sendiri yang mahu diaplikasi maka itulah bentuk UIA. Saya rasa cukuplah setakat ini luahan rasa yang dipendam selama ini. Anda setuju atau tidak, bergantung kepada iman masing-masing. Saya nukilkan luahan ini bukanlah untuk mengkritik tetapi ingin melihat satu perubahan UIA ke arah yang baik. Saya sangat takut jika pada satu hari nanti, Allah mencampakkan bala dan musibah yang besar kepada seluruh warga UIA. Andainya maksiat ini tidak dibendung dan berlarutan, tidak mustahil UIA akan menjadi sarang pelacur. Abu Firddaus Pelajar Master UIA
sumber: CFS IIUM CHATTING GROUP (FACEBOOK)
semoga kita dihindarkan dari perkara2 sebegini.
notakaki:
IRK: Islamic Revealed Knowledge
KAED: Kuliyyah of Architecture and Environmental Design
WUFI: Pro-Mahasiswa (We Unite For Islam)
SRC: Students Representative Council
8 comments:
walaupun bukan pelajar uia sgt terkilan dengan bahasa yg disampaikan.bila manusia hanya melihat satu titik hitam pada satu kertas putih maka keluarlah kata2 yg xsepatutnya atau gmbaran yg diberikan melebihi apa yang hakikatnya...hanya melihat kesalahan sebilangan orang padahal kabur pandangan terhadap kebaikan kebanyakan orang...
perkatakanlah apa yang kita dah buat...bukan perkatakan apa yg org lain buat! Salam mujahadah untuk semua...moga Allah berikan hidayah untuk semua!
walaupun bukan pelajar uia sgt terkilan dengan bahasa yg disampaikan.bila manusia hanya melihat satu titik hitam pada satu kertas putih maka keluarlah kata2 yg xsepatutnya atau gmbaran yg diberikan melebihi apa yang hakikatnya...hanya melihat kesalahan sebilangan orang dan kabur pandangan terhadap kebaikan kebanyakan orang...
perkatakanlah apa yang kita dah buat...bukan perkatakan apa yg org lain buat!
moga Allah berikan hidayah untuk semua manusia baik di dalam uia mahupun di luar!Peliharalah diri sebaiknya, syaitan sentiasa menggoda manusia ke arah kejahatan.Salam mujahadah untuk semua!
itu seharusnya menjadi kebimbangan kita sebagai satu masyarakat sebenarnya. bukanlah mahu menyokong 100% tindakan saudara kita ini, hanya kita perlu ambil iktibar dan memperbaiki diri dan persekitaran agar kita dapat mengubati dan mencegah perkara yg sedemikian dari terus berleluasa.
Benar, seorang ustaz atau yg berpentahuan dlm hal agama belum tentu boleh menjadi seorang da'ie. Islam mengajar kita supaya menggunakan tutur kata yg baik, bukan bercakap dengan emosi semata. Rasional & hikamh jgn dilupakan, walaupun bercakap dengan seorang pelacur. Apatah lagi kalau bercakap dengan org yg baru digelar 'bakal pelacur'.
By the way, I wish to know where did the writer graduate from? Perhaps he was from "heaven-like" institution, since he was simple able to compare UIA with HELL, when in fact no one has ever been in the hell before. I'm "impressed"!
-Bukan student IRK, tp bekas student engineering je.. Wassalam.
i don't where did he graduated from.. just the matter of fact, he's surely not from IIUM during his undergraduate course.
Dia tulis nipun berdasarkan hasil pengalaman/tulisan org lain. So bolelah kiranya nak tambah sos, garam, lada sulah bagai kan?Kerana nila setitik rosak susu sebelanga..
typical people.
Apa salahnya student uia seksi? Mereka pun ada citarasa nak bergaya. Biar lah asalkan seksi mereka tu x selekeh dan kemas. Tak rosak pun ilmu kalau seksi. Pengurusan uia pun tak kisah
Post a Comment