Followers

Sunday, June 19

maafkan aku, wahai sahabat

bismillahirrahmanirrahim..

aku nak mintak maaf kepada semua orang yang pernah aku sakiti, yang pernah hatinya aku guris, yang tindak-tanduk aku membuatkan korang tak selesa. aku tahu yang aku ni selalu mengacau orang tak kira kat mana, masa mahupun ketika. adakalanya, apa yang aku buuat tu melampaui batas. aku mintak maaf.

kepada sahabatku ini, walaupun kita sebilik, walaupun kau tak cakap pun yang kau marah dekat aku, aku tahu dalam lubuk hati kau mempunyai perasaan amarah kepada aku. dari riak wajah kau, dari cara kau layan aku sebagai seorang kawan berlainan dengan sebelum ni. kau kurang bercakap dengan aku. kalau ada pun, cuma tanya pasal pelajaran sahaja. aku mintak maaf.

mungkin apa yang aku buat tu menyebabkan kau tak selesa. tak gemar mungkin. tapi, aku cuma nak berkawan saja, mungkin caranya yang tak betul sikit. mungkin dengan perbuatan aku tu membuatkan kau fikir yang bukan2 tentang aku. tapi, aku nak kau tahu yang aku cuma nak berkenalan rapat dengan kau, dengan mengiktiraf kau sebagai seorang sahabat. aku mintak maaf.



ya. beza antara sahabat dengan kawan biasa. walaupun tak capai tahap best friend lagi, tapi setiap persahabatan tu mesti dimulakan dengan kawan biasa kan?? mcm tu la juga dengan ko. aku nak ko jadi best friend aku..

dan dengan setulus hati, aku nak mintak maaf pada kau. andai apa yang aku lakukan mengguris hati, perasaan, maruah (mungkin...), apa jua aspek.. AKU MINTAK MAAF. kalau kau maafkan aku, aku bersyukur pada Tuhan kerana Dia masih memberi peluang untuk aku mendapat seorang sahabat.

tapi kalau kau tak nak maafkan aku, tak mengapalah. aku sudah jalankan kewajipan aku. harapnya Allah membuka hati kau untuk memaaf dan menerima aku seadanya.

MAAFKAN AKU, WAHAI SAHABAT.. T.T

3 comments:

jimie1402 said...

Encik Nazrin, kalo ak org yg ko maksudkan, aku mintak maap ye.
xbmaksud pon nk bg ko fikir bkn2.

Nnti ak urut leher ko lg ek. =P

sebelah katil jimie 1402 said...

aku ke naz??hehe

Nazrin Syafiq said...

jimie1402, ko x buat salah apa pon ngan aku..
sebelah katil jimie1402 pon,biar la rahsia..
biar aku dan dia sahaja yg tahu benda ni.. just nak luahkan kat sini je.. hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...