Followers

Saturday, June 25

maafkan aku, wahai sahabat (part 3)

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah.. setelah seminggu, akhirnya berakhir juga sengketa yang aku alami. perit betul rasanya. aku pun actually tak tahu la kenapa kali ni rasa lain macam. aku ni selalu je gaduh dengan orang lain (bunyi macam sengal je...) tapi kali ni aku rasa macam pelik sikit. maybe ni melibatkan member sebilik kot. yela, hari2 dok mengadap muka yang sama je..

nak tau macam mana boleh baik?? actually, selama seminggu ni. aku selalu berdoa agar aku diberi kekuatan untuk hadapi semua ni dan aku juga berdoa supaya si dia ni dilembutkan hati untuk memaafkan aku. agar kami dapat jadi rapat seperti sebelum ni..

alkisah... masa solat jumaat tu, aku berdoa lagi seperti selalu, tapi kali ni aku berdoa agar aku diberi kekuatan oleh Allah supaya aku dapat slow-talk dengan dia. cakap elok2. mintak maaf semua. jejak je keluar dari masjid tu. aku melilau mencari kelibat dia. dalam ramai2 orang tu manalah nak nampak kan.. then, aku rasa mungkin belum masanya lagi untuk dapat aku bertemu dengan dia.



aku terus melangkah ke kafe untuk beli makanan. dengan tak semena, aku terlihat kelibat dia. DUP DAP DUP DAP!!! hati aku berdebar giler walaupun aku rasa jauh sangat jarak antara aku dengan dia. aku nak cakap tapi tak kan tengah orang ramai tu kan. i guess maybe it's not, again the time yet. another time maybe. aku perhati kan je dia dari jauh sambil dalam hati menjerit memanggil nama dia (of course la dia tak dengar kan...) aku mengharapkan dia memandang aku, tapi hampa.

aku rasa macam takde harapan lagi antara aku dengan dia. tak mengapalah ya Allah.. itu ketentuanMu yang terbaik untuk aku agar aku lebih merasai seksa dosa yang aku lakukan. aku pun berlalu ke satu tempat duduk sambil menunggu Rashid dan Jazmi (roommates) beli makanan. aku pun melihat ke kaca TV yang menayangkan cerita apatah.. aku pun tak fokus pun kat TV tu sebab kepala tengah merewang dok pikir benda lain.. tibe2..

dia: Assalamualaikum... (sambil menghulurkan tangan..)

aku: (dengan muka yang penuh terkejut, aku menyambut tangannya..) waalaikumsalam... (lama aku salam tangan dia, hatta lepas dia duduk pun tangan aku tak lepas lagi tangan dia..)

aku terus memandang muka dia dengan mata yang agak berkaca..

dia: sudah la tu.. lupakan je... (sambil tersenyum. aku pun tak paham maksud senyuman tu..)

aku: &%$, aku mintak maaf for what i did. (aku terus salam tangan dia dan hampir cium tangan dia. cepat2 dia tarik..)


aku dah tak peduli dah apa orang nak kata. aku rasa orang yang tengah makan sebelah aku tu mesti dia pelik tengok aku buat camtu.. but then, i was a bit nervous at the time. ayat yang dah susun baik punya tadi terus hilang.. actually, banyak lagi aku nak cakap.. segala bagai ayat gramatis aku dan susun.. hihi. aku terus tenung muka dia.. sesekali dia jeling kat aku.. lama gak la aku tenung muka dia..

dia: oklah. AKU MAAFKAN KAU..

aku: alhamdulillah.. itu yang aku dengar dari kau.. terima kasih, %^&...

meskipun dia dah maafkan aku, tapi aku masih belum rapat lagi dengan dia. tak macam sebelum ni. so, aku kena terus berdoa dan berusaha untuk rapat balik dengan dia. and of course, aku takkan ulang lagi kesilapan tu.. and pasni aku kena bayar hutang dengan Allah pula, satu aku kena belanja si dia makan and satu lagi aku kena berpuasa... =)

2 comments:

jimie1402 said...

Kikiki~

Kesian kat org yg dok semeja tu kan? Igtkan korg knal. Ak pon nak xnak je duduk.

Btw, waktu ak dtg tu korg da abis kan? Ak x kaco kan? :)

Nazrin Syafiq said...

haha.. aku bantai je. kenal ke x kenal ke.. redah je..
time tu baru je abis.. alhamdulillah la da settle sume.. cume ada saki baki je la nak kene tanggung.. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...