Followers

Wednesday, June 15

Happy Birthday ASiS

bismillahirrahmanirrahim..

sebagai seorang Old Boys of Alam Shah Science School (OASiS), aku nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan...

HAPPY BIRTHDAY ASiS
Brief sikit pasal sekolah aku ni. Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS) merupakan salah sebuah sekolah berasrama penuh di Malaysia dan telah dinaik taraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada tahun lalu. Sekolah ini ditubuhkan pada 16 Jun 2003 di atas tapak bekas tinggalan sekolah terdahulu, Sekolah Alam Shah (SAS).


Sekolah khas untuk lelaki ini menempatkan pelajar tingkatan 4 dan 5 yang dipilih berdasarkan kejayaan dalam PMR di sekolah terdahulu. sehingga kini, ASiS telah menempatkan 9 generasi @ batch yang semuanya mensasarkan kejayaan akademik, kokurikulum dan sahsiah.


sekolah berperwatakan. YA. ASiS juga menekankan aspek ini iaitu kepemimpinan. aspek ini amat dititikberatkan dan telah disuntik sejak mereka mula menjejakkan kaki ke sekolah ini. kejayaan demi kejayaan telah ditempa bukan sahaja dari segi akademik, malahan kokurikulum dan kepemimpinan. Keluarga ASiS ini telah dikepalai oleh bekas pengetuanya, Tuan Haji Mohd Idrus bin Abdul Hamid. melaluinya juga, ASiS telah banyak melaksanakan aktiviti pengantarabangsaan yang mengajar pelajar "hidup di bumi orang". antara tempat yang telah dilawati ialah Thailand, Indonesia, Singapura, Jepun, Australia dan London.

kebangkitan ASiS yang bermula dari kosong ini wajar dijadikan satu cabaran dalam diri para pelajarnya supaya dapat terus gagah mencipta kejayaan diri dan masyarakat, dunia mahupun akhirat. semangat 'FROM NOTHING TO SOMETHING' perlu untuk melonjakkan diri ke tahap yang lebih baik.


aku, Muhamad Nazrin Syafiq Bin Khairi, OASiS 08/09, batch ke-6, SA[Vi]OUR, ingin sekali lagi mengucapkan HAPPY BIRTHDAY ASiS yang ke-8 genap pada 16 Jun 2011. terima kasih kerana memberi aku peluang untuk mengenali potensi diri dan menggenggam kejayaan untuk lebih maju ke hadapan. TAHNIAH dan TERIMA KASIH ASiS.

p/s: ya, bila aku TERIMA KASIH ASiS tu maksudnya aku me-refer kepada keluarga ASiS secara keseluruhannya. guru, warden, barisan pentadbir, staf, makcik DM, makcik cleaner, driver bas, security, dan student juga. =)

p/p/s: thanks juga pada kengkawan yang banyak mengajar aku macam2 benda kat ASiS dulu. anything, tak kisah elok mahupun tak elok. tu semua PENGALAMAN... hihi..

2 comments:

Anonymous said...

sape yg kene toron tue?kehkehkehkeh

Nazrin Syafiq said...

haha.. entahlah. tak ingatla sapa yg kene toron tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...