masuk hari ni (lebih tepat malam ni) genap lah seminggu aku perang dingin dengan 'si dia'. ya Allah.. besar betul dugaan kau terhadap aku. besar betul ujianMu kepada hambaMu yang kerdil.
wahai sahabat sebilik (yang dimaksudkan..), andai kau baca benda ni. aku SEKALI LAGI ingin meminta maaf kepada kau atas apa yang sudah aku lakukan. dan SEKALI LAGI aku tahu yang kau memang marah dekat aku. sapa2 pun akan marah kalau ada orang buat macam tu. and aku juga akan buat macam kau juga kalau ada org buat macam tu dekat aku..
tapi aku harap pada kau wahai sahabat supaya kau mengerti jua hati aku yang punah akibat perang dingin ni. aku sendiri tak dapat nak tahan kafarah dosa yang Allah kirimkan pada aku.. harap kau mengerti wahai sahabat. aku tak boleh nak focus study, aku tak lalu sangat nak makan, aku pun asyik termenung kalau aku bersendirian.. sebab memikirkan hal ini.. mungkin member bilik lain tengok aku macam takde ape (emo je lebih dalam blog..), tapi kalau sahabat aku yang betul2 sahabat akan perasan perubahan pada diri aku.. AARRRGGHHH!! tak kisah la tu.. yang penting aku nak pinta kemaafan dari kau.
seminggu berlalu sahabat. aku jarang dapat jabat salam dengan kau (rasanya macam takde..). apatah lagi nak bercakap 'gila2' dengan kau. meskipun dalam mesej kau kata kau marah dengan aku, malu dengan aku (atas sebab tertentu..).. tapi kenapa kau tak sebut perkataan yang aku tunggu2.. "AKU MAAFKAN KAU, NAZRIN.." aku faham sahabat.. aku faham! kau tengah stress, perlukan ketenangan. mungkin stress dengan perangai aku, atau atas tingkah laku aku.. aku mintak maaf.
aku memang tak senang hati, tak sedap hati kalau benda ni berterusan. tolonglah aku untuk memaafkan diri aku sendiri. aku sendiri memang tak boleh nak maafkan diri aku lagi, apatah lagi orang lain nak maafkan.. ya ALLAH.. bantulah hambaMu ini.. tak mengapalah sahabat.. aku tak berhajat nak bercerita dengan panjang lebar.. cuma aku nak cakap..
"wahai sahabatku, from the bottom and deepest of my heart, I AM REALLY REALLY REALLY SORRY for what i've done to you. aku cuma perlukan kemaafan dari kau dan aku perlukan suasana kita yang ceria dahulu.. tolonglah maafkan aku. aku sanggup buat apa sahaja asalkan kau maafkan aku. tapi sahabat, aku tak sanggup kehilangan kawan. FRIENDSHIP sgt bermakna dalam hidup aku.. maafkan aku, maafkan aku, dan maafkan aku wahai sahabat.. andai tiada 'jodoh' untuk kita bersahabat, aku mengerti. tapi maafkanlah aku.. T.T"
3 comments:
Encik Nazrin Syafiq,
kalau perlukan bantuan, sila minta sahaja.
Aku pon xsuke ade 2 org yg x bersatu hati dlm bilik.
Sorila, kalau aku org yg kau mksudkan tu. (hehe~ =P)
terima kasih encik jimie1402..
jgn risau.. bukan ko yang aku maksudkan. ala, ko pun dapat agak kan sapa yg aku maksudkan. aku kalau boleh nak settle sendiri. tak involve sape2. biar aku tanggung sorg sebab dosa tu aku yg buat. aku tak nak la mmbr aku yg lain tanggung sama.
lagipun, aku tak tau bantuan apa aku nak mintak. just wait n see la apa yg akan jadi. and aku pun tak nak mmbr bilik aku yg lain mcm terasa hati kalau aku buat perangai camtu.. sori la ye semua..
Tak, ak x pakai agak2, tak semua agakan tu btol. So, ak mmg da siasat btol2 smpai jmpe bukti yg amat jelas. Sori kalau tercuri info.
Btw, TAHNIAH sebab dah ok. Aku pon prasan yg ko dah x masam cam smlm. (Sila tukar profil pic fb anda ye.) Pulak tu, ak dah nmpak korg bleh ckp2 cam biase dah td. Alhamdulillah.
p.s Menantikan post terbaru psl bnde ni... =)
Post a Comment