"sampai bila kau nak cerita pasal persengketaan kau ni nazrin??"
kalau ada orang tanya macam tu pada aku, aku akan jawab dengan mudahnya,
"sampai aku rasa betul2 dimaafkan..."
ya. walaupun kau sudah maafkan aku wahai sahabat, tapi masih sahaja aku merasakan ada sesuatu di sebalik pemberian kemaafan mu itu. entahlah. hati aku rasa lain macam. bukan nak buruk sangka pada kau, tapi aku dapat merasakan bahawa pemberian maafmu itu tidak sepenuh hati. ya Allah, bantulah aku daripada terus berburuk sangka.
sahabatku, $%^. pertemuan "bersejarah" kita seperti mana dalam post sebelum ini telah sedikit sebanyak memberi aku kelegaan. tak perlu lagi aku merasakan bahawa hutang dosa aku pada seorang manusia masih belum berbayar. alhamdulillah.. terima kasih sahabat. tapi adakah 'memaafkan aku' itu hanya untuk mengelakkan aku dari terus memberi mesej 'aku mintak maaf' pada kau? adakah maafmu itu memang lahir dari hati untuk memaafkan seorang sahabat yang juga manusia yang sering membuat kesilapan dan dosa??
jika benar ikhlas maafmu itu, mengapa hatiku tidak senang bila tengok kau asyik cuba untuk mengelak daripada aku??? sama keadaannya macam kita bersengketa dahulu. tak berubah pun. oh ya!! aku faham sekarang. mungkin kau memaafkan aku kerana kau tak mahu aku kelihatan berdosa seumpama telah membunuh orang.. begitukah?? atau mungkin kau tak sudi nak bersahabat dengan aku lagi. ya, aku boleh terima kerana itu hak kau. aku tak boleh nak halang.
tapi tolonglah aku sahabat sekali lagi. jangan kau buat aku ni macam masih berhutang dosa dengan kau. kau kata "lupakan jelah perkara tu...". tapi, aku dapat rasakan yang kau masih lagi mengingati 'peristiwa hitam' kita. kau tak nak bercakap dengan aku. even meja kita berdekatan, mengapa kau prefer belajar di tempat yang jauh? dan bila aku nak mingle dengan conversation kau, kau tak pandang langsung dekat aku. duduk bersebelahan tu jauh sangat ke bagi kau??
tak mengapalah sahabat. aku tak paksa kau menjadi sahabat aku. tapi, kita kan sebilik. janganlah respons kepada ayat aku dengan sepatah dua kata saja. aku sangat terasa. aku pun sensitif juga. tambah2 lagi, bab friendship ni. however, no worries my friend. i don't hate you nor avoiding you. feel free to approach me. i don't mind. i'll try to be one of your acquaintances. please accept me. perjumpaan kita ni pun bukannya lama sangat. but then, bagi la aku peluang untuk kenal kau sebagai sahabat walaupun sekejap..
andai aku masih bersalah pada kau sehingga kau bersikap sedemikian terhadap aku,
AKU MINTA MAAF!!!!!!!!!!!!!!!!
2 comments:
Takpe2, aku dah lame maafkan. Sampai ko buat part 100 atau part time skalipun, aku maafkan. Hehe~ :P
haha.. part time tak boleh blah tu..
Post a Comment