Followers

Friday, January 29

Trip to Ho Chi Minh

Bismillahirrahmanirrahim..

Di keserabutan lepas OSCE exam di Kulliyyah Farmasi, masih lagi aku sempat merancang untuk bercuti. Well. Dah rancang lama dah. Cuma time2 busy dengan exam tu la nak sibuk2 kan diri dengan holiday. Adeyai..

Usai exam terakhir aku semester lepas, terus aku dan member memecut laju Myvi tua aku tu ke Kuala Lumpur. Mengharapkan sempat la sampai di KL sebelum jalan kat KL tu mula sesak orang balik kerja. Malam tu aku tidur di rumah abang member se-trip aku ke Ho Chi Minh, Vietnam.

Jujurnya, ni pertama kali setelah bertahun lamanya aku tak naik kapal terbang. Agak jakun sedikit bila tiba2 nak ber-holiday ke luar negara ni. Percutian aku ni asalnya bermula dengan ajakan member kelas. Nak tak nak, mulanya. Last2, go on je la.



14 Januari 2016 - 19 Januari 2016

Bertolak la aku ke KLIA2. Malam tadi tak cukup tidur dibuatnya. Memikirkan cara beg bagasi aku ni nak kasi tak lepas 5kg. Segala benda yang merapu dibuang serta merta. Alih2, tinggal makanan, toiletries dengan baju je tinggal dalam beg tu. Nasib baik ada beg galas.

Pukul 6 pagi lebih aku bertolak ke TBS untuk ambil bas ke KLIA2. Terima kasih kepada abang member aku yang sudi menghantar kitorang ke airport. Check-in semua. Menunggu hampir 2 jam juga. Gelisah. Al-maklum la. Dah lama tak naik kapal terbang, katanya...



Di ruang menunggu..
Kami trip berempat.. 
1 jam 50 minit perjalanan. Alhamdulillah sampai di Ho Chi Minh City. Tak tidur sangat pon dalam flight. Nak kata excited, hmm... boleh la..

Setibanya di HCM, melilau la nak cari hotel. Nak letak segala barang2 yang berkilo2 ni. Alih2 naik bas je ke tempat yang nak dituju tu. Kalau jalan kaki, mau patah segala tulang yang ada ni. haha. Tambang sebanyak 5000VND. Vietnam Dong. Kalau convert duit Malaysia, bawah RM1 la.

Our Journey

Di HCM, kami banyak berjalan kaki je. Kira2 dalam 12000 langkah sehari jugak la. Backpackers la katakan. haha. Hari pertama kami menghabiskan banyak masa meronda2 bandar HCM ni. Kami tak pakai any tour guide, kecuali untuk ke Cu Chi Tunnel dan Mekong River. Untuk dua tempat ni, merata jugak nak survey pakej perlancongan yang termurah.

Tak banyak cerita yang aku boleh offer sebab ada gambar je (hakikatnya malas nak menaip panjang2. hahaha). Tengok gambar je la deh.

Kalau perasan, jalan diorang ni memang ikut suka hati diorang je. Ada lampu isyarat
tu sekadar syarat je. haha
Berkesempatan masuk kedai pharmacy dia. Oh ye. Farmasi kat sana dipanggil
Nha Thuoc.
Duk survey pakej pelancongan yang termurah. 
Aim kitorang untuk pergi ke Cu Chi Tunnels dan Mekong River.
Night life diorang. Setiap kali time maghrib, akan ada sekumpulan makcik2 dalam
20 orang gitu akan menari2 di taman di tengah2 bandar. Aku rasa diorang ni
berzumba la kot..
Sekitar bandar...
Makan2 HCM.

Nak cari makan kat HCM agak susah sebab kebanyakan kedai adalah tak halal. Ada kedai halal pulak, sepinggan bihun goreng dalam rm20. Hamek kawwww... Tapi ape nak buat. Sepanjang 6 hari 5 malam kat sana, aku sempat makan nasi kat sana 2 kali je. Nak merasa je. Ada kedai halal. Melayang gak la rm40 cmtu.. haha.

Oh ye. Makanan penuh satu bagasi aku tu penuh dengan maggie, roti, serunding, oat drink. And thanks to member aku yang lain, merasa gak la tuna, air milo, etc.

Street food market. Daaaaan tak kan mungkin aku masuk ke dalam tu. haha
mencari la kau kedai2 halal yang murah2... gigih demi sesuap nasi. haha
Kat sini ada kopi Vietnam. Rasa dia pahit2. Tapi sedap.. Secawan RM3.
Kitroang gigih cari akak ni semata2 nak beli kopi dia, sebab sedap.
Last day, dia bagi secawan free. Terbaik.. Yang penting halal.. 
Daaan inilah menu breakfast wajib kami. Maggie bertatahkan serunding 2 sudu
ditemani secangkir milo panas.. 

Reunification Palace

Seharian jalan2 keliling bandar HCM ni. Lenguh kaki tak terkata. Sampai la kat Reunification Palace. Ni kira ala2 istana kemerdekaan la gitu. Rasanya la. Nampak tak x fokus sangat time jalan2 kat sana. haha.





Tempat first lady dia. Ada tempat khas ko.. Barangkali Puan Rosmah pon ada sebegini


Istana ni pernah dibom dulu. Kawasan merah tu tempat kene bom dulu..


Ni Cathedral apentah nama dia. haha. Nak masuk,
tapi tutup la plak.

Ni pakaian tradisional wanita sana. Cantik kan..
Tapi kalau nampak malam2 ada kat dapur tengah potong bawang,
seram woaah..

Nampak tak effect kamera dia.. hahaha..
Qu Puteh sangat.. 

Pengasas HCM

Ni statue pakcik Ho Chi Minh. Nama bandar ni sebelumnya dikenali dengan nama Saigon. Pastu pakcik ni kira Pejuang Kemerdekaan Vietnam, lalu nama bandar ni dinamakan dengan nama dia. Tapi orang2 sini dah biasa panggil Saigon, so lekat la nama tu...

Bandar HCM ni asalnya kawasan Republik, tapi lepas pakcik ni memerdekakan tempat ni, so tempat ni diambil alih oleh pihak Komunis. Maka, jadilah bandar ni bandar Komunis.. 



Shopping Time!!!

Dua hari kami spend untuk shopping. Sehari untuk survey2 bagai, pastu the next day barulah tabur duit dalam kedai makcik2 pakcik2 kat sini. haha.. Kat sini banyak jual telekong sulam, tudung neelofa (sehelai rm15, kat Malaysia rm50-rm60), luggage (bawah rm100, kat malaysia Rm300-rm400 gak), belt, baju berjenama, etc. semua murah giler.

Cuma duit aku je tak bawak banyak. haish. Kat sana aku bawak dalam 1,000,000VND (RM400) je. Selebihnya bawak duit RM je. Untuk shopping kat kedai, diorang terima je duit Malaysia.




Ni di kawasan China Town. Tempat shopping gak. Banyak kain ela kat sini..

Penat makcik ni nak melayan kawww.. haha




Sila jangan salah anggap. Kami bukan buat servis malam. haha.
Disebabkan sana sangat la panas, bibir munggil aku ni kering sampai merekah
Maka, sapu la lip balm untuk memerahkan menyegarkan kembali
Berhadapan BenThanh Market. Tempat yang ok untuk shopping,
tapi hati2. Tawar menawar bila confirm nak beli sahaja.
Kalau tak, sia2 je kene maki dengan diorang

Mekong River

Pakej perlancongan aku habaq awal2 tadi merangkumi Mekong River dan Cu Chi Tunnels. Total 280000VND (RM54). Ok la tu dok. Include travel untuk both places (2 hari berbeza), dapat naik kete kuda, lunch (yang aku tak mungkin nak makan..), tour guide, air mineral, makan buah, naik sampan sana sini, pick up dekat hotel.. bagi aku pakej dia best. Tak ingat apa nama travel agency tu. Kalau tak silap, An Thranh Travel..

siap jari jemari lagi.. haha

Sebelum sampai ke Mekong, singgah Rest Stop jap..


Pastu ada singgah gak Temple apebenantah.. haha



Dalam bot melalui Mekong River.
Itu kalau nak kata hangus terbakar pon ada gak tu. haha

Our Tour Guide. English. Macam tak paham
ape benda yang dia ckp. haha


Gigih tak mamat belakang tu hulur kepala. haha
Singgah Bee Farm..
Air ni sedap. Air teh tawar, letak madu, jintan putih (rasanya la),
limau nipis.
terbaik..

Memandangkan lunch package dia ada pork, so aku makan buah je la.
Itu pun kat tempat lain.





 Cu Chi Tunnels

Terowong ni dibina time Vietnam duk berperang dengan sapa-ntah sehinggalah Vietnam capai kemerdekaan 1970-an (tahun pun tak ingat. Nampak tak kesan tak focus bila tour guide explain. haha).

Anyway, terowong ni kalau tak silap sepanjang 200++ km dan kitorang berkesempatan untuk masuk ke dalam terowong tu. Memang sempit. Sepanjang berada kat dalam tu, rukuk je memanjang dan panas giler. Keluar dari terowong tu, peluh macam pergi sauna. haha. Di sana sediakan terowong sepanjang 100m, dan setiap 20m ada jalan keluar. Terowong yang dirasakan sempit tu sebenarnya telah dilebarkan.. 0.o Kiranya dulu lagi sempit.

Selain tu, ada juga disediakan khidmat menembak. Yes. Menembak guna pistol dan peluru betul. Dan disebabkan berbayar dan duit aku dah keluar macam empangan pecah, tak jadi la aku nak cuba.. T.T






Keadaan dalam terowong. Tapi tak masuk lagi ni sebab boleh berdiri

Review aku tentang HCM.

SESAK. Ya. Bandar HCM sangat sesak dengan manusia2 yang ada. Tapi sesaknya lebih kepada motor2 yang ada. Menurut orang tempatan, terdapat lebih kurang 10 juta penduduk HCM. Tapi motornya sahaja ada lebih 5 juta motor. 0.o Banyak gileeer...

KOTOR. Bandar HCM ni bagi aku agak kotor. Walaupun tong sampah ada, tapi diorang ni suka buang sampah merata. Campak kat tepi2 jalan. Tak kesah la pepejal, cecair mahupun gas (haha..). Semua dibuangnya. Ada je makcik2 yang menjual sayur2 macam kat pasar pagi tu kat tepi jalan. Yang penuh dengan asap2 motor dan kenderaan yang lalu lalang tu.. erk..

Oh ye. Lupa nak kabor. Yang paling best aku pernah sekali dua kali tiga kali TERtengok orang KENCING DI TEMPAT AWAM. Kat pokok. Kat tong sampah. Kat tepi jalan. Ewwww. Dah la tandas takde air. Ada tisu je (biasa la kan tempat2 macam ni.. hmm).

Anyway....

Aku seronok dapat travel ke HCM sebab ni first travel backpack gitu dengan member. Dapat la tengok macam2 perangai. hahaha.. Recommended ke x HCM ni? Kalau korang nak cari barang murah, boleh la travel ke sini. Actually, banyak je lagi tempat yang boleh pergi. HCM ni kawasan selatan Vietnam. Hanoi belah utara katanya cantik tempat.

Next trip plak nak kemana.. hmm. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...