Followers

Thursday, November 25

“buaya-friend” dan “geli-friend”

bismillahirrahmanirrahim..

Youth Awareness Campaign sedang dijalankan di CFS IIUM selama 3 hari bermula selasa lepas. Kempen ini diisi dengan program ilmiah seperti talk dan exhibition. Ana nak kongsi sikit pasal satu artikel yang diedarkan semasa program ceramah malam tadi, yang bertajuk “Jadi Remaja : Seronok ke?” sekitar ceramah semalam, isi yang bagus dan unsur motivasi yang baik.

Tayyib. Ini merupakan pengongsian yang terkandung dalam artikel tersebut. (kepada yang buat artikel tersebut yang ada terbaca ini, ana nak mohon share ye..=) )



Wahai remaja,

Bukan ini masanya untuk kita mencari teman hidup yang difikirkan sesuai. Asyik difikirkan dan difikirkan lagi. Waktu ini iblis dan syaitan menyolek muka dan mata kita supaya tertarik kepada anugerah kecantikan dan kecomelan makhluk ciptaan Tuhan. Masa ini nafsu menyuruh kita supaya melakukan sesuatu yang membolehkan kita mendapat perhatian dan pujian. Terampil Menggoda Bergaya!!!

Sedang Yusuf yang digoda Zulaikha pun tidak langsung tertarik hatinya untuk melakukan zina. Inikan pula kita yang bertaraf hamba yang hina. Rata-rata melakukan ibadah untuk mengharapkan pujian dan perhatian, mahu dianggap baik, sopan dan soleh, bukan mengharapkan pahala dari Tuhan. Mahupun redha Allah.

Syaitan dan Nafsu bergembira atas tindakan kita yang mengacau puteri2 jelita Islam dan mengurat putera2 Islam yang segak. Mereka juga bersukaria atas kejayaan kita untuk terus berselimut dari bangun untuk solat Subuh berjemaah apatah lagi untuk bertahajud di hamparan Qiyamullail. Mereka pantas bersorak pabila melihat rumah Allah dibunyikan dengan rancaknya deringan telefon bimbit, umpatan mahupun kata2 lagha dan membuang erti sebenarnya iktikaf.

Wahai remaja,

Adakah “buaya-friend” dan “geli-friend” wajib menjadi suatu yang dominan dalam kehidupan setiap yang bergelar remaja?? Bagaimanakah dengan status remaja Islam kita? Sememangnya wajib memilikinya seorang satu atau maksimum 4 ataupun bersilih ganti?? Atau sekadar status mencari pengalaman di alam remaja??

Mengapa?? Salahkah bercinta?? Cuma setakat berkenalan dengan lebih intim?? Bukannya sampai berpegangan tangan ataupun berciuman pun?? Kami dah besarlah, bukan budak-budak. Semuanya BOLEH!!




Islam tidak menghalang benih2 cinta ditanam dalam hati setiap insan yang bergelar Muslim. Namun, sekarang kita adalah MASIH REMAJA. Amanah yang diberikan bukannya untuk menghampiri zina. Tetapi berusaha, belajar, berdakwah sehingga Berjaya. Focus matlamat kehidupan sebenar di alam akhirat nanti.

Kita mesti menyedari bahawasanya kita sebenarnya sedang menempuh lautan yang berombak dan bergelora sekarang ini. Sudah tiba masanya untuk menaikkan layar supaya kita tidak tenggelam hanyut dibawa fitnah dunia. Sudah tiba masanya untuk kita berlayar jauh dengan kapal TAQWA dengan layar IMAN untuk mencari pelabuhan REDHA (MARDHATILLAH). Sudah tiba masanya merebut dan menjala ikan2 PAHALA, bukannya merelakan diri dibaham jerung DOSA mahupun badai NERAKA??

Masanya sudah tiba. Ayuh kita bangkit wahai REMAJA ISLAM!! Kita berjuang sehingga Masjidil Aqsa dibebaskan. Kita merdekakan jiwa kita yang masih dibelenggu musuh nyata. Kita melawan hawa nafsu dengan penuh kesabaran, hingga dapat menjadi penghuni syurga yang penuh kenikmatan. Janji ALLAH itu pasti!!

AYUH BERJUANG DEMI MARUAH REMAJA MUSLIM DAN GENERASI MUSLIM SEDUNIA!!!

Wallahu a’alam..

Tuesday, November 23

Jom beramal..

bismillahirrahmanirrahim..

untuk post kali ini, ana nak kongsi dengan anda semua antara perkara dan amalan harian yang boleh kita lakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah.. selain dari amalan wajib yang memang fardhu ke atas kita, kita lakukanlah juga amalan sunat untuk "topup" amalan fardhu kita yang mungkin agak kelopongan.

"ala... buat amalan fardhu tu kira da ok la. lagipun, saya ni banyak kerja yang perlu saya buat. nanti kalau saya buat ibadat, tapi tak khusyuk sebab asyik ingat kerja je, tak guna jugak kan.."

jangan begitu wahai saudaraku. ini sebagai saham kita kat akhirat nanti. biar kita sibukkan diri dengan amalan, agar kita senang di akhirat nanti. kerja, kerja juga. ibadat, ibadat juga. buat dua2 serentak. bolehkan??

tayyib. amalan harian (mutaba'ah) yang kita boleh amalkan ialah:

1. ZIKIR.
tasbih (subhanallah) - 33 kali
tahmid (alhamdulillah) - 33 kali
takbir (allahu akbar) - 33 kali
tahlil (lailaha illallah) - 33 kali
istighfar - 33 kali
selawat - 33 kali



2. MATHURAT. pagi dan petang. ada buat sughra dan kubra. tp, kalau tak berkesempatan, buat sughra pun jadila. asalkan buat, ye dak??

3. PUASA. puasa sunat Isnin dan Khamis. kalau yang tak ganti lagi tuh, buat yang wajib dulu ye..

4. SOLAT JEMAAH. actually, pada masa sekarang ni, takde lagi istilah tinggalkan solat. itu da kira kafir da tu. nau'zubillah. semoleknya, kita jemaah la. satu lagi, solat di awal waktu. =)

5. SEDEKAH. ini kira sebagai infak kita ke jalan Allah. kalau takde duit pun, buat la kebaikan yang lain yang juga dianggap sedekah. eg; senyum tu kan sedekah..

6. AL-QURAN. baca la al-Quran setiap hari. jangan miss walau seharipun. kalau boleh letak target. seminggu satu juzuk boleh?? lebih dari itu kira mantap. tapi yang penting, ISTIQAMAH.

ini merupakan sebahagian saja. mungkin antara kita ada yang mengamalkan amalan yang lebih daripada ni. kalau ada, kongsi2 la kat sini supaya kita dapat sama2 beramal. selamat beramal semua...


wallahu a'alam.

Thursday, November 18

Mualaf : Dia atau Kita

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Kita masih lagi diberi ruang dan peluang untuk terus berpijak di bumi yang dipinjamkan Allah kepada kita. Mudah2an, dengan rahmat dan kasihNya, kita dapat terus meneruskan kehidupan dalam iman dan Islam yang teguh kepadaNya. InsyaAllah..

Mualaf?? Biasa tak anda dengar perkataan ini. Ana rasa, InsyaAllah, ramai antara kita sudah faham maksud perkataan ini. Tapi, berapa banyak antara kita ini yang ambil kisah tentang “mualaf” pada diri kita sendiri.. pada diri kita sendiri?? Tapi, bukankah kita ni memang dilahirkan Islam. Dalam IC pun memang da tercatat da. Kenapa kita ni digelar “mualaf”??

Ana nak ceritakan suatu kisah mengenai mualaf yang hadir di majlis Islamic Musical Night yang diadakan UIA PJ baru2 ni. Dia seorang sudah memeluk Islam sejak 8 tahun lalu dan sekarang bekerja sebagai pendakwah di bawah Saba’ Islamic Media. Beliau sebelum ini merupakan seorang penganut Kristian yang pernah ditugaskan menyampaikan dakyah Kristian kepada masyarakat umum. Dan beliau memang tidak suka pada Islam. Namun, dengan kuasa Allah, beliau telah diberi hidayah milikNya untuk kembali kepada fitrah, yakni Islam. Pada majlis itu, beliau sempat “berceramah” dengan memperdengarkan bacaan kalam Allah yang sungguh indah beserta maksudnya sekali. Beliau menyebutkan kalam Allah itu umpama sudah fasih berbahasa Arab. Ana kagum sungguh dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada beliau.

Begitulah serba sedikit mengenai kisah beliau. Nah, anda dapat tak tangkap apa yang ana cuba sampaikan. Tak dapat lagi?? Tayyib. Begini.. kebanyakan dari kita ini telah berada dalam keadaan Islam sejak lahir serta telah dididik dengan pengetahuan agama, sekurang2nya mengenal siapa itu Allah dan apa itu Islam. Tapi, agak malang bagi sesetengah dari orang di luar sana yang telah dididik dengan ajaran yang amat menyimpang dari jalan yang lurus.



Bila kita dengar sahaja ada orang masuk Islam, kita rasa syukur kerana kita da bertambah ahli keluarga baru dalam Islam. Makin ramai saudara kita. Dan kita akan memanggil mereka dengan gelaran mualaf ataupun saudara baru. Dan kita akan terus memanggil mereka dengan gelaran tersebut selagi mereka hidup. Sedar atau tidak, kadang2 orang yang kita asyik sandarkan gelaran mualaf ini lagi tinggi keimanan mereka terhadap Allah dari kita yang da memang sedia kala lahir dan dididik secara Islam sejak kecil lagi??? Berapa ramai yang membuat maksiat?? Siapa yang banyak menjatuhkan maruah Islam?? Mualaf atau kita??

“kau jangan nak memandai ajar aku pulak.. kau tu mualaf. Sedar diri sikit. Aku ni lebih lama hidup dalam Islam dari kau. Ingat, kau tu dulu kafir. Pergi taubat cepat2..”

Astaghfirullah. Nauzubillahi min zalik. Minta2 kita ni dijauhkan daripada sifat sebegini. Beginilah gamaknya kalau kita ini perasan yang diri kita ni Islam padahal perangai dah mengalahkan orang kafir. Orang seperti inilah seharusnya, malah sepatutnya kita hapuskan daripada berada dalam agama Allah ini. Golongan mualaf itu baru nak mengenal Islam, baru nak mengecap kemanisan iman, dah kita buat macam tu kat dia. Kalau dia nasihat kita tu, maknanya ada yang tak kena pada “Islam” kita tu. Ada yang perlu kita perbaiki. Pengetahuan Islam mereka itu lagi “fresh” daripada kita dan mungkin sahaja lebih mantap. Apa salahnya menerima teguran mereka. Tak rugi kalau kita menasihati ke arah kebaikan. Kan kita ni bersaudara??



Kadang kala, kita ni terlalu taksub dengan Islam keturunan yang kita miliki. Bukannya Islam agama sebenar yang kita sanjungi. “bapak aku Islam, atuk aku imam, so aku konpem la Islam”.. Islam bukan diukur dengan cara begitu wahai saudaraku sekalian. Semua yang Allah ciptakan, baik lelaki mahupun perempuan, semuanya sama sahaja. Dapat layanan yang adil daripada Allah. Yang membezakan antara kita ialah TAQWA kepada Allah. Mungkin sahaja mualaf yang diberi hidayah ini lebih bertaqwa kepada Allah. Dan bisa sahaja kita ini bukan sahaja tiada taqwa, malah kita ni sekadar “takut hawa” semata. Maka, di mana kita letakkan aras keimanan kita?? Meter taqwa kita sudah melepasi sasaran ke belum?? So, inilah yang ana perkatakan sejak awal tadi.

Andai kita ini terlalu menyanjung Islam yang hanya ada pada IC atau sekadar berbangga dengan Islam dari keturunan kita, atau mungkin sahaja kita terlalu bermegah dengan Islam kita yang tenggelam timbul, mana mungkin kita dapat katakan bahawa diri kita ini tidak “mualaf”?? mana mungkin kita tidak katakan bahawa kita ini umpama baru sahaja mengenal Islam?? begitulah maksud mualaf, yakni kembali kepada fitrah (Islam). Nabi pernah bersabda bahawa, semua orang dilahirkan dalam fitrah (Islam). Maka, terpulang kepada ibu bapa mereka sama ada mencorakkan mereka dengan Nasrani, Yahudi atau Majusi.

So, kita muhasabah lah diri kita. Adakah lagi lama kita berada dalam Islam, maka lagi banyak amalan kita yang diterima?? Jika kita lagi banyak berbuat kemaksiatan terhadap Allah berbanding golongan yang kita gelar mualaf ini, golongan yang kita anggap lebih sedikit ilmu Islam mereka berbanding kita, golongan yang kita anggap masih mentah dan tak tahu apa tu Islam, golongan yang dahulunya bergelumang dengan dosa kekufuran, golongan yang kita rendahkan taraf keIslaman mereka, maka sebenarnya kita ni lagi “mualaf” dari mereka.

Wallahu a’alam..

Tuesday, November 16

Selamat Hari Raya ‘Idul Adha

bismillahirrahmanirrahim..

Dengan ini, telah diisytiharkan bahawa Hari Raya ‘Idul Adha jatuh pada tarikh 10 Zulhijjah 1431H bersamaan dengan 17 November 2010M. Hihi.. ada macam pemegang mohor besar diraja tak?? Walau apa2pun, ana ingin mengucapkan Salam ‘Idul Adha kepada semua muslimin wal muslimat yang masih teguh keimanan mereka kepada Allah s.w.t.

‘Idul Adha bukanlah sekadar hari cuti mahupun hari kita boleh pergi melancong semata bagi sesetengah daripada kita, namun ia amat significant dalam memahami maksud ‘Idul Adha itu sendiri. Rasanya, ana tak perlu nak ceritakan kisah Nabi Ibrahim bersama Nabi Ismail di sini. Kerana ana yakin, hampir kesemua kita ini tahu dan faham akan peristiwa ini. Cuma, apa yang nak ditekankan di sini ialah erti pengorbanan dan kesyukuran yang ditonjolkan oleh kedua2 Nabi ini.



Ayuhlah kita terus panjatkan kesyukuran kepada Allah melalui pengorbanan masa, tenaga dan apa sahaja yang terdaya ke jalan Allah.. Insya Allah..

Wallahu a’alam..

Sunday, November 14

Islamic Musical Night

bismillahirrahmanirrahim..

kemuncak Raudhah Festival di CFS IIUM PJ ni berjalan dengan lancar sekali iaitu, Islami Musical Night yang diadakan di Al-Malik Faisal (AMF) Hall. kemeriahan dapat ana rasakan sebaik sahaja masuk dalam AMF. huhu.. ramai orang. lebih kurang 800 lebih yang memenuhi AMF.

Islamic Musical Night ni atau boleh dikatakan "konsert Islamic" ini telah diserikan beberapa artis nasyid jemputan dan persembahan para pelajar luar dan CFS sendiri. konsert yang bermula pukul 9 malam itu mula menerima ketibaan para "peminat" sebaik sahaja habis solat Isya'. nasib baik ana datang awal, dapat seat depan. ramai sangat kat dalam hall tu.

selepas pembukaan oleh MC dan bacaan doa, persembahan dimulakan dengan persembahan Caklempong oleh para pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah, KL (ASiS). huhu.. bangganya jadi OASiS (Old Boy of ASiS). diikuti pula oleh tarian zapin oleh pelajar ASiS juga. terbaeklah...

then, pelajar CFS pula buat persembahan dikir barat dan Qasidah. semangat diorang buat persembahan. bagus.. usai je persembahan tu, tiba masa persembahan yang dinanti2kan, iaitu persembahan artis jemputan, Far-East dan UNIC. kedua2nya terbaik.. first time jumpa diorang depan mata ni agak teruja jugak la.. yela, biasa dengar suara je, kali ni dapat jumpa tuan empunya badan.. kedua2nya kelakar sebenarnya. dan yang pasti, kelulusan pendidikan diorang ni bagus2. semuanya lepasan universiti, paling kurang ijazah. kira jadi artis yang berpendidikan la.

pastu, majlis diserikan lagi dengan persembahan kumpulan Algebra. maybe ada yang tak kenal. ana pun baru kenal. actually, diorang ni nasyid band. so, agak "kenasyidan" la.. haha.. then, ada persembahan solo pelajar CFS. dia bawa lagu Aku Cinta Allah dan For The Rest Of My Life. lagu Aku Cinta Allah ni memang sedap. sedih lagu ni.. terusik sikit la jiwa ni.

anyway, persembahan yang habis pukul 12 malam tadi ni memberi impak yang sangat memuaskan. orang kata tu, tak rugi bayar RM5 tuk tiket. habis semua persembahan, ada sesi fotografi dan autografi. overall, memang terbaik.. gambar??? nanti2 la ana upload.. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...