Followers

Monday, December 31

Bye 2012, Hai 2013

bismillahirrahmanirrahim..

Dalam 'huru-hara' Kiamat yang disangka-sangka akan berlaku pada 21 Disember lepas, aku masih lagi bertarung untuk memerah otak untuk hadapi final exam. Dan kini aku masih lagi menunggu ketibaan lagi 7 paper final exam untuk di-mengarut-kan. Banyak la weyh!!

Ok. Yang atas ni selingan je. Nak abaikan pun takpe. Tapi korang dah baca kan, kira halal la ek.. haha

Tinggal beberapa jam lagi, 2012 bakal melabuhkan tirainya. Banyak benda yang berlaku dalam 2012 ni terhadap dunia ni dan aku sendiri. Nak dipendekkan, aku telah hadapi 2012 ni dengan macam-macam peristiwa. Antaranya:

1. Aku graduate dari CFS IIUM. 

2012 menyaksikan aku telah menjadi graduan Pusat Matrikulasi IIUM kat PJ nuh. Banyak benda yang aku belajar. Cara berorganisasi, komunikasi, cara nak dapat stress.. haha. Memang best la kat PJ nuh..


2. Kerja sebagai Cashier. Lagi!!

Buat kali ketiganya aku kerja sebagai cashier kat Parkson Selayang Mall. Aku pun taktau kenapa aku asyik lekat nak kerja kat situ je. Mungkin boleh perasan kaya jap kot, pegang duit banyak2 kan.. hahah

3. Aku jadi Student Degree

Pertengahan tahun 2012, aku dah daftar masuk sebagai student Degree of Pharmacy. Degree weyh!! Bukan bangga, tapi nak habaq mai kat hangpa semua. SUSAH WEYH!! Tapi kalau tak susah, bukan study namanya tu.. yedak? hahha


4. Peneman Hati

Aku dah terjumpa seorang peneman hati yang baik sepanjang 2012 ni. Orang nya siapa? Biarlah rahsia.. hahah


Tak banyak yang aku boleh kongsikan sebab aku nak sambung balik study Physiology ni. haha. Apa2 pon, aku nak wish kat hangpa semua HAPPY NEW YEAR la ek.. Moga2 tahun 2013 nanti takde la pulak orang nak ramal Kiamat berlaku bila.. hahha. Tu semua ketentuan Allah, kita just prepare untuk tu je la. Ok? Adios~

notakaki: Semua orang nak ada azam baru time New Year ni.. tapi azam baru aku dah ditanam waktu Awal Muharam hari tu,, =) Tapi taktau la bila nak dilaksanakan tu.. hmm..

Saturday, December 22

Final Exam Weyh~~

bismillahirrahmanirrahim..

Minggu lepas, kepala aku dah bengkak2 dengan kuiz-kuiznya yang straight je. Banyak benda yang kene baca last week membuatkan aku takde masa nak update blog. Mintak maaf sangat2~~ Ni nak habaq mai, last week aku ada :

3 quizzes + 2 tasmi' + 1 pre-practical exam + 1 practical exam + kerja2 Secretary yang blambak + masa seminggu je + tak baca hapabendepon = Zombie!!


hahah...

Aku pun pening kepala dengan benda2 ni. Dah la kene buat dalam masa seminggu. hmm. Redha je la. Yang penting dah habis kan~~ Actually, x habis lagi pening kepala aku ni sebab final exam dah mula. Dalam kata lain, semalam (Jumaat) aku ada last quiz of Physiology dan hari ni (Sabtu) aku kene duduk untuk final exam Study Circle. Best kan..? hahah

Tak tau la camne nanti. Banyak benda nak dibaca dan dibuat. Tapi takpe. Allah dah peruntukkan 24 jam yang sama untuk semua orang, dan terpulang la pada kita untuk menggunakannya.. #tazkirahsikit

Oh ye! Ni exam slip aku..


Bawah ni aku outline kan timeline first final exam aku untuk degree kali ni.

Saturday (22/12/2012) - Study Circle
Friday (28/12/2012) - Introduction to Pharmacy Practice
Saturday (29/12/2012) - Islamic Input in Pharmacy
Monday (31/12/2012) - UNGS 2030: Islamic Worldview
Wednesday (2/1/2013) - Physiology
Thursday (3/1/2013) - Anatomy & Histology
Friday (4/1/2013) - Physical Pharmacy
Wednesday (9/1/2013) - OSPE Basic Anatomy
Thursday (10/1/2013) - MCQ Physiology, Anatomy & Histology
Friday (11/1/2013) - MCQ Islamic Input, Physical Pharmacy, Pharmacy Practice

Best kan...? Apa2 pon, doakan aku yang terbaik la ye.

notakaki : Exam untuk assess knowledge kita. Bukan berapa banyak kita boleh skor. Yedak..?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...