Followers

Thursday, June 20

Year 1 Sem 2 Review

bismillahirrahmanirrahim..

Saat2 menunggu result depan laptop untuk setiap semester merupakan saat yang paling men-tension-kan dalam hidup aku. Cuak. Gemuruh. Takut fail. Semua ada. Tambah2 lagi kalau result tu kita dah boleh predict dah apa bentuknya.


Anyway, every semester menjadi tradisi untuk aku share dengan readers tentang result. Not to show off my ke-tidakpandai-an, tapi more on the review about the subjects I took..


Not bad la kan.. Overall, Semester 2 ni boleh aku katakan agak kelam kabut. Semua subject best sebenarnya.. Sebab memang itu yang kita ada deal bila kita kerja nanti. Tapi depends jugak dengan lecturer yang lead kita ke arah best ke tidak sesuatu subject tu. hmm. Sem 2 aku start dengan penuh semangat untuk belajar demi ilmu, sebab aku rasakan yang segala ilmu yang tuntut ni untuk aku gunakan nanti.. Tapi sebaliknya yang berlaku...

"Saya tak pernah bagi note pada student saya sebab saya nak students to be always aware dalam kelas and kalau saya bagi note, you akan tak fokus dalam kelas.. Sebab apa? Sebab dah ada note...." (Lecturer, 2013)


#dahek

Maka, keinginan aku yang amat berkobar2 untuk belajar jadi sedikit down. Bagi aku, nota tu untuk dijadikan rujukan aku setiap kali aku nak study, so that aku tahu sampai mana patut aku tahu dan bukannya terus baca buku teks yang tebal2 tanpa tahu llimitnya... yedak?

Ok. Kalau tengok result ni, ALHAMDULILLAH. Bersyukur sangat2 sebab aku sebenarnya aku target lulus je and tak expect tinggi. And aku harap2 sangat tak fail.. Sebab apa? Aku punya carry mark sangat tidak memberansangkan.. Tapi Allah bagi juga aku rezekiNya untuk aku syukuri. =)


Aku ulas one by one subject la. Leadership. Ok la. Subject ni amat interesting.. Sebab takde exam. Hanya presentation. =) Bahasa Melayu. Subject ni amat best sebenarnya.. Belajar tentang temu duga, Surat rasmi dengan format yang latest. Protokol. Macam2 la. Tapi yang tak berapa nak sedapnya ialah bila time exam. Orang selalu kata,

"Alah... BM je pon. Boleh skor punya..."

Sila ambil perhatian ya. BM tahap universiti amatlah payah. Kalau bahasa kita takde laras bahasa budak2 universiti dan masih tersangkut di peringkat SPM, sila jangan impikan A. huhu. Plus, aku pun dah 3 tahun tinggalkan BM, dan tiba2 kena ambil BM. Menggeletar la jugak bila sampai part terjemahan BI kepada BM. Dan aku sedar yang BM aku sangatlah hancur. (kepada guru BM di sekolah, sila kecewa dengan saya.. )


Organic Chemistry. Subject ni best sebenarnya. Tapi banyak hafal. Dan carry mark sangatlah jauh terkebelakang. hmm. Tambah2 pulak bila nak exam tu, aku 'blank' dengan tak semena2 dan aku terniat nak keluar exam hall tu lepas aku jawab satu dua soalan yang pertama. Adeyai. Tapi takpe la kan. Kene usaha dulu baru tawakal kan... Habes je exam tu, aku down sangat2, terus pergi solat and maka bercucuran la air mata bila mengenangkan takut kene repeat. Macam manalah hidup aku nanti.


Biochemistry. Yang ni memang aku tak fokus sangat dalam kelas sebab agak panjang lebar explanation lecturers. Ada jugak yang aku tak dapat nak catch up sebab beliau ajar macam bullet train. hahha. Tapi, aku syukur sangat2 sebab apa yang aku discuss dengan member keluar atas essay paper. Plus, dengan soalan2 ramalan (macam SPM pulak kan..) yang kitorang spot. Masuk!! Alhamdulillah...


Pharmacology. Takde nota. Lecturer cakap jangan jadi zombie. Tak boleh fokus. Itu je la hasilnya. hmm. Pharmaceutical Analysis 1. Subject ni sebenarnya senang je. Sebab nota dia sangatlah nipis. Tapi disebabkan exam ni yang last sekali dan ada tiga hari gap, maka ikut calculation sebagai seorang student biasa, kita akan study the day before exam la kan... haha. Mungkin aku ter-underestimate subject ni. Sebab apa? Sebab yang keluar exam ialah soalan semester sebelumnya, which is Physical Pharmacy. Patutnya aku study Sem lepas punya subject kan... (sarcastic!!) Adeyai. Apa yang dia ajar tak masuk plak..


Microbiology. Subject yang paling susah bagi aku sebab dalam subject ni, tak banyak yang kene paham. Semuanya hafal. Aku spent 4 hari untuk subject ni saja. Zombie habes la. Study week aku penuh dengan Microbes je la. Tapi berbaloi la. =) UNGS. Syukur aku dapat lecturer yang sama dengan UNGS yang sebelum ni. Sebab dengar kata, lecturer yang lagi satu amatlah payah nak bagi markah. hmm... Entah la. Ni semua dah ketentuan kan..=)

Konklusinya, aku banyak main Sem ni. Even aku maintain pointer Sem ni, tak bermakna aku tak boleh jatuh or naik kan. So, I've to work harder. Bagi aku lah kan, kalau kita nak main, hang out, karok ke.. Boleh je. But then, kita kene tau la nak back up balik masa yang kita guna untuk bersuka ria tu. Jangan selalu la. Bila sampai masa nak study, fokus!! #notetomyself

notakaki: Sem depan kene lebih fokus. Mungkin bila tukar Lecture Hall nanti, aku akan dapat semangat yang lebih jitu. huhu. Yang penting buat masa sekarang, bersyukur saja dengan apa yang kita dapat.. =)

Monday, June 10

Disaman Polis

bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum readers. Mintak maaf la, dah lama tak update blog ni dek kerana busy kemain semenjak jadi student pharmacy ni. haha. Lepas kira-kira 5 bulan tak bersua ni, aku nak buka cerita pasal aku kene saman.

Kene Saman? 0.o Hoyeah!!


Al-kisahnya, aku dengan member aku, Abi Judeen nak pergi la ke Kuantan Parade. Potong rambut sebab rambut kitorang semenjak exam ni mengalahkan semak kat UIA tu. So, aku park je la kereta Myvi aku tu kat depan Kuantan Parade. Sebelum keluar tu, aku pun goreslah kupon parking yang aku dah lama beli tu. Berhati-hati la katakan, takut kene saman pulak.

Lepas tu, kitorang pun masuk la ke Kuantan  Parade tu. Gunting rambut, berjimba-jimba jap. haha. Lama gak la. Hampir dua jam jugaklah kitorang kat dalam tu. Bila nak keluar tu, aku pikir yang kereta aku tu mesti kene saman sebab limit kupon parking tu sejam je. Aku redha je la.

Bila nak keluar je tu, aku dah nampak pak polisi tengah tulis2 something kat buku saman dia tu.

"Alamak abi. Ni confirm kene saman ni. Adoyai... Melayang la duit..." 

Aku pun menghampiri kereta aku dengan wajah tak bermaya. Aku nampak sehelai kertas putih terkepit kat wiper kereta tu.

"Dapat surat cinta weyh..."

Kitorang pun masuk kereta, sambil belek2 surat saman tu.


"KESALAHAN TRAFIK (1). KESALAHAN MELETAKKAN KENDERAAN MENYALAHI LALU LINTAS"

o.0

Aku rasa aku park kat dalam line kuning. And aku selalu buat gitu. Tak pernah pulak kene saman. Banyak je kereta park kat situ. Aku ingat aku kene saman dengan Majlis Perbandaran sebab park lebih limit masa. hmm..


Hari ni aku pergi bayar saman tu kat IPD Gombak. Kene RM 150. hmm.. Akak polis yang jaga kaunter tu senyum je dapat duit aku. Takpelah. Bak kata mak aku,

"Lain kali ingat. Bukan RM 1.50 kene. Banyak benda boleh beli dengan RM 150 tu."

huhu. Baiklah mak.

notakaki: Selain pergi bayar saman tadi, aku pergi cari kerja gak. InsyaAllah dapat kot. Cashier kat Parkson Selayang. Kene cari duit untuk masa depan. Takkan la nak bergantung kat duit mak bapak lagi, yedak??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...