Followers

Wednesday, September 14

Mahallah Open Day 2011

bismillahirrahmanirrahim..

Mahallah Open Day (MOD) 2011 organised by Mahallah Representative Committee (MRC) took its place on the 9th September - 11th September 2011 at Mahallah Khadijah Square and CFS Field. This one-month-plan event unveiled its opening on the 9th September with the rewang or preparation of food at Mahallah Khadijah Square.

On the 10th September, the rewang continued together with the preparation of CFS Field for this great event. When it's approaching midday, all committees were preparing for the opening ceremony attended by the Deputy Rector IIUM, YB Prof Nik Ahmad Kamal Nik Mahmud, Dean CFS IIUM, Assoc Prof Dato Dr Syed Zahir Idid, Deputy Dean RMDD, Madam Rose Haliza Harun, Head of Departments, Principals, Fellows, Staff and students.

MOD 2011 was officially officiated by the Deputy Rector IIUM. Right after that, there was a gimmick planned by the MRC as to spice up the environment of the day. Then feast begun right after the DJ of the day, DJ Leh or the MRC, Solehuddeen Shatibi invited all the guests and VIPs to have their meal. It's quite busy at the time for all committees and Alhamdulillah, it ran smoothly. Not to forget, there were performances by the Persatuan Silat Cekak Malaysia, Dikir Barat and also by MRC Mahallah Abdul Rahman Auf (MARA). There were also lucky draws held. The feast ceased at 5.00 pm.

At night, a talk was held at CFS Field conducted by IMAM MUDA HASSAN with the topic, 'Bermulanya Cinta Di Rumahku'. It was an exciting talk to be frank as the IM Hassan is a friendly speaker who delivered his talk in the way that students comfortable. The night ended with raining cats and dogs. But, that was not the obstacles that forbid the guests to snap the pictures of memories with IM Hassan.

On the next day, 11th September, a telematch of many exciting games was held at CFS Field. There were tarik upih, coconut bowling, hands off, musical chair, anyam ketupat and also tug of war for adults. there were also for the kids, eg, musical chair, getah dan straw, gula-gula dalam tepung, lari bersama belon, isi air dalam botol, lari dalam guni and bola ping-pong dalam sudu. Alhamdulillah, the event ran smoothly. MOD 2011 ended with the closing ceremony held right after the telematch ceased.

ALHAMDULILLAH, as an MRC, we hoped that this kind of event will be held in the near future. And greatest gratitude we expressed to all who were involved directly and indirectly to success the MOD 2011. Lets take a look at these pictures taken during the event. ENJOY!







periuk belanga yang beratur untuk dibasuh





sate untuk komiti sahaja... =)





keberangkatan masuk IM Hassan..








wakil pelajar, Bro Amirul Faiz bertanyakan soalan kepada IM Hassan..





keseronokan terpancar ketika talk berlangsung








students tak melepaskan peluang bergambar bersama IM Hassan








rewang di MK Square

















berkorban untuk tidur di bawah kanopi demi menjaga rendang yang sedang dimasak.


berbaju hijau, Pricipal MAB, Ust Hasanul Basri











tiup jangan tak tiup.. =)





berpayung ketika memberi ucapan.. hujan ketika ni..





students mengambil makanan..





kaunter DJ Leh..








chit chat sambil menunggu makanan..





MC untuk telematch pada hari Ahad





tarik upih








Fellow MAB, Bro Pahsha Ismail begitu semangat dengan coconut bowling nya..





tutorial anyam ketupat dalam Team Ready





hands off : makan epal tanpa gunakan tangan..





kanak2 juga tak melepaskan peluang untuk join telematch..











tug of war.. diungguli Team Ready





anchor terbaik.. huhu





Fellow juga tak terlepas dalam memberi tunjuk ajar kepada student untuk tug of war





closing speech by Mdm Rose Haliza Harun











antara juadah yang menanti guests





committee in charge





kuih raya juga tersedia





gimmick yang menimbulkan 'huru hara' ketika event berlangsung





FSCC juga turut menyertai program MRC. Terima kasih FSCC





Tetamu VVIPs





our MAB staff, Sis Rosinawani








dikir barat performance








performance by MARA














DJ Leh





men behind the scene


Sorry because the photos are not arranged according to the flow of event. Yet, that are bunches of memories that we would like to share. These are just few of those. There are many ahead. For more, click Mahallah Open Day Part 1 & Part 2. Thank you for viewing. =)

wallahu a'alam.

Birthday Prank

bismillahirrahmanirrahim..


ana akui yang ana ni kadang2 tu agak nakal. sejak kecil lagi rasanya. haha.. anyway, sempena menyambut birthday ana yang bertarikh 5 september tu, roommates ana ada buat satu prank yang nampak macam biasa, tapi bila dah kena.. PEEERRRRRGGGHHHH!!! sedap kowt.. hihii..

actually, buat prank kat bilik ana ni start dengan ana sendiri la masa birthday roommate, RASHID pada tahun lepas. prank nya ialah, SIMBAH ASID AIR. maka, gejala prank mem-prank orang especially time birthday menjadi satu budaya budak bilik MAB422 (sem lepas) dan MAB126 (sem ni) dengan pelbagai evolusi dan kreativiti. huhu..

kelmarin, ketika baru habis saja MOD 2011 (nanti ana cerita pasal ni), malam tu member bilik nak kenakan ana. tapi disebabkan ana terlalu letih maka ana tertidur awal (mungkin sengaja tidur awal...) so, mereka sesama mereka berbalah la sebab tak dapat nak prank malam tu. huhuhu.. esoknya, situasi menjelang nak kena prank tu lebih kurang begini..

dedek: (sambil pegang henpon dan saja je cakap kuat2), compilation tu ko buat sendiri la. takkan aku nak buat kot..

ana, jazmi dan yang lain: *nampak pelik sket. mungkin ana je kot yang rasa pelik sbb yg lain dah pakat2 dah..

dedek: naz, aku lupa nak bagi tau, tadi rahimi panggil ko pegi bilik MRC. dia kata ada kipas rosak. 

ana dengan penuh kepercayaan kepada dia, pergilah tanpa ada rasa sangsi. 

dedek: weyh, jom pergi kiosk. *ana buat tak endah je. aim sekarang nak pergi bilik MRC je.

setelah melangkah keluar dari bilik, ada la dalam 2-3 meter gitu, TIBA2...

BBBUUUUUUSSSSSHHHHHH!!!!!!!!!!!!!

4 baldi air ana kena malam menjelang 12 tengah malam tu. sejuknya tak terkata.. YA. air bercampur sabun adalah ingredient wajib untuk prank orang. maka, banjirlah depan bilik 126 tu. huhu..

dah habis gelak2, simbah2, ana pergi mandi kejap nak bersihkan diri, then ana buat makan2 sikit. masa tu lah, keluar cerita yang diorang sengaja lewatkan sambutan birthday ana. saja nak buat ana terasa (expecting me to update in my blog about my terasa thing.. haha). maaf la sahabat2, tak terasa pun. 

actually, sambut sekali dengan birthday roommate yang lagi satu, IZZAT. tapi, prank untuk dia lain sikit. rasanya tak perlu lah cerita apa prank yang dia kena.. hihi. above all,

'I would like to thank to all my roomates yang berkomplot buat prank ni, secara langsung mahunpun tak langsung. sebab sebelum ni asyik kenakan orang, tapi bila dah kena sendiri, SYOOKK KOWT!! hihi. thnx to MOHD AZFAR RAHIMI B ABDUL RAZAK, ABDUL RASHID ADENAN, AHMAD RIDHWAN B AHMAD BIDIN, RAJA AMIERUL IZZAT B RAJA ALIAS, MUHD ZULRAHMAN B ASMURAD, MOHD ARIF IZZAT B AYOB, AHMAD JAZMI B ABDUL RAHMAN, MUHD NUR SYAFIQ B ABDUL KADIR and AMIRRUL HAFIZ B R.RAZMI. thnx a lot. fren4ever. =) '

Sunday, September 4

Garis Masa 19 Tahun

bismillahirrahmanirrahim..

ni ana nak ceritakan sedikit tentang garis masa kehidupan seorang hamba Allah ni..

5 September 1992 - seorang bayi yang comel telah dilahirkan oleh Puan Norlily bt Leman di Hospital Besar, Melaka pada pukul 5.05 pagi yang bersamaan dengan hari Sabtu, 7 Rabiul Awal 1413 hijrah.

bayi yang comel ini telah dibesarkan dalam suasana kampung di Kampung Taboh Naning, Melaka selama 10 bulan sebelum dibawa oleh parent-nya ke KL. oleh sebab dia telah dibesarkan di kampung, so dia ni amatlah rapat dengan neneknya. dan sehingga sekarang dia amat menyukai suasana kampung. bahasa pertuturaan dia ni di kampung ialah loghat Negeri Sembilan.


si kecil ni TERAMAT lah nakal pada waktu muda2nya dulu2. bila dia tiba di KL (lebih spesifik, di Selayang), dia bersama adiknya telah dibesarkan oleh jiran2 diorang yang tinggal berdekatan kerana kesempitan hidup dan kerja oleh si ibu bapa. so, si budak kecil ini telah diasuh oleh lebih kurang 6 orang penjaga yang berbeza sepanjang waktu kecilnya. oleh sebab dia ni tinggal di rumah orang, so ibu bapa dia telah mengajar dia adab dan tatatertib berada di tempat orang dan cara menjaga diri di tempat orang.

tahun 1998 - si kecil yang comel ini telah membesar menjadi budak yang comel juga. haha.. tahun ini first time dia jejak kaki di alam persekolahan, lebih spesifik di TADIKA AL-IKHWAN. disebabkan kenakalan dia ni, dia pernah tertinggal dalam bas.

korang pun tahu kan bas sekolah main berhenti je bila sampai kat rumah. so, dia yang sedang tidur dalam bas tu tak turun la di rumahnya. so, heboh la mak bapak dia mencari anaknya yang disangka hilang tu. at last, jumpa dalam bas..

kenakalan dia tahap kedua pulak bila dia telah mencederakan rakan sebaya dia dengan gigi. YA. dia mempunyai gigi yang amat tajam berkat gosok gigi hari2. haha.. rakan sebaya yang juga nakal tu telah mengejek beliau dgn kata2 yang tak disenangi. maka, dengan pantas dia mengigit tangan member dia ni hingga berlakulah pertumpahan darah. menangis beriya2 la member dia tu. Kesian member tu..


tahun 1999 hingga 2004 - budak yang masih comel ini telah melangkah ke alam sekolah rendah di SK SELAYANG JAYA dan juga SAR UMMUL QURA. disebabkan ke-tidak-berapa-pandai-an budak ni, maka dia amatlah tak suka pelajaran di sekolah kebangsaan. so, dia fokus pada sekolah agama saja. buktinya, dia selalu dapat nombor tercorot di SK, dan top scorer di SAR.

nak dijadikan cerita, budak ni telah dididik dgn kepemimpinan sejak dari sekolah rendah lagi. dia balun semua high post kat dua2 sekolah tu. haha.. tapi di situ juga, dia menemui cinta monyet. itu tak payah cerita la ye.. hihi

hajat untuk masuk sekolah menengah agama tak kesampaian sebab parent dia tak bagi. maka, menangis la budak ni bila hajat tak dipenuhi. maka, harapan untuk ke SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG (SAMER) hancur berkecai.


tahun 2005 hingga 2007 - si budak ni dah besar sikit. tapi masih comel. haha.. dia melanjutkan pelajaran ke SMK IDEAL HEIGHTS. kat sini lah, aktiviti liar si budak ni makin bermaharajalela. semakin ke arah jahiliah rasanya. tapi, masih boleh control. hehe. kat sini juga, ilmu tentang agama makin kurang dan ilmu duniawi saja yang bertambah. YA. ini pengakuan berani mati punya.

kat sini juga, dia aktif berkawat kaki, aktif dalam membalun high post persatuan. haha. dan juga, sini tempat dia memperkuat bahasa Inggeris dia. bayangkan dari benci BI, asyik fail je, tetiba boleh suka BI pulak. musykil betul budak ni.


tahun 2008 hingga 2009 - lepas dapat stret A dalam PMR, dia ditawarkan ke SM SAINS ALAM SHAH, KUALA LUMPUR. dua tahun di sekolah asrama penuh ni mengajar budak ni erti kehidupan sebenar tanpa bantuan parent. mengajar dia erti persahabatan, erti agama di bahu manusia. di sini, dia dapat pendidikan yang seimbang, duniawi dan ukhrawi.

YA. banyak benda yang budak ni belajar. tak perlu la nak diceritakan semuanya. cukup sekadar korang tahu bahawa dia ni selamat di sana. dan juga, dia ni suka balun banyak post2 yang tinggi kat sekolah. haha.. dan dia makin aktif berkawat dan juga berpersatuan.


tahun 2010 hingga kini - sekarang budak ni melanjutkan pelajaran di CENTRE for FOUNDATION STUDIES, INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA, PJ. dia ambil course pharmacy. insyaAllah, cita2 dia ni nak jadi pharmacy sehingga ke peringkat PHD walaupun dulu dia ni berangan nak jadi ustaz la, akauntan la, engineer la.. merepek je dia ni..

berdasarkan apa yang diperhatikan, budak ni TERAMATLAH suka kepada budak2 kecil. kalau jumpa kat mana2, tak kisah la kat shopping complex ke, kaat pasar malam ke.. mesti dia akan usap kepala budak tu. penah jugak la dia ni kene marah dengan mak budak kecil tu.. hiihi. dan juga mamat ni TERAMATLAH suka makanan yang pedas2, sepedas mulut dia juga. haha.. dia suka belajar bahasa, menghargai erti persahabatan.. dan banyak lagi la..

al-kisah, esok insyaAllah genaplah usia budak ni 19 tahun. ni lah usia belasan terakhir dia sebab lepas ni umur start dengan nombor 2 pula. yedak?? hihi... makin tua rasanya budak ni. moga2 dia ni sentiasa diberkati dan dirahmati Allah. amiin..

*thanx to you all yang sanggup baca panjang berjela ni.. hiihi

wallahu a'alam..

Saturday, September 3

sepusing raya

bismillahirrahmanirrahim..

salam aidilfitri buat semua yang mengenali ana dan keluarga.ampun dan maaf ana hulurkan zahir dan batin. harapnya kita semua 0 - 0 la ye.. =)

dah semua member cerita pasal raya, so ana pun tergerak la nak cerita pasal raya. tahun ni raya agak kurang meriah sikit. mungkin sebab dah makin besar kot, so mood nak kutip duit raya dari rumah ke rumah pun makin surut..hahaha.. tapi, collection ana tahun lagi banyak dari adik ana. tu yang pelik tu.. *ceh, beza RM10 je pon.. hihi

macam biasa tiap2 tahun ana akan beraya di Taboh Naning, Melaka. kampung mak. then, bila dah setengah hari raya pertama tu, ana balik ke kampung abah pulak kat Rembia, Melaka. ni yang senang kalau satu negeri ni. drive pun tak sampai setengah jam.

tapi yang bestnya tahun ni, sehari sebelum raya tu, ana dapat la join nenek dengan mak merewang masak juadah untuk hari raya. bayangkanlah, tak pernah2 merewang pastu tiba2 join. bawang putih semangkuk pun nak dekat setengah jam ana siang.. adoyai.. *kat tempat ana memang panggil siang bawang..

pagi raya macam biasa2 je. pakai baju raya (tahun lepas punyer..), breakfast sikit, salam2, nangis2, solat raya, ziarah kubur, balik sambung 'breakfast' lagi.. haha.. mana tak naik berat badan ni.. sebulan nak 3 kilo, tapi sehari je nak naik 5 kilo.. parah2..

gambar? actually, malas nak upload. apa kata anda semua klik DI SINI.. senang kan?? hihi.

tak lupa juga, Salam Kemerdekaan ke-54 buat semua warganegara Malaysia. jadikan kemerdekaan negara ini sebagai satu cara untuk kita lebih menyayangi negara dan menanam rasa hormat kepada negara sendiri. merdekakan diri kita dari anasir2 yang sering menyuntik rasa anti-perpaduan. Rasulullah mengajar kita untuk sering berbuat baik dan menghormati tak kira bangsa, agama dan warna kulit.

harapnya, dengan pemergian Ramadhan yang lalu membawa banyak manfaat kepada diri kita. sambutlah syawal dengan bersederhana dan hayati erti kemerdekaan dengan penuh semangat.

wallahu a'alam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...