Followers

Sunday, September 4

Garis Masa 19 Tahun

bismillahirrahmanirrahim..

ni ana nak ceritakan sedikit tentang garis masa kehidupan seorang hamba Allah ni..

5 September 1992 - seorang bayi yang comel telah dilahirkan oleh Puan Norlily bt Leman di Hospital Besar, Melaka pada pukul 5.05 pagi yang bersamaan dengan hari Sabtu, 7 Rabiul Awal 1413 hijrah.

bayi yang comel ini telah dibesarkan dalam suasana kampung di Kampung Taboh Naning, Melaka selama 10 bulan sebelum dibawa oleh parent-nya ke KL. oleh sebab dia telah dibesarkan di kampung, so dia ni amatlah rapat dengan neneknya. dan sehingga sekarang dia amat menyukai suasana kampung. bahasa pertuturaan dia ni di kampung ialah loghat Negeri Sembilan.


si kecil ni TERAMAT lah nakal pada waktu muda2nya dulu2. bila dia tiba di KL (lebih spesifik, di Selayang), dia bersama adiknya telah dibesarkan oleh jiran2 diorang yang tinggal berdekatan kerana kesempitan hidup dan kerja oleh si ibu bapa. so, si budak kecil ini telah diasuh oleh lebih kurang 6 orang penjaga yang berbeza sepanjang waktu kecilnya. oleh sebab dia ni tinggal di rumah orang, so ibu bapa dia telah mengajar dia adab dan tatatertib berada di tempat orang dan cara menjaga diri di tempat orang.

tahun 1998 - si kecil yang comel ini telah membesar menjadi budak yang comel juga. haha.. tahun ini first time dia jejak kaki di alam persekolahan, lebih spesifik di TADIKA AL-IKHWAN. disebabkan kenakalan dia ni, dia pernah tertinggal dalam bas.

korang pun tahu kan bas sekolah main berhenti je bila sampai kat rumah. so, dia yang sedang tidur dalam bas tu tak turun la di rumahnya. so, heboh la mak bapak dia mencari anaknya yang disangka hilang tu. at last, jumpa dalam bas..

kenakalan dia tahap kedua pulak bila dia telah mencederakan rakan sebaya dia dengan gigi. YA. dia mempunyai gigi yang amat tajam berkat gosok gigi hari2. haha.. rakan sebaya yang juga nakal tu telah mengejek beliau dgn kata2 yang tak disenangi. maka, dengan pantas dia mengigit tangan member dia ni hingga berlakulah pertumpahan darah. menangis beriya2 la member dia tu. Kesian member tu..


tahun 1999 hingga 2004 - budak yang masih comel ini telah melangkah ke alam sekolah rendah di SK SELAYANG JAYA dan juga SAR UMMUL QURA. disebabkan ke-tidak-berapa-pandai-an budak ni, maka dia amatlah tak suka pelajaran di sekolah kebangsaan. so, dia fokus pada sekolah agama saja. buktinya, dia selalu dapat nombor tercorot di SK, dan top scorer di SAR.

nak dijadikan cerita, budak ni telah dididik dgn kepemimpinan sejak dari sekolah rendah lagi. dia balun semua high post kat dua2 sekolah tu. haha.. tapi di situ juga, dia menemui cinta monyet. itu tak payah cerita la ye.. hihi

hajat untuk masuk sekolah menengah agama tak kesampaian sebab parent dia tak bagi. maka, menangis la budak ni bila hajat tak dipenuhi. maka, harapan untuk ke SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG (SAMER) hancur berkecai.


tahun 2005 hingga 2007 - si budak ni dah besar sikit. tapi masih comel. haha.. dia melanjutkan pelajaran ke SMK IDEAL HEIGHTS. kat sini lah, aktiviti liar si budak ni makin bermaharajalela. semakin ke arah jahiliah rasanya. tapi, masih boleh control. hehe. kat sini juga, ilmu tentang agama makin kurang dan ilmu duniawi saja yang bertambah. YA. ini pengakuan berani mati punya.

kat sini juga, dia aktif berkawat kaki, aktif dalam membalun high post persatuan. haha. dan juga, sini tempat dia memperkuat bahasa Inggeris dia. bayangkan dari benci BI, asyik fail je, tetiba boleh suka BI pulak. musykil betul budak ni.


tahun 2008 hingga 2009 - lepas dapat stret A dalam PMR, dia ditawarkan ke SM SAINS ALAM SHAH, KUALA LUMPUR. dua tahun di sekolah asrama penuh ni mengajar budak ni erti kehidupan sebenar tanpa bantuan parent. mengajar dia erti persahabatan, erti agama di bahu manusia. di sini, dia dapat pendidikan yang seimbang, duniawi dan ukhrawi.

YA. banyak benda yang budak ni belajar. tak perlu la nak diceritakan semuanya. cukup sekadar korang tahu bahawa dia ni selamat di sana. dan juga, dia ni suka balun banyak post2 yang tinggi kat sekolah. haha.. dan dia makin aktif berkawat dan juga berpersatuan.


tahun 2010 hingga kini - sekarang budak ni melanjutkan pelajaran di CENTRE for FOUNDATION STUDIES, INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA, PJ. dia ambil course pharmacy. insyaAllah, cita2 dia ni nak jadi pharmacy sehingga ke peringkat PHD walaupun dulu dia ni berangan nak jadi ustaz la, akauntan la, engineer la.. merepek je dia ni..

berdasarkan apa yang diperhatikan, budak ni TERAMATLAH suka kepada budak2 kecil. kalau jumpa kat mana2, tak kisah la kat shopping complex ke, kaat pasar malam ke.. mesti dia akan usap kepala budak tu. penah jugak la dia ni kene marah dengan mak budak kecil tu.. hiihi. dan juga mamat ni TERAMATLAH suka makanan yang pedas2, sepedas mulut dia juga. haha.. dia suka belajar bahasa, menghargai erti persahabatan.. dan banyak lagi la..

al-kisah, esok insyaAllah genaplah usia budak ni 19 tahun. ni lah usia belasan terakhir dia sebab lepas ni umur start dengan nombor 2 pula. yedak?? hihi... makin tua rasanya budak ni. moga2 dia ni sentiasa diberkati dan dirahmati Allah. amiin..

*thanx to you all yang sanggup baca panjang berjela ni.. hiihi

wallahu a'alam..

6 comments:

Anonymous said...

weh3. aku suka part menemui cinta monyet. kehkehkeh. haha. alkisahnya, samalah kau dan aku yg suka balun high post kt mana2 pun. :P haha. yeah, dulu mak aku pun tk bgi aku g sekolah agama. :( alik2 dpt St.Mary. tp sekarang alhamdulillah. aku berpeluang kembali ke bdang agama semula :D hehe. jgn jeles. :P apa2 pun. best of luck kawan!

Nazrin Syafiq said...

part tu yg ko suke?? x citer ape pon kat situ.. haha.. tu la, akhirnya kita dpt gak masuk tempat yg ajar kita agama.. kat uia pon aku blaja byk benda pasal agama..

:::KHALIFATULLAH::: said...

nak komen jugakk..hehe ske part yg
nazrin tidur dlm bas,,isk3 mmg nakal
betol..huhu ^^ dayah n nazrin..betul2
tawazunkan akademik dan agama...
tp nazrin la seronok,still dlm flow
science tp agama ttp no1.. hrpnye
kita semua istiqamah.aminnn
agama xperlukan kita,tp kita sgt2 memelukan agama..means hidup kita ditarbiyyah untuk mentarbiyyah org lain (^^,) ukhwah fillah

Nazrin Syafiq said...

part tidur tu mmg teringat sampai skrg.. susah nak lupa benda tu.. haha
insyaAllah.. kita sama2 berada dalam landasan agama yang benar ni. semua org ada jalan kehidupan yg tersendiri, tapi MESTI disandarkan kpd agama.

Abg Irul said...

Happy Birthday EPIT....

Nazrin Syafiq said...

thank you abg irol.. happy birthday jugeee... =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...