bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, aku sudah selamat mendarat di bumi Kuantan ni untuk menjadi sebahagian daripada keluarga IIUM Kuantan.. *skema sikit ayat ni*
Aku mula daftar pada 4 September 2012. Pepagi buta aku dah terpacak kat Office of Campus Director (OCD) untuk register. Aku ingat aku yang paling awal, rupanya dah ramai yang mula daftar. Cis!! Dah register bagai, aku pun pi la check in kat mahallah.
Mahallah untuk brothers ada 2, satu Mahallah at-Tabari dan Mahallah Talhah. Dua2 kat luar kampus. So, sapa2 yang ada transport sendiri tu kira beruntung la kan. Tabari tu mahallah yg dekat dgn kampus, so kalau menapak ke kuliyah pun tak la jauh sangat pun. Tapi kalau sapa2 yang duduk Talhah, konfem2 kene ada transport sendiri. Shuttle bus ada je disediakan. Tapi biasa la melayu kan.. Kalau pukul 8, 8.30 baru tayar bergolek..
Memandangkan aku ni duduk kat Talhah atau nama gelemer-nya IM2 (Indera Mahkota 2), so aku boleh cerita apa yang ada kat IM2 je la. IM2 ni aku anggarkan dalam 4km dari main campus. Kalau nak menapak tu sejam gak la. Kalau hujan, kirim salam kat lecturer je la.. hahha.. Di IM2, facilities yang ada di mahallah ialah HANYA surau, office, water cooler and dispenser, security, dan kucing2 yang comel kat sini..
Di-highlight-kan, TIADA kiosk, cafe, kedai mamak, cybercafe, kedai printing/fotostat dan sebagainya. Memang best, kan??
Kalau nak cari makan, kene berjalan kaki (bg yg xde transport sendiri) ke kedai2 yang berhampiran (walaupun x berapa hampir). Keliling mahallah merupakan kawasan perumahan. So, memang agak sunyi jugak la. Kalau nak ke bandar Kuantan pulak, korang boleh la mintak member korang hantar, tak pun call teksi ke. Sebab sepanjang apa yang aku nampak, public transport kat Kuantan ni macam takde. Bas tak lalu pun dekat kawasan IM2. Bus stand apatah lagi nak diharapkan.. hmm.. =(
Taaruf Program di UIA Kuantan ni agak simple. Kami diberikan briefing2 yang berkaitan dengan semua department dan office yang ada di UIA. On the second day of Taaruf tu la yang paling informative. Dalam masa 4 jam, kami dihidangkan dengan 7 briefing daripada pelbagai department. Best, kan? Nak muntah rasanya dengar briefing berlambak2 ni.. adoyai~~ But then, benda ni semua untuk kebaikan kitorang gak. Kalau tak, x kenal la kampus sendiri. Yedak?
Then, kami perlu buat Islamic Cultural Night, yang mana student di-group-kan ikut region tempat asal masing2 dan buat persembahan mengikut creativity masing2. Either, north, south, west, east, borneo/international. Bagi aku, dalam banyak2 event, yang ni paling best. Lawak ada, touching ada.. Terbaik la. Kiranya time ni kitorang semua dapat belajar loghat tiap2 negeri la.. =))
3rd day ada kuliyah briefing. Kuliyah pharmacy merupakan kuliyah yang paling pack jadualnya sebab student pharmacy perlu lengkapkan 155 credit hours dalam 4 tahun. Kelas 8 sampai 6 jela memanjang. Terbaik la kan.. Ngadap buku je la aku lepas ni.. adoyai~~ Then, petang pulak ada Baiah Ceremony. Maka, lepas itu, rasmilah aku menjadi seorang pelajar International Islamic University Malaysia, Kuantan Campus. Maka, hari2 aku lepas ni akan dipenuhi dengan kelas dan keletihan.. haha..
notakaki : Aku yang duduk kat IM2 ni takde transport sendiri. Memang terbaik la kan.. Rasanya pasni aku dah boleh pakai balik baju aku yang dah kecil dolu2 tu.. hahaha
5 comments:
lama2 nanti biase dah la tu.
Btw, welcome to jungle of Kuantan! :D
thnx tawfiq.. =))
wawwwww.. kene belajo dok jauh cikit.. hi3...... btw, good luck bile mendarat kat cana.... ok..:)
tahniah nazrin! belajar baik2 ye, peluang dah ada, jangan disia-siakan.. all the best :)
zaidan, dok jauh aku xde masalah pon. tapi kalo dok jauh, satu benda pun xde, tu yg parah sket tu.. haha.. btw, thnx..
rashdan, terima kasih. insyaAllah, sama2 lah kita tuntut ilmu sehingga ke liang lahad.. =)
Post a Comment