Pagi2 buta ni, JPA dah buat aku rasa nak mencarut sepanjang hari. pfft.
Aku memang respek JPA sebab JPA ni merupakan badan kerajaan yang membantu para pelajar dari sudut kewangan bagi meneruskan pelajaran. At least, itu apa yang aku nampak la. Mungkin ada lagi benda2 yang JPA buat yang aku tak tahu kan.
But then, sudut pandang aku terhadap JPA ni sedikit meleset bila depa ni dah mula buat hal. Kenapa aku kata macam tu? Cer tengok printscreen kat bawah ni..
JPA keluarkan senarai semak ini pada 12 September 2012 dengan 3 borang sahaja |
JPA keluarkan senarai ni pulak pada 18 September 2012. Tambah 1 borang lagi dan IC penjamin sekali. |
Yang ni, JPA keluarkan pada 23 September 2012. Tambah pulak nak pengesahan IC penjamin pulak. |
As a government body, they should know what students need to print and get approval. Bukan selalu update tanpa keluarkan notis. Be profesional la beb. Bukan semua orang ada access ke Internet (walaupun kita duk kat Malaysia yang sangat maju ni..).
notakaki : Tak suka la buat keje last minit ni..
No comments:
Post a Comment