Followers

Saturday, September 8

Wahai Muslim, Janganlah Paranoid Sangat!!

bismillahirrahmanirrahim..

Sesetengah dari masyarakat Islam Melayu, khususnya di Malaysia ni kadang2 paranoid sangat tentang hal2 dunia yang depa fikir membimbangkan depa. Apa yang aku maksudkan dengan paranoid ni?

Paranoid ni ialah pemikiran yang sering dipengaruhi dengan ketakutan atau kebimbangan, dan kadang2 tu terlalu melampau dan tidak rasional.

Pemikiran depa ni dibayangi dengan 'kekuatan' sesebuah elemen luar yang membuatkan depa ni takut atau bimbang.. *tu dia. ayat falsafah tu..*

Senang citer, macam ni la..


1. Orang Islam Melayu Malaysia ni paranoid sangat dengan Israel.

"Ko tengok Piramid tu. Semuanya bentuk 3 segi. Ni mesti konspirasi Dajal dengan Israel. Patut runtuhkan je piramid tu.."

"Eh Kiah. Ko simpan pinggan bentuk 3 segi ni? Ish~~ ko ni tak tau ke yang Yahudi yang rancang benda 3 segi ni? Ni untuk Dajal makan tau. Guna pinggan 3 segi macam ni la.."

"Wei Man. Cuba ko tengok bendera Malaysia tu. Kan ada bintang 14 bucu tu kan. Kalau ko tengok betul, ada macam bintang Yahudi tau.. Tengok betul2. Kalau ko tarik hujung bucu tu ke bucu ni, padam yang itu yang ini sikit, kan dah macam bintang Yahudi tu. Ish! Teruk betul Malaysia ni kan..."

"Tipah, ko tengok lantai marmar masjid ni. Semuanya bentuk 3 segi ni. Hitam putih lagi. Ni mesti ada agenda Freemason dengan Illuminati ni."

2. Paranoid tentang lagu Gangnam Style Menghina Nabi

Korang boleh baca post aku pasal benda ni.. KLIK SINI

Dah kalau PSY tu buat tarian kuda, so what? Depa tau ke macam mana naik burroq? Terkinja-kinja macam tu ke? Dah la fakta tu salah, timbulkan pulak kata2 yang ada pihak menghina Nabi. Tak ke timbul fitnah tu?


Mindset nya mudah..

"Kalau kita yakin sangat yang bawah tanah ni ada emas jongkong, pastu kita gali, even jumpa batu bentuk 4 segi pun kita akan cakap itu emas"

"Kalau lah si Bedah tu jahat macam Iblis, even dia petik daun tepi jalan pun korang akan kata dia jahat"


Nampak tak? Ini mungkin contoh yang pelik, tapi mungkin saja berlaku. Kebiasaannya, orang yang paranoid ni akan berfikir secara melampau dan tidak rasional. Orang belum Islam akan tepuk tangan la bila tengok umat Islam kita ni disibukkan dengan hal2 paranoid mereka dan tak berusaha memperbaikinya.


notakaki : Ubat kepada paranoid ialah berbaik sangka, siasat sesuatu fakta yang diterima dan jangan buat cerita yang bukan2. Kholas..

2 comments:

adanesz said...

betul....

khairul idlan said...

Aku member yg jenis camnie gak..hmm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...