bismillahirrahmanirrahim..
Aku tertarik nak share satu benda yang aku dapat dalam kuliah 'Physical Pharmacy' bertajuk 'Properties of Solids' bersama Dr. Kausar Ahmad.
Beliau bincangkan pasal Types of Solid, iaitu 'Amorphous' dan 'Crystalline'. Dan beliau explain properties of amorphous solid ni dengan cara yang cukup mudah..
"Amorphous solid mempunyai structure yang tidak tetap dan tersusun dalam keadaan yang berterabur. Maka, ia mudah untuk diserap masuk ke dalam sistem badan compared to crystalline solid yang mempunyai sususan yang teratur dan rapat."
*kruk..kruk..kruk..* Muka student pun dah macam blur2 je sebab kuliah waktu tengah hari. Bila dah macam tu, dia explain la dengan menggunakan analogi yang mudah...
"Macam ni la. Struktur amorphous solid ni tak rapat. Jarak2. Maka, senang la bahan lain nak react dengannya. Just masuk dalam ruangan2 tu. Sama juga la macam solat. Kalau solat kita dalam saf tak rapat, senang tak syaitan nak masuk mencelah. Senang tak dia nak kuasai pemikiran kita?? Senang kan..."
Aku pun tergamam seketika. Hebat gak analogi beliau. Hubung kait antara sains dan solat, hatta analogi sekalipun.
notakaki : Setidak2nya, orang macam aku ni dapat dua benda dalam kuliah tu. Satu ilmu pasal amorphous solid, dan satu lagi pasal menyempurnakan saf solat.. =))
No comments:
Post a Comment