Followers

Sunday, September 16

Siswi IPTA Ber-Gangnam Style

bismillahirrahmanirrahim..

Cer tengok dulu. Then komen sendiri.


Mahasiswa disebuah universiti di utara telah melakukan tarian "Gangnam Style" yang jelas sekali menjolok mata pada Malam Apresiasi Seni Minggu Suai Kenal. 
Sangat mendukacitakan kerana mahasiswa/i yang baru nak mengenali alam kampus sudah dihidangkan hiburan yang melalaikan seperti ini, bukan dengan hiburan yang mendekatkan lagi dengan Allah.

Ini merupakan description yang ada pada video ini kalau korang buka Youtube.

Aku ingat aku tengah buka video pasal disko yang sedikit educated tadi, yang menampilkan para mahasiswi yang intelektual lagi 'membalut' aurat dengan rapi. Cis!! Meleset sedikit sangkaan aku..

Aku pun tak tahu mana silapnya.

Sepatutnya, pihak universiti mendidik para mahasiswa-mahasiswi ini cara mengadaptasi diri dengan persekitaran yang baik (biah solehah). Bukannya dengan mendidik depa ni tarian 'hot' yang kelihatan terkinja2 atas pentas tu.

Kalaulah mak bapak depa ni nampak, agak2nya depa dapat senyum lebar ke sambil mengatakan..

"Tak sia2 kita hantar Si Senah tu belajar kat universiti tu. Dapat jugak dia menari2 atas pentas tu, terkinja2. Kiut sangat. Tak lama lagi kita dapat cucu la kan. Yedak?"

o.0 Astaghfirullah al-'azim..

Matangkanlah pemikiranmu wahai para mahasiswa dan juga pihak universiti. Universiti atau kolej ialah tempat menuntut ilmu, bukannya menuntut dosa dan bala. Minggu Orientasi atau Suai Kenal atau Ta'aruf merupakan platform terbaik untuk membina biah solehah. Kalau mula2 dah macam ni, lepas2 ni macam mana la agaknya.. Na'uzubillah. Doakanlah yang terbaik untuk kita bersama.

notakaki : Mungkin depa ni mahasiswa fakulti Seni Tari kot..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...