Followers

Saturday, September 22

Protes "Innocence of Muslim" Di UIAM Kuantan

bismillahirrahmanirrahim..

Semalam (21 September 2012) bertempat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM Kampus Kuantan telah berlangsungnya satu protes aman menentang pembikinan filem 'Innocence of Muslim" oleh kafir dan musyrikin laknatullah.

Aku berkesempatan menyertai protes tu selepas solat jumaat (walaupun patutnya aku ada group discussion waktu tu..haha.). Aku sedikit teruja kerana ia dilakukan di perkarangan hadapan masjid dan disokong oleh pihak universiti sendiri.

Tujuan protes ni lebih kepada melahirkan semangat membantah pembikinan sebarang penghinaan terhadap Nabi tercinta, Muhammad s.a.w. Khutbah Jumaat hari tu pun pasal 'Mencintai Nabi'. Berkobar2 rasanya time tu.

Walaupun bukan semua student UIA yang turun, tapi bilangan yang hadir amat memberansangkan juga. Protes ni dijalankan secara aman dan tidak melibatkan apa2 perkara yang diingini berlaku.

Seronok juga sebenarnya. Selain berkobarnya semangat melihat para wakil Kulliyyah memberi ucapan dan peringatan, aku sebenarnya tersentuh dan sedih dengan penghinaan terhadap Baginda s.a.w.  Bila berkumpul macam tu, baru lah aku sedar bahawa bukan aku sorang je yang sedih dan kecewa, rupanya ramai lagi umat Muhammad ini yang masih cakna dengan kemuliaan Baginda.

sisters yang berarak dari mahallah (kolej kediaman) menuju ke perkarangan masjid

bersemangat


brothers dah mula berkumpul


notakaki : Hidupkan semangat kecintaan terhadap Nabi kita bukan sekadar di pentas2 demo mahupun protes, bahkan sepanjang hidup kita sebagai umat Baginda.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...