setelah sekian lama blog ini tidak di-update, kini InsyaAllah ana akan cuba membawa satu topik untuk kita sama2 bincangkan, untuk kita sama2 muhasabah diri kita. yang mana mungkin sahaja ada antara kita ini terlepas pandang atau mungkin sahaja kita mengambil ringan di atas lesen kuasa seseorang yang meng-halalkan-nya.
kali ini, ana ingin bicarakan tentang judi dan arak. siapa yang tak tahu apa itu arak dan judi? semua pasti tahu tentang dua benda ini, unless kalau orang tu memang tak ambil kisah pun pasal hal sekeliling. dan siapa pula yang tak tahu pasal pasal pengharaman arak dan judi. boleh dikatakan semua orang pasti tahu, dari kerusi PM sendiri hinggalah orang yang 'cikai2' macam ana ni. hatta, orang bukan Islam pun pasti tahu pasal perkara ni. yang tak tahu atau yang buat2 tahu itu hanyalah mereka yang terlalu angkuh dengan Allah.
Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:
" Diriwayatkan drp Anas r.a bahawa Rasulallah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yg terlibat dengan arak ,orang yg memerah arak,orang yg diminta arak diperah untuknya ,orang yg meminumnya ,orang yg membawanya ,orang yg meminta dibawa arak kepadanya ,orang yg memberi minum arak kepada orang lain ,orang yg menjual arak ,orang yg mendapat hasil drp arak ,orang yg membeli arak ,orang yg meminta dibelikan arak untuknya " (riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi )
lihatlah. betapa Islam menitikberatkan soal besarnya dosa yang berkaitan dengan arak ini. maka, tak perlulah kita ada sangkut paut dengan arak.
"tapi bang. kenapa Islam larang saya nak minum arak? kalau minum seteguk dua bukannya mabuk pun.."
anda sure ke anda tak akan mabuk. come on la. arak ni walaupun sedikit, ia akan merosakkan kewarasan akal kita, tambah2 lagi arak ni digelar sebagai "IBU KEPADA MAKSIAT". bayangkan anda sedang minum arak dengan member2 anda yang tak ingat Allah tu, then ternampaklah anda seorng perempuan yang iblis nampakkan segala kecantikan padanya. dalam keadaan mabuk, semua pasti ON punya. betul tak?? sebab itulah Islam larang penganutnya minum arak. arak akan buat anda melakukan maksiat dan rantaian maksiat2 yang lain jua.
"tapi kalau darurat tak apa kan?? nak teruskan kehidupan lah katakan..."
darurat yang macam mana anda maksudkan?? anda ada di tengah2 gurun padang pasir yang penuh dengan arak ke? atau tersesat dalam hutan yang penuh dengan botol arak?? tak pun anda ada dalam dalam tawanan yang meng-offer anda arak berbanding air mineral yang jauh lagi murah?? kalau bukan, tiada alasan bagi anda untuk 'sengaja nak test' arak tu. seteruk mana sekalipun keadaan mahupun manusia sekeliling anda, mesti ada air yang halal untuk diminum. unless kalau anda memang saja nak "tunjuk terer" depan Allah yang anda ni dah langgar perintah DIA. Na'uzubillah.
"tapi kan bang. saya ada terjumpa dalam Al-Quran yang mengatakan bahawa arak ni ada baiknya. kenapa abang nak larang saya pula sedangkan Al-Quran dah izinkan.. abang lagi hebat dari Kitab tu ke??
ana tak cakap pun ana lagi hebat dari Al-Quran. YA. memang Kitab tu ada sebut tentang arak mempunyai manfaat. TAPI. anda dah baca habis ke belum ayat tu, ke anda baca separuh2 je. kan dalam ayat tu Allah berfirman:
"Mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang khamar (arak) dan judi. katakanlah, 'Pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia. tetapi dosanya lebih besar dari manfaatnya. ..... " (al-Baqarah : 219)
ana tahu dan anda juga tahu. arak ni memang ada manfaatnya. menyedapkan makanan, menghilangkan stress, kalau di Eropah dulukala, diorang guna arak untuk menyedap dan melembutkan daging. tapi, bukankah sudah terang-tang2 dalam ayat di atas. dosanya lebih bersar dari manfaatnya. maka, jauhilah arak.
'dunia ini ibarat syurga bagi orang kafir dan penjara bagi orang beriman'
pilih satu antara dua. anda nak rasa arak dua tiga tin di dalam dunia ke, atau anda nak rasa sungai2 arak dalam syurga nanti?? fikir2kan.
wallahu a'alam..
3 comments:
sambungan Ayat quran- THANK YOU!
arre, x paham la komen tu. apa maksudnya??
yang pasal arak mmg ada benefit tapi the keburukan outweighs kebaikan tuh. Selalu orang tak quote yang keburukan is lagi byk drp kebaikan. So, thank you sebab mengingatkan :)
Post a Comment