ramai yang selalu tertanya2, kenapa kena solat pada awal waktu?? kalau waktu asar masuk pukul 4.30 petang, kan sempat lagi solat zuhur pukul 4.15 petang. ya, memang sempat. tapi, manfaatnya kurang lah. tambah2 lagi, yang solat sendiri2 tu. sudah la tak dapat merebut pahala berganda (InsyaAllah..), bahkan manfaat alam pun kurang kesannya.
manfaat alam??
ya, manfaat alam. maknanya, tenaga alam. kalau anda semua nak tahu, setiap kali masuknya waktu solat, berlakunya perbezaan dan perubahan tenaga alam berdasarkan perubahan spektrum warna alam. dan spektrum warna ini akan memberi manfaat yang berlainan pada mekanisme badan. so, sesiapa yang mahir tentang fotografi ni, cubalah capture some photos untuk melihat kebesaran Allah..
SOLAT SUBUH
spektrum warna alam ketika waktu subuh ialah biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tyroid yang mempengaruhi metabolisme badan.
Jadi, warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar, rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum, dalam erti kata lain, ketika seseorang jaga dari tidur.
Bermula sahaja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga itulah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonansi pada waktu rukuk dan sujud. Jadi, mereka yang terlewat Subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
SOLAT ZOHOR
spektrum warna kemudiannya berubah menjadi warna hijua (solat isyraq dan dhuha). menjelangnya waktu zuhur, warna alam berubah menjadi warna kuning yang mana sama dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Kajian sains mendapati, warna kuning itu mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Contoh yang amat jelas bolehlah dirujuk kepada seseorang yang sakit perut yang pasti akan hilang cerianya.
SOLAT ASAR
Kemudian, warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar. Spektrum warna pada waktu itu bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asarnya akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau pada waktu Asar itu jasad dan roh seseorang itu terpisah ( tidur ), sedangkan tenaga alam pada waktu Asar itu amat diperlukan oleh organ2 reproduktif kita.
SOLAT MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
SOLAT ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam rehat.
QIAMULLAIL
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
begitulah bagaimana Allah menyediakan sesuatu yang terbaik untuk umat manusia menerusi alam. Allah mewajibkan solat ke atas kita untuk memberi kita pulangan yang hebat.
"dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. dan (solat) itu sungguh berat, kecuali orang2 yang khusyuk," al-Baqarah: 45
so, apa lagi alasan kita untuk tidak solat?? Allah bagi kita manfaat yang terbaik, untuk kesihatan, untuk kehidupan kitab seharian dan untuk masa depan dunia dan akhirat.. InsyaAllah..
sumber: thecounselingbuddies
wallahu a'alam..
No comments:
Post a Comment