bismillahirrahmanirrahim..
kali ni,
aku bukan nak korang baca panjang2 mahupun rapat mata kat skrin korang
sampai mata tu naik juling.
cuma aku nak korang tau yang
aku nak luahkan apa yang dah lama terbuku di hati
biarlah apa orang nak kata
biarlah apa orang nak dakwa
biarlah apa orang nak fikir
biarlah aku guna apa jua bahasa
biarlah batang hidung sapa pon yang kena
yang penting mesej aku sampai kat korang semua
termasuk diriku sendiri.
aku tengok
kita ni bukan main lagi belajar bagai nak rak
alih2, macam tu juga. takde yang berubah pon.
perangai tak serupa orang,
otak makin pandai, tapi akhlak makin bodoh.
serupa tak payah nak belajar segala macam
kalau perangai macam tu.
"buku" apa yang kita baca tu??
bagus sangat ke buku tu ajar korang cara kehidupan ni??
kak tipah oi...
sedor lah sikit..
buku tu ajar mengumpat, mengeji, mengata, memfitnah.
hidup asyik dengan dosa je... tak takut mati ke??
aku ada jumpa satu buku ni,
kalau minat, selak2 lah kalau ada masa, buku ni cakap
"Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela" (al-Humazah :1)
aku tengok,
hidup kita sekeliling ni dah tak macam orang pun,
rumah sebelah2, hidupnya macam seratus batu jauhnya,
pejadah yang korang buat tu.
tak reti ke nak tengok2 orang sebelah tu,
sakit ke dia, sihat ke dia, dah makan ke belum..
"aku ni tak nak jaga tepi kain orang.. nanti dihalaunya kita ni.."
amboi kak bedah,
sibuk benor gamaknyer..
time ada gosip panas pandai pulak mengantar lauk ke rumah sebelah,
padahal dok mengantar cerita lain.
buku mana ajar korang macam tu,
bila ada hal baru nak mengaku saudara,
bila takde, HARAAAAM nak tunjuk muka..
hidup ni kena macam tu ke??
aku ada jumpa satu buku ni,
kalau minat, selak2 lah kalau ada masa, buku ni cakap
"Sesungguhnya orang2 mukmin itu bersaudara ... " (al-Hujurat : 10)
aku tengok,
masyarakat kita ni dah tak serupa orang bertamadun.
korang rasa yeke??
ni aku rasa jela..
tak tau lah kalau korang tengok orang kita baik lagi sopan luar dalam kan..
cuba korang sendiri tengok lah dalam paper,
rogol, bunuh, buang anak, zina, couple,
tu yang nampak, yang tak nampak???
itu same2 manusia, tapi dengan Tuhan..
PERRRRGGGGHHHH!!!! sombong seyh.
dah lah buat benda tak elok, bukannya nak ingat mati.
"der, kubur lain2 der. lu jaga lu punya, wa jaga wa punya, ok??"
aku pun tak tau nak cakap apa..
buku manalah yang korang rujuk ni.
aku ada jumpa satu buku ni,
kalau minat, selak2 lah kalau ada masa, buku ni cakap
"Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan
janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh, Allah tidak menyukai
orang2 yang sombong dan membanggakan diri" (Luqman : 18)
aku tengok,
hukuman untuk pesalah2 ni macam biasa2 je,
and aku pun tak tau la nak kata sapa yang salah.
salah orang atas atau orang bawah..
aku ni 'cikai2' je.
mungkin ke kalau kita penjarakan dua tiga tahun perompak buat dia insaf??
entah la sebab aku tak pernah masuk penjara.
atau kalau kita potong pergelangan tangan diorang lagi effective kot??
entahlah, aku pun tak tau effective ke tak sebab aku takde kuasa dalam hal2 ni.
pak2 menteri lah yang lebih tahu kan.
diorang kan dah buat macam2 undang2 sendiri.
penjara la, sebat la, denda la, itu la ini la...
effective la kot.
tapi kira hebat lah diorang ni kan sebab
aku ada jumpa satu buku ni,
kalau minat, selak2 lah kalau ada masa, buku ni cakap
"(inilah) suatu surah yang Kami turunkan dan Kami wajibkan (menjalankan hukum2Nya),
dan Kami turunkan di dalamnya tanda2 (kebesaran Allah) yang jelas,
agar kamu ingat" (an-Nur : 1)
tapi aku tengok,
macam ada buku lain pulak dari buku yang aku jumpa ni.
buku yang lain tu memang banyak, tapi tak macam yang aku jumpa ni..
buku tu ada tulis "PERLEMBAGAAN" la..
"UNDANG2 SIVIL" la.. macam2 ada..
tapi buku yang aku jumpa ni,
buku yang aku recommend kat korang ni,
buku yang aku kompem bukan kitab picisan ni,
buku yang aku rasa takde sapa pun boleh challenge ni,
buku yang aku rasa memang boleh amankan dunia ni,
buku yang aku rasa dah berhabuk pun dekat almari kat rumah tu,
buku yang "WAJIB ADA, WAJIB BACA, WAJIB FAHAM, WAJIB AMAL" ni,
diberi nama AL-QURAN.
wallahu a'alam..
No comments:
Post a Comment