Followers

Friday, April 1

membazir bukan hanya pada harta

bismillahirrahmanirrahim..

salam jumaat kepada sidang pembaca. kaifa halukum?? alhamdulillah. semoga sentiasa sihat selalu InsyaAllah.. apa khabar iman hari ini?? bukan budak sebelah rumah yang nama IMAN tu. Iman yang dengannya kita nyatakan di dalam hati bahawa hanya ALLAH yang berhak disembah, yang dengannya kita lafazkan kalimah syahadah mengakui keESAan ALLAH, yang dengannya juga kita laksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan oleh ALLAH yang ESA. moga2 sihat selalu.

Allah telah berfirman:

"dan (termasuk hamba2 Tuhan yang Maha Pengasih) orang2 yang apabila menginfakkan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, di antara keduanya secara wajar." al-Furqan: 67

tayyib.

secara umunya, zaman sekarang ni kita dapat lihat masyarakat bahkan mungkin kita sendiri menginfak atau menggunakan harta kita secara tidak betul. mengapa ana katakan tidak betul?? kita tahu yang itu harta kita, so kita punya sukalah nak uruskan macam mana sekali pun. betul tak?? mesti ada yang beranggapan sedemikian. atau dalam bahasa kasarnya,

'suka hati akulah nak buat apa dengan harta aku. bukan harta bapak kau pun..'

wow!!! hebat sungguh orang yang sebegini. hebat bahasa mahupun sikap angkuhnya. tergelak terbahak2 syaitan dibuatnya. ingat ya wahai saudara saudari, brothers and sisters, harta yang kita ada ini pun kurniaan Allah. kalau tidak keranaNya, papa kedana lah jawabnya. ditambah pula dengan sikap yang kita ada, papa kedana di akhirat jugalah nampaknya.



harta ini ibarat makanan juga. kita ambil setiap hari dan kita kumpul dalam perut kita. dan semestinya kita perlu buang sebagai najis bukan?? cuba bayangkan kalau terkumpul dengan banyaknya dalam badan kita, tak ke naya jawabnya. macam tu jugalah sifat harta ni. kita boleh kumpul, tak salah pun. tapi, kita kena keluarkan sebahagiannya untuk jalan yang betul.

"jalan yang betul???" macam mana tu?? kami spend harta kami untuk kehidupan harian. makan, minum, rumah, isteri2, anak2. owh, kami tahu. abang mesti nak cakap pasal zakat kan? Alhamdulillah. kami masih ingat pada Allah. kami tetap keluarkan zakat.."

Alhamdulillah. baguslah anda ni. walaupun kaya dengan harta benda dunia, masih juga kaya dengan harta hati ya. MABRUK!! tapi, bukan itu yang ana maksudkan. ana tengok anda ni spend kekayaan tu berlebihan pula. kenapa ya?? maksudnya, harta tu anda spend untuk benda yang kadang2 tu ana tengok tak perlu pun. nak kata kehendak, macam terlebih dari kehendak pula.

macam yang ana sudah nyatakan pada awal post ni tadi, Allah meletakkan syarat bahawa hamba Allah yang sejati ini merupakan orang2 yang membelanjakan harta secara berhikmah. tak boros, dan tak pula kedekut. tak perlu membazir. faham?? sama2 lah kita perbaiki diri. tapi, membazir ni kan, bukan pada harta sahaja. ada banyak cara kita 'boleh' membazir. antaranya:

1. membazir ilmu

ilmu yang kita ada, tapi tidak diamalkan dan diajarkan kepada orang lain untuk kebaikan semua adalah pembaziran namanya.

2. membazir masa

kita melepak2 tanpa tujuan dan 'mencuci mata' macam remaja zaman sekarang di shopping complex pun dikira sebagai membazir. kerana tak membawa apa2 faedah kepada kita.

3. membazir zikir

ya. berzikir pun dikira membazir sekiranya kita berzikir dalam keadaan lalai, tak khusyuk. mulut terkumat kamit berzikir, jari laju di tasbih. tapi, hati terfikir benda lain. itu masalah tu.

4. membazir tenaga

terutamanya orang muda remaja (termasuk ana sendiri). kita seharusnya menyalurkan kekuatan tenaga 'zahir & batin' ke arah yang betul, ke arah yang akan memantapkan lagi agama Allah.

5. membazir dalam ibadat

ana tak maksudkan yang beribadat itu membazir. tapi, dalam nak beribadat itu kita melakukan pembaziran. contoh mudah, berwuduk. kita disunatkan menyapu atau mengalirkan air ke anggota wuduk sebanyak tiga kali. bukannya berwuduk sebanyak tiga kali. kalau nak berwuduk pun kena tiga kali then baru nak solat, kan dah membazir tu.


"sesungguhnya orang2 yang pemboros (membazir) itu adalah saudara2 syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya." al-Isra':27

wallahu a'alam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...