"apa dia??"
"abang ingat tak kawan saya yang datang hari tu kat sini??" "owh, yang mamat pakai topi tu.." menjawab lah ana selepas beberapa ketika nak 'loading' balik.
"ha.. dia tu lah.. takdelah. semalam dia call saya lepas saya balik kerja. tengah nangis2. dah tu, saya tanyalah kenapa dia nangis2 ni. pastu dia ceritalah yang dia balik kampung dua minggu lepas... pastu dia macam terhenti kejap tau.." semangat benar A bercerita.
"then???" curious nak tahu selanjutnya..
"dia cakap yang dia dah mengandungkan anak orang. then, saya pun macam terkejut gilerr la. ingatkan dia main2 ke, saja nak bergurau ke. tapi, dia dah nangis2 tu. so, saya pun terima je lah pengakuan dia tu. pastu, saya tanyalah kenapa boleh jadi macam tu.. kenapa sampai mengandungkan anak orang??"
"then, dia ceritalah yang time tu dia balik kampung dengan abang dia. and dia mengaku yang dia ada ambil ganja tau. then, tahu lah bila dah ambil ganja ni, semua benda pun dah tak ingatlah.. pastu, terus dia buat benda tu" ekspresi muka si A sangat real tika cerita disampaikan...
"astghfirullah. umur baru 19 TAHUN dah ambil ganja. ish3.. dah tu, macam mana boleh kantoi??" ala2 inspektor pula ana bertanya.
"bapa si perempuan tu call bapa kawan saya ni. dia kata diorang dah buat ujian DNA dah. memang ada benih dia. then, sekarang dia kena balik kampung lah. tak tahu kalau kena nikah ke, ape ke..?" A mengakhiri ceritanya..
selang beberapa minggu selepas itu,
"abang, ingat lagi tak pasal kawan saya yang saya ceritakan tu. yang dia mengandungkan anak orang tu. tadi, saya terserempak dengan dia. muka macam happy je.." si A membuka cerita.
"owh mamat @#^&* tu ke?? ingat rasanya. kenapa lak dia happy??"
"tadi.. dia jumpa saya. dia ceritalah yang diorang buat ujian tu. then, dia katalah macam ni 'nasib baik bukan benih aku' .. tu lah, saya pun macam konpius sikit." si A menerangkan.
"aik, hari tu kata memang benih dia. ni bukan pula. yang mana satu ni??"
"mungkin yang ujian yang dulu tu diorang test kat perempuan je kot. so, diorang kata ada benih. sape lagi kan?? and kawan saya ni pun mengaku yang dia ada buat dengan perempuan tu.."
dengan sedikit keliru, ana pun membuat sedikit andaian, "maknanya, kalau bukan benih si mamat ni, ada benih mamat lain lah yang dah masuk ni?? dahsyatnya perempuan tu. hebat juga orang kampung ni...."
___________________________________________________________________
bismillahirrahmanirrahim...
ana memulakan post kali ni dengan sebuah cerita benar yang ana dengar sendiri dari mulut kawan sekerja ana. dan ana sendiri pernah melihat lelaki tersebut. semuanya benar belaka. cuma, watak di atas tidak dinamakan untuk menjaga keaiban.
terdapat beberapa isu yang ana ingin bincangkan bersama anda. yang pertamanya ialah masalah sosial yang makin menjadi. dalam hal ini, terdapat dua masalah iaitu ganja dan perzinaan. seawal usia 19 TAHUN menyalahgunakan ganja adalah amat serius. dan ia bersangkutan dengan maksiat perzinaan. apalah nak jadi dengan manusia zaman sekarang.
first thing yang salah tu adalah ganja. diorang ni tak rasa ke yang diorang ni hanya membazirkan duit semata2 untuk kesenangan sementara. dah lah mahal benda tu. then, menyusahkan diri pula. bila dah khayal tu, segalanya memang dah ingatlah. Tuhan ke mana, dosa pahala ke mana.. ditambah pula dengan berzina. dah topup dosa lagi. memang lah seronok bila buat. tapi, kena ingatlah akhirat jugak.
"dunia ini merupakan penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir"
isu yang kedua ialah kita ni mudah merasa lega apabila dosa dan kesalahan yang kita buat disandarkan kepada orang lain. frasa "nasib baik bukan benih aku" dalam cerita ini menggambarkan bahawa si pendosa ini merasa amat lega apabila zina yang dia lakukan tak perlu dipertanggungjawabkan ke atasnya. bermaksud, si lelaki ni tak payah nak jadi bapa kepada bayi dalam perut si perempuan ini asbab bukan benih dia.
isu yang ketiga ialah perzinaan makin menjadi2. oklah. katakan benih tu bukan si laki ni punya, bermakna ada benih lelaki lain yang dah "buka kilang" dalam rahim si perempuan itu kan. maka, di manakah sifat malu seorang perempuan yang begitu diangkat tinggi dalam Islam?? dah hilang kah?? atau sekadar menjadi "R&R" bagi lelaki melampiaskan nafsu.
tayyib.
wahai sahabat sahabiah, brothers and sisters, muslimin dan muslimat,
"di manakah silapnya?". itu lah yang perlu ditanya pada setiap seorang daripada kita ni. adakah kerana ibu bapa tidak memainkan peranan dengan membiarkan anak bergaul bebas ke sana ke sini??
atau adakah silap langkah para guru yang tidak mendidik dengan baik anak murid mereka?
atau adakah kealpaan masyarakat pada isu2 sebegini yang MUNGKIN menganggap ini hanya perkara biasa dalam kehidupan?
atau salah kerajaankah yang tidak memperhebatkan lagi undang2 kemanusiaan dengan meninggalkan undang2 TUHAN??
atau kelalaian kawan2 kitakah yang tidak membimbing kita ke arah yang benar?
atau mungkin silap kita sendiri yang tidak menjadikan agama sebagai paksi hidup sehari-harian?
sama-sama kita fikirkan..
wallahu a'alam...
3 comments:
jadi apa yang kamu buat pada kawan2 kamu tu?
apela nak jadi zaman skrg. btw, blog kau bole bimbing aku sket2 XD
1st anonymous, since i've met him only once, itu pun before tahu cerita tu, so, i couldn't take any action. all i can do is to ask this girl to give a bit of my advices to him.
2nd anonymous, thnx. do follow my blog.. =)
Post a Comment