Followers

Tuesday, March 22

kematian peluang untuk kembang bisnes?

bismillahirrahmanirrahim..

syukur ke hadrat ALLAH yang masih lagi dengan RAHMATNYA memberi kita peluang untuk merasai kenikmatan iman dan Islam di bumiNYA ini. InsyaAllah.. setelah sekian lama menyepi, kini ana ingin membawa satu kupasan untuk dibincangkan secara dua hala, untuk kita bersama share pandangan, untuk menjadikan blog sebagai wadah sidang ilmu.

tayyib.

dua minggu lepas, ana dikejutkan dengan pemergian datuk saudara ana yang meninggal di Seremban kerana sakit tua. walaupun tak kenal sangat dengan arwah, tapi sebagai saudara ana turut rasa bersedih. so, ana terus "fly" balik ke melaka (meninggal di Seremban, kebumi di Melaka) untuk menziarahi.

sebaik tiba, masih tak ramai orang lagi kerana masih awal pagi. naik ke rumah, bacakan Yassin, ana turun balik untuk melihat gelagat manusia sekeliling. kebiasaannya, di hari kematian seseorang, dapat kita tengok orang menangis, bermuram durja, saling menceritakan kebaikan arwah semasa hidupnya. semua tu dapat ana tengok.

tapi ada juga perkara lain yang ana dapat tengok, yang telinga ana dapat dengar. ana saja2 la jalan2 dekat dengan orang tua2 kat situ. manalah tau, dapat juga sikit2 dengar pasal riwayat atok ana ni. lantas terdengarlah..

"ko tau tak yang %^$%$^#^%^*&&^#_)(*&&..."

dah mengumpat..

"aku ada sorang kawan ni tau. dia boleh tolong bisnes ko ni... bla3... "

dah bukak bisnes pula..

"lighter ada x??"

merokok pulak...

brothers and sisters,

kematian bukanlah satu tontonan atau sebagai sebuah lakonan air mata yang akan berakhir sebaik sahaja habis talkin di kubur. ia bukanlah semata2 untuk kita berziarah, baca yassin sedikit (ada jugak yang datang tengok sahaja..) dan blah begitu sahaja. ia juga bukan pusat untuk kita membuat bisnes, mengumpat atau apa2 saja yang boleh menambahkan dosa.

TAPI IA ADALAH SATU PERINGATAN KEPADA SEMUA. bahawa setiap yang bernyawa PASTI akan merasai sakitnya mati. tak akan terlepas pun. beruntunglah bagi sesiapa yang dapat husnul khatimah (pengakhiran yang baik), dan bayangkan kalau tengah sedap dok mengumpat mengeji orang tu kita pulak yang meninggal (nauzubillah...), maka suul khatimah itu amatlah hina.

wallahu a'alam...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...