bismillahirrahmanirrahim..
orang kata,
kita dalam dunia ni akan ada satu dinding
yang mana akan memisahkan kita
yang akan mempertahankan kita
yang akan melindungi kita
daripada kemungkaran dan kejahatan
mereka kata dinding itu adalah agama mereka
tapi ibu kata
aku tak perlu percaya
sebab mereka tak meletakkan Allah pada dinding itu.
orang kata,
"beb, enjoylah. muda hanya sekali. dah tua nanti barulah pergi masjid"
mereka mengajak kepada dunia berbanding akhirat
aku yang lemah begitu terpesona
sehingga terleka alpa pada tanggungjawab di bahu
tapi ibu kata
aku tak perlu ikut
sebab mereka tak akan menjamin pertemuan aku dengan ibu di syurga.
orang kata,
kita perlu berterima kasih pada ibu bapa
sebab bagi kita makan minum je
kalau diorang kejam tak bagi makan pun
kita still boleh hidup dengan adanya Jabatan Kebajikan Masyarakat
tak gitu??
mereka kata,
tak payah nak pening2 kepala
kalau diorang tua nanti
hantar sahaja di rumah orang tua,
paling tidak nanti ada orang yang jaga.
aku begitu musykil,
lalu aku bertanya pada ibu tentang perkara ini,
tiada jawapan bahkan ibuku tergamam.
mungkin berbangga barangkali dengan anaknya yang berfikiran jauh ini kononnya.
tapi ibu masih tersenyum.
"nak, ibu ada teka teki. macam kita selalu buat dulu2...
ok, bunyinya begini.
dalam dunia ni ada satu hidupan,
keberadaan dia meliputi seluruh gunung, dan ketiadaan dia menakung selautan air.
dia ni hamba hina, tapi dalam masa yang sama juga menjadi guru.
semua hidupan memiliki "si dia" ni,
cuma bergantung kepada cara mereka menggunakannya.
apa "si dia" ni???"
aku pun termenung seketika,
susah benar bunyinya.
seharian aku memikirkannya, siang dan malam.
aku bertanya pada ayah, tiada respons.
aku bertanya pula pada "orang" yang asyik berkata tadi, tiada balasan.
mungkin sahaja aku bertanya pada cikgu
mungkin ada jawapannya.
cikgu yang mendengar melinang air matanya.
"kalau kamu nak tahu, jawapannya ialah ibu"
aku begitu terkejut.
aku makin giat memikirkannya.
apa itu gunung, apa itu laut, hamba, guru??
musykil aku..
akhirnya,
dapat jua ku rungkaikan segalanya.
keberadaan si ibu merupakan semangat
bahkan kekuatan segagah gunung kepada anaknya
tak kira selemah mana jua pun
tak kira sekerdil mana jua pun
tak kira sesihat mana jua pun
tetap setia si ibu pada anak dan keluarga
kehilangan si ibu mencipta
satu suasana hening lagi pilu
yang menadah air mata pemergian yang selautan banyaknya
tiada lagi hilaian tawa
tiada lagi guaru dan senda
tiada lagi belai dan kasih sayang si ibu.
si ibu ini jua hamba keluarga
segala kerja di rumah dilakukannya
meski seletih mana pun pabila pulang dari kerja luar.
tetap sahaja membasuh baju, menjemur kain,
menyapu lantai, menjaga anak kecil,
membasuh pinggan, mencuci najis.
aduhai si ibu....
kau jua seorang guru, yang mendidik serta mengasuh
si anak sejak dalam rahim sekalipun
si ibu tetap setia pada anak dan keluarga
agar berguna pada si ibu, agama dan negara.
malangnya,
si ibu ini tidak meluahkan barang sedikit pun luahan hati
keluh kesah, perit jerihnya,
menanggung derita kerana si anak.
oh ibu, maafkan anakmu,
kerana ibu lah syurgaku.
No comments:
Post a Comment