kali ini, ana nak nukilkan pendek sahaja. sekadar peringatan, dan mungkin sahaja sebagai panduan buat mereka di luar sana yang dalam dilema untuk memilih hala tuju dalam pendidikan. yelah, sekarang kan musim 'budak2 pandai' dilema nak pilih tempat belajar.. hihi
baiklah. sebagai seorang senior (senior la sgt, tua berapa bulan je pon... hahaha), ana dapat banyak respos dari 'adik2' yang sama sekolah dahulu, minta pendapat. tak kurang juga yang bertanya tentang kehidupan di campus... ramai antara yang bertanya tu minta pendapat tentang "matriks or foundation??"
terus terang ana cakap, ana prefer foundation sebab tempat kita di universiti boleh dikatakan dah secure. cuma kita perlu struggle je untuk maintain pointer je. bukannya matriks tak bagus.. semua bagus. hatta, mengaji pondok sekalipun. tapi, untuk lepasan matriks, mereka perlu bersaing kembali dengan pelajar lain untuk mendapatkan tempat di IPT. tapi itu terpulang kembali kepada anda. yang nak belajar anda, bukannya ana.
tak kurang juga yang bertanya pendapat, "parents saya suruh saya ambil course ni, tapi saya tak minat.. saya prefer yang lagi satu ni. macam mana ek?? dilema betul la. antara parents atau masa depan??"
kepada yang menghadapi masalah sedemikian, consult parents anda semula. tanya mereka pros and cons tentang course tersebut. dan minta mereka evaluate opinion anda tentang course pilihan anda. jangan bertindak kasar atau meninggikan suara. dan buatlah pilihan yang bijak.
dan yang paling penting, berdoalah kepada Allah, istikharah banyak2. mintak Dia bukakan pintu hati dan bagi petunjuk kepada anda. selamat maju jaya. kerana ini masa depan anda.
** kepada para pelajar yang mendapat tawaran ke Center for Foundation Studies International Islamic University Malaysia (CFS IIUM), mabruk ana ucapkan. TAHNIAH. anda telah dipilih oleh Allah untuk ke UIA. tak usah bimbang dengan keadaan di UIA kerana ramai brothers and sisters yang akan menyambut anda dalam suasana biah solehah (persekitaran yang baik).
1 comment:
lai lai, uia, lai :D
Post a Comment