Tanggal 16 Mei setiap tahun, jatuhnya hari yang penuh bermakna untuk semua cikgu2 di luar sana. Usaha mereka mendidik dan mengajar amat ana hargai. tak terbalas rasanya semua titik peluh mereka dalam mendidik anak bangsa.
baiklah. kepada semua yang mengenal diri ini terutamanya semua guru2 di luar sana, ana ingin mohon maaf atas keterlanjuran yang ana pernah buat dahulu, sama ada sedar mahupun tidak, kecil mahupun besar, banyak mahupun sedikit, ana hulurkan tangan mohon ampun dan maaf.
kepada semua guru2 yang pernah mengajar ana dahulu di:
Tadika al-Ikhwan, Selangor. (1998)
SK Selayang Jaya, Selangor. (1999 - 2004)
SMK Ideal Heights, Selangor. (2005 - 2007)
SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur. (2008 - 2009)
Center for Foundation Studies, International Islamic University (2010 - present)
tak kisah apa jua gelaran, tak kisah apa jua latar belakang, tak kisah siapa pun dia, mereka tetap guru. hatta yang menunjuk cara membersihkan anjing pun dikira seorang guru. (sila rujuk hadis Nabi yang berkaitan)
"terima kasih cikgu atas semua kerja keras cikgu dalam mendidik saya. mungkin cikgu tak ingat saya tapi saya akan tetap kenal dan ingat setiap seorang cikgu saya. terima kasih juga kerana mengubah saya from nothing to something. mungkin juga cikgu tak mengharapkan ingatan dari anak muridmu ini. tapi, ingatlah wahai para guru. bila kami besar nanti, kami masih akan cakap.. 'itulah cikgu yang mengajar saya dulu..' .. TERIMA KASIH CIKGU"
wallahu a'alam..
No comments:
Post a Comment