Followers

Saturday, May 14

Kahwin : Pandanganku

bismillahirrahmanirrahim..

"apahal nazrin ni tetiba nak cakap pasal kahwin ni?? musykil!!"

bukan apa wahai sahabat sahabiah sekalian. sekadar nak kongsi pengalaman di-interview sahabat ana pasal kahwin. huhu.. and ana nak respons anda semua ek.. alkisah....

Sahabat: (sambil naik eskeleter) wei nazrin, nak tanya sikit la. ko ada makwe tak??

Ana: takda. kenapa ada calon untuk aku ke?? hahaha...

S: uish.. minat ke?? kata tak suka couple2 ni.

A: yelah cik S oi.. dah tu, ko tetiba tanya. gurau je lah..

S: takdelah. aku nak tanya lah. katakanlah ada seorang perempuan ni suka dengan kau, betul2 suka sebab sifat2 kau. tapi usia tak mengizinkan sebab tengah study lagi. apa pandangan kau??

A: soalan cepumas ni. ada hadiah tak?? haha.. hmmm... (berfikir seketika..) ok lah macam ni. kalau perempuan tu betul2 suka dekat aku, ikhlas dengan aku. dia mesti sanggup tunggu kan?? so, aku prefer kalau dia tunggu sampai masa dah habis study nanti, then baru kita nilai balik "suka" dia tu kat aku.

S: kesian giler perempuan tu kau buat macam tu...

A: takdelah. kan dia sendiri kata usia tak mengizinkan. daripada kita berindu-rinduan, berpegang-pegangan. baik kita selesaikan apa yang patut dulu. belajar sampai habis dulu. kalau ada jodoh, and kalau dia percaya kat aku, InsyaAllah, akan dipertemukan. itu semua kuasa Allah..

S: then, kalau dia atau kau beralih arah, macam mana??

A: tu semua jodoh.

S: entahlah la nazrin.. pelik betul kau ni.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

PANDANGAN ANDA???

wallahu a'alam..

2 comments:

Nurul Hudha said...

rasa mcm kenal je cik s tuh. hehe

nazrin syafiq said...

kenal ke hudha?? S tu utk sahabat la.. xde kene mengena ngan nama pon..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...