Leisure sikit kali ni. Ni cerita Thai bertajuk 'Loveaholic'. Dah lama dah cerita ni (tahun 2006) tapi ana baru tengok pagi tadi. Hihi.. Bukan ape. Lagu dia yang ana suka tu. Sedap giler walaupun tak paham apa yang dia cakap. haha
Sinopsis sikit:
Loveaholic menceritakan sepasang suami isteri yang tinggal bersama anak2nya. Si suami merupakan seorang penulis skrip. Seorang yang lucu dan agak selekeh ketika berada di rumah. Si isteri pula seorang yang mempunyai rupa paras yang menawan dan menginginkan kehidupan yang lebih baik. Konflik bermula bila si isteri membuat rawatan sakit puan di sebuah klinik dan berjumpa dengan seorang doktor lelaki yang kacak.
Rasa cinta yang berputik membuatkan si isteri melupakan suaminya, ditambah lagi dengan sikap suami yang terlalu selekeh di rumah membuatkan si isteri muak dengan suaminya. Cerita ini semakin tragik apabila si isteri terjumpa resit rumah urut dalam poket seluar suaminya. Dalam masa yang sama, si suami terjumpa diari isterinya yang menceritakan percintaan isterinya itu dengan doktor tersebut.
Setelah dua2 kantoi, si isteri mengambil keputusan untuk berpisah kerana tidak dapat memaafkan dirinya sebab berlaku curang. Dalam keadaan sedih, dia memandu dengan laju sehingga terbabit dalam satu kemalangan. Si suami pula semenjak ketiadaan isterinya asyik terbayang2 kehadiran isterinya itu. Dia musykil kerana selalu ternampak isterinya di rumah. Semakin sahih lagi apabila gambar isterinya yang mati itu berada dalam foto yang diambilnya.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, tontonlah movie ini.. hahaha.. Tapi seriusly cerita ni memang BEST! Sedih gila. Romantik komedi. Seram tu sikit2 je.. terbaik!
p/s: kadang2 kita perlukan leisure jugak. Yedak??