Tika mana ana sedang menaip ini, ana sedang berada di kampung di Melaka. Keghairahan nak pergi melancong dengan family di Penang bertukar kepada sesuatu yang amat bersejarah dalam hidup ana sendiri. Pernah tak anda semua pergi Penang dari KL, then balik semula ke KL dalam masa satu hari?
Ana dan family bertolak ke Penang dari KL pada pukul 9 pagi 31 Disember 2011 (sabtu). Dalam 3 jam perjalanan tu, maka sampai la kami di Pulau Pinang (tanah besar). Kami singgah makan dulu sebelum naik feri untuk ke pulau. Tengah syok2 makan, tetibe:
"Epit, Nek Lang masuk hospital (area Klang). Kene tahan wad..." Mak bagitau lepas terima panggilan telefon.
Ana pun macam, "Ala.. yeke. So??"
"Tu lah. Mak pun tak tau macam mana ni. dah jauh dah ni.."
So, kami sekeluarga buat keputusan untuk teruskan perjalanan ke Penang. Dan akan melawat Nek Lang sekembalinya kami dari Penang nanti. Sepanjang perjalanan tu, kami berdoa agar tiada apa2 yang berlaku di sana.
So, kami pun meneruskan perjalanan ke Batu Feringghi yang sepatutnya mengambil masa dalam setengah jam je dari jeti. Tapi sebab malam tu New Year, so masa tu ter-extend ke 2 jam! Masa tu, kami sekeluarga sampai di Batu Ferringghi pukul 4 macam tu. Check in dan rehat2 jap. Dalam pukul 5.30 camtu, tetibe:
"Epit, Nek Lang dah meninggal..."
Sayu hati ni mendengar khabar tersebut walaupun ana ni tak la rapat pun dengan Nek Lang tu. Family Meeting. Then, kami decide untuk balik malam tu jugak. Kemas2 barang, pukul 6 check out. Yeah! Tak pernah dalam hidup stay kat hotel 2 jam je... Nasib baik hotel tu tak mahal sangat. Agak2 cikai gak hotel tu. Tapi tak boleh nak refund la sebab dah booked online kan.. So, nak buat macam mana. Dah takde rezeki..
So, tengah2 jalan tu pulak, on the way nak ke jambatan Pulau Pinang tu kami cadang nak singgah Kedai Pak Ali nak beli jeruk madu kat situ. Al kisah, disebabkan traffic jam yang terlalu kaw2 punyer, kami stuck dalam 3 jam macam tu. Then, sampai kat kedai tu, tutup pulak! Sangat menduga. Mungkin takde rezeki kami kot..
Dengan rasa agak kecewa, pandang jam pukul 9 malam, singgah R&R Juru makan jap. Makan apa yang patut, then balik. Sampai rumah pukul 2 pagi!! Amat menduga betul hari tu.. Kami ber-New Year dalam kereta la malam tu.
Esok paginya, 1 Januari 2012, pukul 8.30 pagi kami bergerak ke Klang sebab nak kebumi pukul 10 pagi. Disebabkan kami ni tak biasa nak pergi ke Klang tu, so sesat la pulak. Kami pusing2 area bandar Klang tu nak dekat sejam. At last, jumpa jugak. Alih2, jumpa rombongan jenazah on the way ke tanah perkuburan. Selesai kebumi, kami balik pulak ke Melaka sebab nak hantar Nenek balik..
p/s: kita hanya boleh merancang, Allah juga menentukan segalanya. Berbaik sangkalah terhadap takdirNya...
1 comment:
boleh pulak kau jawab 'ala, yeke, so ?' HAHHAHA
Post a Comment