Followers

Monday, December 31

Bye 2012, Hai 2013

bismillahirrahmanirrahim..

Dalam 'huru-hara' Kiamat yang disangka-sangka akan berlaku pada 21 Disember lepas, aku masih lagi bertarung untuk memerah otak untuk hadapi final exam. Dan kini aku masih lagi menunggu ketibaan lagi 7 paper final exam untuk di-mengarut-kan. Banyak la weyh!!

Ok. Yang atas ni selingan je. Nak abaikan pun takpe. Tapi korang dah baca kan, kira halal la ek.. haha

Tinggal beberapa jam lagi, 2012 bakal melabuhkan tirainya. Banyak benda yang berlaku dalam 2012 ni terhadap dunia ni dan aku sendiri. Nak dipendekkan, aku telah hadapi 2012 ni dengan macam-macam peristiwa. Antaranya:

1. Aku graduate dari CFS IIUM. 

2012 menyaksikan aku telah menjadi graduan Pusat Matrikulasi IIUM kat PJ nuh. Banyak benda yang aku belajar. Cara berorganisasi, komunikasi, cara nak dapat stress.. haha. Memang best la kat PJ nuh..


2. Kerja sebagai Cashier. Lagi!!

Buat kali ketiganya aku kerja sebagai cashier kat Parkson Selayang Mall. Aku pun taktau kenapa aku asyik lekat nak kerja kat situ je. Mungkin boleh perasan kaya jap kot, pegang duit banyak2 kan.. hahah

3. Aku jadi Student Degree

Pertengahan tahun 2012, aku dah daftar masuk sebagai student Degree of Pharmacy. Degree weyh!! Bukan bangga, tapi nak habaq mai kat hangpa semua. SUSAH WEYH!! Tapi kalau tak susah, bukan study namanya tu.. yedak? hahha


4. Peneman Hati

Aku dah terjumpa seorang peneman hati yang baik sepanjang 2012 ni. Orang nya siapa? Biarlah rahsia.. hahah


Tak banyak yang aku boleh kongsikan sebab aku nak sambung balik study Physiology ni. haha. Apa2 pon, aku nak wish kat hangpa semua HAPPY NEW YEAR la ek.. Moga2 tahun 2013 nanti takde la pulak orang nak ramal Kiamat berlaku bila.. hahha. Tu semua ketentuan Allah, kita just prepare untuk tu je la. Ok? Adios~

notakaki: Semua orang nak ada azam baru time New Year ni.. tapi azam baru aku dah ditanam waktu Awal Muharam hari tu,, =) Tapi taktau la bila nak dilaksanakan tu.. hmm..

4 comments:

diba adibah said...

ehem..peneman hati tuh..bila boleh makan nasi minyak nieh?? ^^

Nazrin Syafiq said...

nasi minyak?? hahha,,, nnti beta jemput diba dtg istana ye,, hahha

diba adibah said...

wah..boleh masuk istana..guane lah rupenye tuh...bila ye?? haha

Nazrin Syafiq said...

erk... tunggu dapat perutusan dr pihak istana la.. hahahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...