Followers

Wednesday, January 28

Semester 1, 2014/2015: A Bless

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah wa syukurillah..Selepas berjam-jam refresh portal UIA yang agak lembab tu, akhirnya dapat juga log in ke portal dan tengok result untuk semester lepas.

#alhamdulillah

Itu ayat pertama yang keluar dari mulut aku bila tengok result aku ni. Bukan untuk berbangga, tapi bersyukur. Betapa sakitnya untuk menimba ilmu based on pointer ni. Yup. Tak dinafikan, towards the end of the semester, sesetengah subjek aku dah mula untuk ber-zombie menghafal segala yang ada, terutamanya Dosage Design 2. Yup. I kinda dislike the subject.


REVIEW

Sedikit review tentang subjek semester lepas.

1. Entrepreneurship 2
Ni Sambungan kelas Entrep 1 pada semester lepas. Kelas ni best jugak. Release stress sket..


2. LS
Subjek ni sangat interesting. Aku suka sangat sebab bagi kebebasan untuk aku cari pasal ilmu yang aku nak, sedalam mungkin. Aku buat tajuk pasal Stem Cell, which memang tak diajar dalam kelas. So, aku kene cari pasal tajuk ni sedalam mungkin. I kinda like it. Best dapat belajar macam tu.

3. PK
Ok. Subjek ni aku tak berapa berkenan sangat sebab aku rasakan subjek ni sangat bersangkut paut dengan PHYSICS. Ohmai... I hate physics

4. HPP
Subjek ni best. Sebab dia reflect apa yang seorang pharmacist perlu buat time kat hospital nanti. Though credit dia 2 je dan workload dia sangat berlambak, tapi it's still good to have this subject

5. GIT
Subjek biasa untuk Body System. Alhamdulillah.


6. ENDOCRINE
Ok. Subjek ni la aku rasakan paling tough untuk Body System. Sebab nota dia,, MasyaAllah.. Setebal 2 3 buku sekolah menengah. Haiyoo.. Dan tak dinafikan, bila dah nota tebal2 ni, aku dah mula la letak target. Target untuk tinggalkan nota yang aku rasa takkan masuk. haha

7. DD2
Dah cakap kat atas tadi. Aku tak suka sgt subjek ni. Tapi Alhamdulillah. Still can make it.. =)

8. RIP
Ok. Subjek ni memang RIP (baca: Rest In Peace). Workload banyak. Assignment makan masa hampir seluruh semester. Essay untuk final exam hampir separuh total markah untuk subjek ni. Haish.. Apakah??Subjek bagi aku agak new dan pelik. Lecturer.. Hmm.. ok je..

9. PT
Subjek ni agak mencabar bagi aku. Susah untuk interpret. Tapi sangat berguna time kerja nanti..


Overall, Alhamdulillah. Maybe semester lepas Allah belum lagi bagi aku the REAL ujian untuk aku. Next, semester, The Toughest Semester, Clinical Semester, plus busy dengan IPHA.. May Allah eases me and also my friends.. Amiiin



footnote: Sabar dan redha itu penting. Focus and get your things and schedule in order are MUST! No matter how good you are, always plan your day. Especially during exams.. =) Cheerios..

Monday, January 19

IPHA Election 14/15: My Story

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Lepas 6 bulan menyepi dalam blog ni, akhirnya jari-jari ini kembali menari-nari atas keyboard blogger ni. Bukan menjadi keyboard warrior, tapi sekadar berkongsi rasa isi hati yang penuh dengan cerita yang nak aku kongsikan.

#cukupdenganintroyangpanjang

Awal bulan 12 tahun lepas, di Kulliyyah Farmasi UIA Kuantan telah berlangsungnya pilihanraya Kulliyyah untuk melantik barisan kepimpinan baru dalam Kulliyyah Farmasi ini. Dan pilihanraya ini yang telah mencorak hidup aku pada saat ini


Sekali lagi, nama aku tercalon untuk barisan Main Board IPHA buat kali ketiganya. Teringat saat aku dalam tahun pertama dulu. Nama aku tercalon untuk post Assistant Secretary IPHA, dan aku telah dipilih. Samada mereka memilih atas pilihan sendiri, atau mereka tidak kenal pon sapa aku ni, atau pon sekadar "Boleh la dia ni. Macam banyak je pengalaman Secretary dia ni.."

Dan tahun itu merupakan tahun pengalan aku kepada IPHA dan aku banyak sangat belajar tentang mengendalikan program sebegai seorang mahasiswa. Berlainan dengan pengendalian program sebagai student

Tahun kedua aku di Kulliyyah menyaksikan aku tercalon untuk jawatan Vice President 2 IPHA, yang mana pada pemilihan kala itu aku tertewas dengan Aiman Abibullah. Tidak kecewa. Tapi sedikit syukur kerana aku tidak terikat dengan mana-mana jawatan dan aku bebas untuk join mana-mana biro yang ada

Tahun ini, tahun ketiga aku menyaksikan sekali lagi nama aku tercalon untuk merebut jawatan Main Board IPHA, yang mana jawatan ini aku tidak terbayangkan langsung untuk aku pegang erat. Kerana apa? Kerana aku dapat merasakan saingan ku itu lebih hebat kepimpinannya.

Dan di akhir pemilihan itu..


Aku terpilih untuk menyandang jawatan Main Board IPHA, dan setelah syura..

Aku dipilih untuk menyandang jawatan President IPHA yang ke-11 bagi sesi 2014/2015. Aku sedikit tergamam.

Aku tidak akan menidakkan keputusan majoriti ahli Kulliyyah, Dan aku tidak merasakan perasaan inferior itu patut ada di kala jawatan pemimpin digalaskan di atas bahu kita. Maka, aku akan teruskan langkah bersama barisan kepimpinan yang lain.

Cuma aku bimbang. Khuatir. Takut. Keberadaan aku ni lagaknya ala-ala "bossy". I was once a perfectionist. And I can't stand a mistake done twice. But people make mistakes. So do I. Hence, I need to adapt to this.


Yet, leadership is a lesson of life. I aim to gather experiences as much as possible. And educate people around me from what I have knowledge about. It's give and take I could say. So, I hope for the best for this tenure.

notakaki: Lama dah tak memimpin organisasi besar. Cuak weyh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...