Followers

Wednesday, December 22

Jangan kotorkan politik

bismillahirrahmanirrahim..

“POLITIK?? Ah.. malaslah nak ambil tahu. bukannya ada kena mengena dengan aku pun..”

“ah.. bosan dengan politik ni. Asyik rasuah, main kotor.. itu dan ini.. hish..”


Mesti ramai antara kita ni yang agak prihatin dengan situasi politik kan?? Paling kurang pun, kita kenal siapa pemimpin kita dan apa yang dia lakukan untuk masyarakat. So, apa masalahnya sekarang?? Tahu tak dalam Islam ada pasal politik ni??

Ya.. kita tak boleh cakap yang agama dan politik tak boleh dicampuradukkan. Siapa kata?? Islam kita ni tertegak pun disebabkan juga oleh factor politik selain factor2 lain yang ada. Lihat sahaja, ketika Rasulullah sampai di Madinah, baginda menjadi ketua negara yang menaungi Madinah. Dan, terbukti bahawa Islam tertegak kukuh dengan adanya pemerintahan Islam.

Tiada masalah pun kalau sesuatu negara atau kawasan tu terdiri daripada berbilang bangsa dan adat. Tapi, pemimpin yang berkuasa sepatutnya, malah sewajibnya Islam dan memerintah berdasarkan syariat Islam.. bukannya syariat perlembagaan.

“salahkah kalau kita pilih pemimpin untuk sesuatu tempat tu dari kalangan orang bukan Islam??”

Tak salah pun (ini dalam kes kalau majority masyarakat merupakan bukan Islam) Asalkan dia faham akan kepentingan memerintah secara Islam dalam masyarakat. TAPI, orang Islam adalah lebih berhak untuk mendapat jawatan tersebut sebab hanya orang Islam yang beriman sahaja yang memahami syariat Islam. Walau apapun, adalah DILARANG untuk kita mengangkat orang bukan Islam sebagai pemimpin, terutamanya pemimpin tertinggi.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan teman orang yang di luar kalanganmu (agamamu) sebagai teman kepercayaanmu, (kerana) mereka tidak henti-henti menyusahkan kamu..” (Ali ‘Imran : 118)

Berbalik kepada politik, senang cerita di Malaysia sendiri. Banyak sangat politik kotor. Tak kisahlah mana-mana parti sekalipun. Ini lah yang kita katakan sebagai pemimpin yang memipin secara batil. Sebab apa??


Bila kita ada suatu kuasa, ia sewajarnya dipegang sebagai amanah untuk kita galas. Bukan amanah yang kita boleh “galaskan” atas bahu orang lain dan kita bersenang lenang. Menjadi pemimpin adalah tanggungjawab untuk kita dan kita akan dipertanggungjawabkan di Akhirat kelak atas apa yang kita lakukan. Pemimpin seharusnya berilmu dalam agama Islam supaya pemerintahan yang diwujudkan berlandaskan Islam, dan bukannya meletakkan “Islam buatan sendiri” sebagai keutamaan.

Tayyib..

Kita kecilkan skop sedikit. Kalau anda diberi suatu jawatan, mahukah anda menerimanya?? Sanggupkah anda?? Kenapa ya dan kenapa tidak??

“saya nak jadi pemimpin supaya saya dapat bersama-sama menegakkan syiar Islam.. insyaAllah..”

Tapi, ada sahaja yang cakap..

“dulu di Mekah, Rasulullah tak layan pun pasal politik2 ni. Padahal, baginda ditawarkan pangkat. Kalau nak sebarkan dakwah, boleh je baginda terima jawatan tu, then tegakkan Islam. Kan lagi senang. Tapi, nabi tolak je.. so, buat apa nak jadi pemimpin??”

Ha.. itu kena dibetulkan. Nabi ketika ditawarkan pangkat ketika itu, Nabi diberi pilihan sama ada untuk menerima pangkat atau meninggalkan dakwah. Dan amat mustahil bagi Nabi untuk tinggalkan dakwah. Jadi, pada masa itu, amat tidak perlu untuk Nabi menerima pangkat tersebut.


Di Malaysia ni, hukum hudud memang tak boleh dibuat LAGI. Kerana apa?? Sebab cuba tengok sekeliling kita. Berapa ramai yang tak tahu apa itu Islam? Berapa ramai yang tak tahu macam mana itu hudud? Berapa ramai yang masih tak tahu cara Islam dalam pemerintahan?? Maka, dalam hal ini, suasana Islam wajib untuk diwujudkan terlebih dahulu.

Suasana Islam atau Biah Islamiyyah perlu ada dulu sebelum hudud boleh dilaksanakan dan ia ambil masa yang lama. Kita tak boleh untuk terus wujudkan system hudud secara mendadak dan ini akan menimbulkan rasa bahawa Islam ini kejam. Bila masyarakat dah paham Islam dengan sebetulnya, barulah boleh buat hudud. Bukan untuk melengahkan hukum, tapi hukum itu perlu disertai dengan proses pengIslaman sebenar dahulu.

Kepada para pemimpin, tak kisah dibahagian mana sekalipun, anda perlu sedar bahawa anda ada tanggungjawab. Anda ada kuasa. Anda boleh arahkan sesuatu dengan mudah. Maka, gunakanlah kesempatan itu untuk menyampaikan dakwah. Wujudkan ciri2 Islam dalam pemerintahan.

Ingat, kita ada misi iaitu KHILAFAH ISLAMIYYAH. Kita mesti tegakkan system kepemimpinan Islam. Untuk apa?? Untuk agama Allah. Tinggalkanlah rasuah. Tinggalkanlah benda keduniaan ni. Politik untuk dunia dan juga akhirat. Tak salah buat sesuatu untuk menaikkan bangsa, tapi tindakan itu mesti juga menaikkan Islam.

Wallahu a’alam...

Tuesday, December 21

hidup itu bagaikan lautan

bismillahirrahmanirrahim..

hidup ini bagaikan lautan. ia tidak pernah sunyi daripada dipukul ombak. adakalanya hidup kita ini tinggi, adakalanya juga hidup kita ini rendah. kadang2 ombak yang kita terima kecil, boleh kuis dengan kaki saja. tapi bila datang tsunami, bagai tak cukup tanah untuk kita melarikan diri..

begitulah perumpamaan kita dalam hidup ini. selalu kita katakan bahawa hidup perlu senang selalu. tak payah nak fikir macam2. fikir pasal kita2 je dah la.


ikhwah akhawat fillah,

kalau kita renung kembali kepada kalam Allah dalam surah al-Mulk yang selalu kita baca sebelum tidur (InsyaAllah...), dipermulaan surah, Allah ada mention pasal kehidupan manusia. yang mana, itu merupakan sebahagian daripada suasana tugasan kita hidup di dunia ni.. ya.. TUGASAN.. Allah menciptakan kita bukan untuk bersorak sorai di bumi Allah sambil membuat maksiat kepadaNya setiap masa.

tapi, kita ada "mission" yang perlu kita selesaikan. tak lain tak bukan ialah untuk capai Jannah dan redha Allah yang juga 'aim' kita di akhirat kelak. dan di sepanjang 'mission' kita ni, kita dihalangi banyak cabaran, direntangi pelbagai dugaan, hanyalah untuk kita ni tahu bahawa ujian ini untuk menjadikan kita lebih berusaha keras melakukan amal soleh.

"Mahasuci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun" (al-Mulk : 1-2)


Dan ujian untuk kita tu bukan untuk kita keluh-kesah-kan. bukan untuk kita gelisahkan, jadi teruslah berharap pada Allah.

"saya ni dah penatlah dengan ujian Allah ni. perit sangat. kenapa Dia hidupkan saya kalau Dia nak uji saya? kenapa saya pulak yang dipilih untuk hidup? ni bukan pilihan saya"

ikhwah akhawat sekalian,

ana nak tanya, kenapa kita perlu berfikir sedemikian? pernah tak kita fikir bahawa kenapa kita diuji sedemikan rupa? padahal Allah Maha Mengetahui apa yang mampu, apa yang kita sanggup
.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,”Kami telah beriman? sedangkan mereka tidak diuji ?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta.” (Al-Ankabut : 2-3)

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,” (Al-Baqarah : 286)


"tapi apa yang saya mahukan semua tak dapat. padahal, saya dah jumpa kaunselor, dah tanya parents, dah doa, dah usaha. tapi kenapa saya masih tak dapat jugak? ini tak adil.."

ha.. pernah anda fikir kenapa anda tak dapat apa yang diinginkan?? kita sememangnya tak tahu apa yang akan berlaku. boleh jadi apa yang kita nak tu, tak baik untuk kita. sebab tu lah Allah tak bagi, kan Dia Maha Mengetahui.. jadi, REDHA saja lah..

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah : 216)

"walau apapun, saya memang tak tahan lagi dengan semua ni.."


jangan begitu saudara ku. kita ni mesti sabar, tak kira apa jua ujianNya... InsyaAllah.. kita akan dikurniakan sebanyak2 rahmat dari Allah. jangan pernah putus asa..

“……dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Yusuf : 12)

wallahu a'alam...

Thursday, December 16

Hari Asyura

bismillahirrahmanirrahim..

Salam hari Asyura kepada seluruh umat Islam. Ya, 10 Muharam merupakan hari Asyura. Maka, sinonim sungguh la untuk kita berpuasa sunat pada hari ni. Sesuai benar la seperti sabdaan Nabi:

Dari Ibnu Abbas r.a: “sabda Rasulullah s.a.w : Berpuasalah kamu pada hari ‘Asyura (10 Muharram), dan bezakan kamu dengan orang-orang yahudi (yang hanya berpuasa 10 Muharram sahaja), hendaklah kamu berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya”

Menurut catatan Imam al-Ghazali dalam Mukasyafatul Qulub, tarikh 10 Muharram telah berlakunya peristiwa:

1. Terbunuhnya Saidina Hussain di Karbala’

2. Diterima taubat Nabi Adam a.s

3. Dicipta Nabi Adam a.s

4. Dimasukkan Nabi Adam a.s ke dalam syurga

5. Dicipta Arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang

6. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s

7. Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s daripada api Namrud

8. Selamatnya Nabi Musa a.s dan pengikutnya

9. Lemasnya Firaun

10. Dilahirkan Nabi Isa a.s

11. Diangkat Nabi Isa a.s

12. Diangkat Nabi Idris a.s ke langit

Dan banyak lagi peristiwa yang berlaku.. semuanya dengan kehendak Allah s.w.t. so, dah alang-alang hari yang baik (bahkan setiap hari ialah hari yang baik) dah datang, kita “balun” la semua sunah2 Rasulullah dan perkara2 sunat yang kita tahu. antaranya:

1. Bersedekah

2. Berzikir

3. Menahan diri dari marah

4. Menolong orang dalam kesusahan

5. Mandi sunat

6. Banyakkan baca al-Quran

7. Solat sunat..

Dan sebagainya.. jadi, APALAGI!!! peluang dah depan mata. Kita raih lah redha Allah dengan sebanyak2nya..

Wallahu a’alam..

Monday, December 13

Kita bukan di negara Islam

bismillahirrahmanirrahim..

Kita kan kat Malaysia. Negara yang ramai orang Islam. Kita patut bangga jadi warganegara di sebuah negara Islam yang maju. Wah!!! Bangga sungguh kita.

Ada juga yang kata, “kita cukup Islam apa kalau nak dibandingkan negara Islam lain yang bermacam-macam aliran kat timur tengah tu..” CUKUP??? Kenapa perlu ada perkataan CUKUP tu?? Kenapa?? Islam tu boleh jadi separuh2 ke??

Sedarlah wahai saudaraku sekalian. Kita ni sebenarnya bukan di negara Islam. Betul. Ana bukan nak bercakap tentang politik dan sebagainya. Tapi, ana nak cakap sesuatu yang hak, yang betul, yang reality. Seperti yang dikata, “katakanlah yang benar walaupun pahit.”


Kita ni sekadar berada di dalam NEGARA ORANG ISLAM saja. Ada beza yang besar tu. Kita cuma ramai orang Islam, tapi tak ramai yang betul2 Islam. Mana letaknya Islam kita di negara yang kita declare dan canangkan kepada dunia yang kita ni “NEGARA ISLAM”?? Pada kad pengenalan saja ke?? Atau kalau nama kita mula dengan Muhammad atau Abdul tu, kita dah dikira Islam??

Mana ukhuwah Islamiyyah yang Nabi dah wujudkan 1400 tahun lebih dulu?? Mana ucapan “ASSALAMUALAIKUM” yang begitu mulia dan sebagai doa kita tu?? Kat mana semua tu?? Hanya tertulis dalam Al-Quran saja ke?? Ni lagi satu, kalau kita ni suka hati saja nak gelar kita ni ada “daulat negara Islam”, mengapa Islam kita perlekehkan?? Kenapa?? Adakah kalau kita tengok ada orang bukan Islam cakap sesuatu yang buruk pasal Islam, mula kita nak melenting tak tentu pasal?? Macam tu ke?? Atau kita hanya senyum, paling tidak pun geleng kepala bila tengok remaja Islam kita sendiri ni lagi ramai kat disko2 yang bersepah-sepah kat “negara Islam” ni kalau nak dibandingkan kat masjid2 yang juga banyak bertaburan??


Itu baru individu.. belum tengok masyarakat lagi. Mana semangat kejiranan kita?? Ada kita ambil tahu pasal jiran kita?? Sakit dia ke, gembira dia ke?? Yang kita tahu, bila time nak ngumpat, kita tahu jiran kita partner yang terbaik untuk kita share dosa sekali. Itu belum masuk pasal PHD yang sering bersangkutan kat hati ni. Jeles tengok jiran ada TV flat screen, iri hati tengok anak jiran lagi terer berbanding anak kita, dengki tengok jiran sebelah beli kereta baru.. apa semua ni?? Sedarlah wahai umat Islam sekalian.


Kalau nak cakap pasal pemimpin ni, bak kata orang, kena slow2 sikit. Takut masuk ISA. Tapi, bila masa kita ni rasa nak takut dengan dosa yang sentiasa dicatat Raqib dan Atid yang 24/7 menemani kita?? Tak ke bersubahat tu kalau kita ni tak tegur pemimpin Islam yang tak macam Islam tu?? Bukan kita nak jatuhkan pemimpin, Cuma nak tegur je. Kita pulak, tak perlulah maki hamun pemimpin kita.

Balik kepada kepemimpinan Islam kat negara tercinta kita ni. Sekali lagi, kita MASIH belum capai status negara Islam. Kenapa pemimpin perlu letak Al-Quran dan Sunnah lebih rendah dari perlembagaan?? Sempurna ke perlembagaan tu??? Kadang2, ada juga terdengar perlembagaan perlu diubah. Kalau guna Quran, tak payah nak ubah. Kan senang.. hebat sangat ke kita ni kalau kita yang dipilih sebagai Khalifah ni merendahkan perintah Allah?? Ni pulak, menggatal sangat nak edit perintah Allah tu. Dengan hududnya, qisasnya.. kan sempurna tu. Cuba praktikkan. Gerenti negara ni aman. Ni, potong tangan sikit, kata boleh buat sup tulang. Itu orang Islam kita yang cakap tu. Mana pergi akal waras kita ni?? Fikirkanlah..

Ni pulak pasal fanatic bangsa. Paling hangat sekarang ni, ketuanan melayu. Ana tak nak la bahaskan pasal melayu kat sini. Nanti jadi kecoh pulak. Kita ni asyik bising yang “ketuanan melayu” kita ni dikacau, tak ikut perlembagaan la. Itu dan ini. Tapi, mana pulak kita letak muka kita ni bila Islam kita dikacau?? Dimana “ketuanan Islam” kita?? Bukan ke Islam pun disebut sebagai agama rasmi negara?? Berbeza ke perlembagaan “melayu” tu dengan yang Islam ni?? Ana pun melayu juga, tapi ana lagi sensitive kalau Islam ni jadi “bahan” pihak tertentu.



Ingat wahai saudaraku sekalian. Ana tak mahu rendahkan sesiapa, tapi ana tak sanggup “sesiapa” tu merendahkan Islam. Tak patut tu. Kita selalu gunakan istilah yang kadang2 kita anggap kecil, tapi impaknya sebenarnya besar. Kita guna istilah “negara Islam”. Kita yang kat dalam ni pandailah nak nilai. Kalau orang luar?? Kalau orang bukan Islam?? Tak ke Islam tu dipandang rendah?? Bak kata tu, INDAH KHABAR DARI RUPA...

Ayuhlah kita tegakkan Khalifah Islamiyyah yang dah runtuh hampir 90 tahun yang lalu. Kita wujudkan satu system Islam yang mantap dulu, baru declare kita negara Islam. Kita mulakan dari diri sendiri dulu. Tak mintak tukar secara drastic. Kita perlukan masa untuk berubah. Berusahalah..

wallahu a'alam...

Saturday, December 11

Muharram Bukan Bulan Hijrah

bismillahirrahmanirrahim..

Salam ma’al hijrah kepada anda semua yang masih lagi mengikuti blog ini. Alhamdulillah... semoga dengan tahun baru ini, bahkan dengan setiap hari baru sekalipun, kita terus menerus pertingkatkan keimanan dan kesyukuran kita kepada Allah..

Mungkin sahaja di luar sana tertanya, “kenapa Muharram bukan bulan hijrah??” sedangkan semua orang difahamkan dengan perkara ini. Semua mempunyai mindset bahawa Hijrah mesti dikaitkan dengan tahun baru, penghijrahan Nabi dari Mekah ke Madinah dan juga bulan Muharram. Tanya sahaja kepada adik2 kecil kita, “bila Nabi berhijrah??” “Nabi berhijrah ketika bulan Muharram sebab bulan itu tahun baru hijriyah..”


Ha... di sini, ada sesuatu yang perlu diperbetulkan. Sebenarnya:

1. Nabi tak berhijrah pada bulan Muharram. Bulan Muharram dipilih oleh Amirul Mukminin Umar Al-Khattab sebagai bulan pertama dalam calendar Islam. Dan pemilihan ni bukannya berdasarkan tarikh atau bulan Nabi berhijrah. Ramai antara kita ni yang dah salah faham tentang bulan penghijrahan Nabi ni.

2. Fakta sebenarnya ialah Nabi berhijrah bersama Amirul Mukminin Abu Bakr As-Siddiq hujung bulan Safar, 14 tahun lepas nabi jadi Rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada 1 Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. (rujuk: kitab al-Rahiq al-Makhtum, Syeikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfuri)

3. Kenapa Umar al-Khattab pilih Muharram sebagai bulan pertama??? Sebab time ni kan umat Islam baru sahaja selesai tunaikan haji. So, bukanlah disebabkan Nabi berhijrah bulan tersebut. Muharram hanyalah bulan pertama dalam calendar Islam sahaja.

Kata Muhammad bin Sirin:

Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”.

Jawab Umar: “Cadangan yang baik”.

Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”.

Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w,

ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain.

Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah.

Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”.

Ada yang mencadangkan Ramadan.

Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”.

Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama.

(al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).

Nah.. sudah terang bukan.. bukan apa. Nak betulkan fakta sahaja. Bagus kalau kita fikirkan tentang penghijrahan Nabi dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh umat Islam waktu itu. Malah, sewajarnya kita mencontohi mereka yang sanggup berkorban demi saudara seaqidah. Cuma, kita tidak sepatutnya berpegang pada sesuatu yang tak betul, kan??

“tapi, bukankah orang arab dahulu tak gunakan kiraan tahun. Diorang kan guna kiraan bulan sahaja. Setahu saya, orang bukan Islam yang mulakan dulu guna kiraan tahun ni. Boleh ke kita ikut cara orang kafir ni??”

Boleh. Apa salahnya. Kalau kita ambil sesuatu yang dimulakan oleh orang bukan Islam, sesuatu yang bermanfaat bagi umat Islam, tiada salahnya. Kiraan tahun memudahkan kita juga untuk merancang sesuatu mahupun dalam menentukan tarikh yang tepat, dan sebagainya. Cara ini telah memudahkan pentadbiran sejak zaman khalifah-khalifah Islam sehingga lah ke hari ini.

Berbalik kepada ma’al hijrah. Ayuhlah kita AZAM kan diri ini untuk SETIAP HARI memperbaiki diri dan amal. Jangan kita ni asyik azam itu ini, tapi tak pernah nak usaha ke arahnya. Bak kata Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin:

“Kebaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan.”

Sumber : Minda Tajdid

Wallahu a’alam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...