Salam ma’al hijrah kepada anda semua yang masih lagi mengikuti blog ini. Alhamdulillah... semoga dengan tahun baru ini, bahkan dengan setiap hari baru sekalipun, kita terus menerus pertingkatkan keimanan dan kesyukuran kita kepada Allah..
Mungkin sahaja di luar sana tertanya, “kenapa Muharram bukan bulan hijrah??” sedangkan semua orang difahamkan dengan perkara ini. Semua mempunyai mindset bahawa Hijrah mesti dikaitkan dengan tahun baru, penghijrahan Nabi dari Mekah ke Madinah dan juga bulan Muharram. Tanya sahaja kepada adik2 kecil kita, “bila Nabi berhijrah??” “Nabi berhijrah ketika bulan Muharram sebab bulan itu tahun baru hijriyah..”
Ha... di sini, ada sesuatu yang perlu diperbetulkan. Sebenarnya:
1. Nabi tak berhijrah pada bulan Muharram. Bulan Muharram dipilih oleh Amirul Mukminin Umar Al-Khattab sebagai bulan pertama dalam calendar Islam. Dan pemilihan ni bukannya berdasarkan tarikh atau bulan Nabi berhijrah. Ramai antara kita ni yang dah salah faham tentang bulan penghijrahan Nabi ni.
2. Fakta sebenarnya ialah Nabi berhijrah bersama Amirul Mukminin Abu Bakr As-Siddiq hujung bulan Safar, 14 tahun lepas nabi jadi Rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada 1 Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. (rujuk: kitab al-Rahiq al-Makhtum, Syeikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfuri)
3. Kenapa Umar al-Khattab pilih Muharram sebagai bulan pertama??? Sebab time ni kan umat Islam baru sahaja selesai tunaikan haji. So, bukanlah disebabkan Nabi berhijrah bulan tersebut. Muharram hanyalah bulan pertama dalam calendar Islam sahaja.
Kata Muhammad bin Sirin:
Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”.
Jawab Umar: “Cadangan yang baik”.
Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”.
Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w,
ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain.
Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah.
Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”.
Ada yang mencadangkan Ramadan.
Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”.
Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama.
(al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).
Nah.. sudah terang bukan.. bukan apa. Nak betulkan fakta sahaja. Bagus kalau kita fikirkan tentang penghijrahan Nabi dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh umat Islam waktu itu. Malah, sewajarnya kita mencontohi mereka yang sanggup berkorban demi saudara seaqidah. Cuma, kita tidak sepatutnya berpegang pada sesuatu yang tak betul, kan??
“tapi, bukankah orang arab dahulu tak gunakan kiraan tahun. Diorang kan guna kiraan bulan sahaja. Setahu saya, orang bukan Islam yang mulakan dulu guna kiraan tahun ni. Boleh ke kita ikut cara orang kafir ni??”
Boleh. Apa salahnya. Kalau kita ambil sesuatu yang dimulakan oleh orang bukan Islam, sesuatu yang bermanfaat bagi umat Islam, tiada salahnya. Kiraan tahun memudahkan kita juga untuk merancang sesuatu mahupun dalam menentukan tarikh yang tepat, dan sebagainya. Cara ini telah memudahkan pentadbiran sejak zaman khalifah-khalifah Islam sehingga lah ke hari ini.
Berbalik kepada ma’al hijrah. Ayuhlah kita AZAM kan diri ini untuk SETIAP HARI memperbaiki diri dan amal. Jangan kita ni asyik azam itu ini, tapi tak pernah nak usaha ke arahnya. Bak kata Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin:
“Kebaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan.”
Sumber : Minda Tajdid
Wallahu a’alam..
No comments:
Post a Comment