“kau ni, bagi jawapan yang tepat sikit boleh tak?? Suka sangat bagi jawapan yang buat aku tak pasti.. sikit2 wallahu a’alam... sikit2 wallahu a’alam.. cuba yakin sikit dengan jawapan kau..”
Inilah masalah yang kalau nak kata baru, takda la baru sangat. Cuma kita sahaja yang adakalanya tak sedar akan kewujudan kes macam ni. Pernah tak dalam hati kecil kita ini, kita merasakan yang jawapan “wallahu a’alam” tu membuatkan kita memikirkan dua kali jawapan atau penyataan yang kita dengar? Pernah tak kita merasakan yang perkataan itu menambahkan ketidakpastian kita??
Ikhwah akhawat sekalian,
Perkataan “wallahu a’alam” yang sering kita dengar dan mungkin sekali selalu kita gunakan merujuk kepada “dan Allah lebih mengetahui (Maha Tahu)”. Dan kita sebagai hambaNya pengetahuan kita amatlah terbatas berbanding Allah. Maka, semoleknya malah sewajibnya, kita merasakan kerendahan ilmu pengetahuan kita.
So, bila kita memberi ilmu atau berkongsi pendapat atau apa sahajalah, kita ucapkanlah “wallahu a’alam”. Bermakna, kita ni dapat rasa (ada feel..) yang ilmu kita ni terlalu sedikit. Contoh, ada member kita ni tanya pendapat kita pasal isu agama atau semasa. So, kita pun bagilah jawapan kita. Maka, seharusnya, kita lafazkan lah kalimah tersebut. Menunjukkan bahawa kita menyandarkan segala kebenaran mengenai apa yang kita kongsikan kepada Allah. Sebab, Allah kan Maha Mengetahui..
Tayyib.
Bercakap tentang ilmu, kita patut tahu batasan ilmu kita dan Allah. Mungkin sahaja kita selalu mendengar provokasi pihak2 tertentu yang cuba memesongkan aqidah umat Islam. Misalnya, tarikh Qiamat ialah pada tahun 2012. Kononnya, berdasarkan kajian dan pelbagai method yang Allah sahaja yang tahu. kalau macam tu, cepat2 lah taubat, qiamat kan lagi 2 tahun je. INI SEMUA KARUT. Sedang Nabi Muhammad s.a.w sendiri pun tidak tahu bila akan tibanya qiamat, inikan kita yang hidup penuh maksiat.
Maka, sepatutnya kita tahu apa had ilmu kita yang cetek ini berbanding ilmu Allah. Dalam al-Quran, ada disebutkan sebahagian ilmu Allah yang tak dapat kita lepasi hadnya.
“sesungguhnya hanya di sisi Allah ilmu tentang hari Qiamat, dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya esok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal.” (Luqman : 34)
QIAMAT
Tiada seorang pun tahu bila akan tibanya Qiamat. Yang kita diberitahu hanyalah tanda2 akan kedatangan Qiamat. Kadang2 tu, dah ada tanda pun masih “buat dek je..” so, beramallah untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi.
HUJAN
Meskipun ada weather forecast, itu hanyalah semata-mata ramalan. Dan kita sepatutnya tidak mempercayai bulat2 apa yang diramalkan. Kita mungkin boleh jadikannya sebagai panduan untuk merancang hari kita dan juga sebagai langkah berjaga-jaga, dan bukannya sebagai ‘hidayah’ untuk kita pada hari tersebut.
APA YANG ADA DALAM RAHIM
Ibu bapa pastinya akan begitu teruja akan kelahiran bayi mereka, terutamanya pada kelahiran pertama. Walaupun begitu, kepada bapa2 dan ibu2 ini tidaklah perlu terlalu obsess dengan bayi tersebut, insyaAllah, jika tiada halangan bayi itu lahir dengan selamat. Ini tak. Ada sesetengah dari mereka dan mungkin juga kita terlalu mengharap sampai melakukan sesuatu yang ekstrem sekiranya kehendak mereka tidak tercapai.
Ada yang nak baby boy or baby girl, tapi bila buat ultrasound, kecewa dengan kehendak mereka yang tak kesampaian. Atau mungkin, tak sempat lahir pun.. maka, kembali lah kepada Allah. Sebab, DIA lebih tahu apa yang ada dalam rahim ibu dan apa yang akan berlaku kepadanya.
ESOK
Kita hanya boleh merancang, hanya Allah yang menentukan. Mungkin kita dah plan baik punya untuk diri kita esok, tup2 tak jadi. Jadi, perlulah kita tahu bahawa mungkin sahaja kita boleh rancang untuk bertaubat esok selepas buat dosa hari ini. Tapi seandainya kita TAK SEMPAT untuk tahu apa yang akan jadi esok, maka rugilah kita.
MATI
Mati. Menakutkan sungguh bunyinya apatah lagi merasainya. Ajal akan menjemput kita bila2 masa sahaja yang Allah tentukan. Bila, di mana, sakit apa.. semuanya tertakluk kepada Allah. Kita boleh sahaja suruh anak cucu kita reserve kan satu lot kubur yang “selesa” bila kita mati nanti. Tapi, kita tahu tak apa yang akan jadi bila kita mati nanti. Husnul khatimah atau su`ul khatimah??
Wallahu a’alam...
2 comments:
nice :') ramai pertikaikan bila kita jawab wallahu a'alam ni..
itulah yang menjadi problem masa sekarang ni apabila kita tidak meletakkan Allah dalam apa jua yang kita fikir dan ucapkan..
Post a Comment